08

13 8 4
                                    

[Flashback]

"Prof ni pun...! Time-time ni jugak la nak suruh aku jumpa dia! Apa dia tak tau ke sekarang ni semua senior tengah busy!? Tak siap assignment dia jugak yang bising nanti! Hish!"

Sedang mulutnya terkumat-kamit merungut, Rya tiba-tiba teringatkan sesuatu. Dia pun mengeluarkan telefonnya untuk menghubungi Hanna.

Dia dah janji dengan Hanna mahu mengulangkaji di library. Tapi mana la tau kot-kot lama dia kat ofis prof tu jadi takdelah Hanna tertunggu-tunggunya pulak.

"Hello? Hanna.. kau ada kat mana?" soalnya sebaik saja panggilannya dijawab.

"Ooh.. tak.. macam ni.. aku nak kena jumpa prof tapi takut lama je.. so kau tak payah la tunggu aku." Katanya yang ketika itu sedang menuruni anak tangga sambil sebelah tangannya sibuk memasukkan buku ke dalam begnya.

"Ehh! Tak payah la teman.. kan nanti kau bosan pulak. Hmmm.... yalah kalau kau dah cakap macam tu... aku dah on the way nak ke sana dah ni... kan lambat sampai prof tu bising pulak... okey lah Hanna.. jumpa kau--"

Belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya, tiba-tiba saja tubuhnya hilang imbangan.

"Aduhh..." Meringai wajahnya menahan sakit. Rya mengurut-gurut kakinya itu. Tak semena-mena dia bertembung dengan seseorang sewaktu menuruni anak tangga.

Nasib baiklah dia sempat berpaut pada pemegang tangga, kalau tidak tentu dia dah jatuh tergolek sampai ke bawah tu. Cuma sekarang ni kakinya dah terseliuh sikit gara-gara terjatuh dua anak tangga.

'Apa la malang nasib aku.. pagi-pagi lagi dah dapat sakit...'

"Apahal kau ni!!? Mata tu letak kat lutut ke!!?"

Dia menengking Rya tanpa mempedulikan pelajar-pelajar yang lalu lalang disitu.

Mereka pula hanya memandang saja, tak berani ingin membantu Rya. Tengok sajalah yang menengking tu, muka pun dah macam singa jadian.. silap-silap yang nak membantu pulak yang kena maki sama.

Berubah air muka Rya bila mendengar suara itu. Dia pun memandang pelajar yang dia terlanggar tadi. Sah! Memang hari ni adalah hari malangnya.

Dalam ramai-ramai student kat kolej ni asallah malang nasibnya boleh terlanggar dengan dia...

"M-maaf Sara.. aku tak perasan.. aku nak cepat tadi"

Tajam mata Sara memandang gadis yang terduduk dihadapannya ini.

"Maaf.. maaf.. kalau aku jatuh tadi macam mana!?"

"Sara.. Tak payahlah nak gaduh kat sini pulak. Dia dah minta maaf tu kan.. dah la.. tak payah la nak panjangkan lagi." Kata Fie cuba menenangkan rakannya itu, dah la mereka sekarang ni tengah terkejar masa. Jangan la si Sara ni buat gila dia nak bergaduh time-time macam ni!

Fie sudah pun menarik-narik tangan Sara untuk pergi dari situ tapi suara seseorang menghentikan langkah Sara.

••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now