06

20 8 13
                                    


"Nasib baik la korang sempat masuk kelas pagi tadi. Kalau tak....." kata Yunna dengan kepalanya yang tergeleng lalu menghirup ais americanonya.

Mereka bertiga kini sedang melepak di kafe kolej sementara menunggu kelas yang seterusnya.

Sara yang sedang mengscroll feeds Instagram itu tak kuasa nak membalas.

Dalam kelas tadi, semua pandangnya macam nak terkeluar biji mata. Mana taknya.. sipi-sipi je on time masuk kelas, confirm la semua hairan.

Sara kot... semua tau perangai divanya macam mana..

Kalau ikutkan kebiasaan, Saraléa Amour yang semua orang kenal memang dia akan ponteng terus dah kalau dah lambat tapi tadi rela pulak nak berpenat lelah marathon terkejar masa masuk kelas.. memang hairan dan ajaib la semua orang dalam bilik kuliah tu.

Tapi itulah antara sikap Sara yang semua orang hanya pandang sebelah mata saja.

Seorang yang setia kawan.

Memanglah dia tu diva, ikut kepala dia je tapi bila melibatkan kawan dia ikhlas.

Itu pasallah dia sanggup jugak datang walaupun mood dia hari ni dah ke Laut Cina Selatan.

Dah macam pantun pulak bunyinya...... okey back to story...

Kalau tak kerana Fie memang taklah dia nak mengadap prof yang menyakitkan hati tu. Buang masa!

"Tulah. Nasib baik betul. Elok je aku dengan Sara masuk kelas, prof pun sampai" kata Fie, sempat pula dia mengerling ke arah Sara.

'Hmm.. moody je dia ni.. mesti sebab.....'

"Timing tu yang penting" Yunna tergelak kecil. Dia juga ikut sama memandang ke arah Sara.

Bukan Fie je, dia pun perasanlah dengan muka Sara yang masam tu sejak dari dia masuk kelas lagi. Kalau dah moody macam tu maknanya adalah tu benda yang tak kena.

Mulanya dia ingatkan sebab terpaksa masuk kelas tapi bila difikirkan balik si Sara tu bukannya jenis yang suka nak peningkan kepala fikir pasal kelas.. lagi tak kisah adalah!

"Sara... kau kenapa ni? Moody je dari tadi?" Tak tahan nak berteki sendiri Yunna akhirnya bertanya jugak.

Sara memandang Yunna dengan muka kelat. Bengangnya masih lagi bersisa.

Fie hanya diam saja. Kejap lagi berdesing la telinga mereka berdua dengar Sara melenting.

"Kau nak tau ke?" soal Sara dengan riak wajah yang biasa tapi sebenarnya dia sedang menahan rasa sakit hati sekarang ni.

Yunna memandang sekilas ke arah Fie.

'Eh? Dah kenapa Fie buat rileks je? Dia tau ke pasal apa?'

"Um.. yalah.. dah kau moody macam ni.. mesti ada apa-apa kan? Masuk kelas tadi pun muka macam singa je aku tengok" jawab Yunna. Lahai.... selamba dia je kata Sara macam tu, tapi kawan kannn... gurau kasar pun okey je.

Tapi..! Ada tapinya...

Asalkan bukan sebab dia sudahlah..

Kalau betul.. memang dia siap-siap mau cabut larilah kalau si Sara ni nak karate dia nanti. Sara ni kalau baran dia datang memang tak tengok kiri kanan dah.

"Ceritalah.." katanya lagi.

Sara bersandar dikerusinya. Tangannya disilangkan ke dada. Mukanya memang ketara sangat yang dia sekarang ni memang tengah bengang.

Bila teringatkan kembali kejadian yang berlaku semasa dia dan Fie dalam perjalanan menuju ke kelas tu, terus darahnya mendidih!

"Kalau kaki akulah yang sakit dan kalau aku free-free je dapat 'ceramah' percuma dengan prof yang perasan bagus tu.. memang teruk la dua minah tu kena dengan aku!" kata Sara dengan nada amarah yang begitu ketara kedengaran dalam tutur katanya.

Berkerut dahi Yunna mendengar cerita Sara itu, dia pun memandang Fie semula tapi rakannya yang sorang tu hanya memberi isyarat agar bersiap sedia ajelah kalau dibuatnya kemarahan Sara tiba-tiba je meletop nanti.

Mana tak bad moodnya... pagi-pagi lagi kawannya itu sudah bergaduh dengan musuh utamanya..

Siapa lagi kalau bukan sepupunya sendiri..

Hanna.

•••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now