18

17 8 3
                                    


"Hanna! Hanna!! Tunggu kejap!"

Dia berpaling bila Rya memanggil-manggil namanya.

"Sara ada jumpa kau tak!?" Soal rakannya itu sebaik saja dia berdiri dihadapannya.

"Sara?" Berkerut dahinya bila Rya tiba-tiba saja menyoalnya begitu. Lagi pelik bila dia lihat wajah rakannya itu yang tampak cemas semacam je.

"Takde.. aku langsung tak jumpa dia hari ni kat kolej. Kenapa kau tanya?"

Rya meletakkan tapak tangannya ke dada sambil menarik nafas lega. Panik betul dia dibuatnya bila memikirkan kemungkinan yang Sara akan menyerang Hanna.

"Aku pergi library tadi sebab nak pulangkan buku.. and guess what apa yang jadi kat sana?"

"Apa dia?" Soal Hanna. Dia bukannya gemar nak bergosip dan ambil tahu tentang cerita yang berlaku di kolej ni, tapi bila Rya bertanyakan soal Sara tadi dia jadi tak sedap hati pulak.

Kalau betul pasal Sara mungkin ada baiknya dia perlu tahu. Tambahan pula Rya nampak panik semacam je bila sebut tentang sepupunya itu. Mungkin ada perkara yang serius berlaku pada Sara.

"Student kat sana duk bercerita pasal Sara bergaduh dengan senior mana entah lepas tu diorang sebut nama kau! Tu yang aku cepat-cepat cari kau ni! Aku takut Sara pergi serang kau je."

Hanna agak terkejut mendengar cerita Rya.

Dia punca Sara bergaduh dengan senior???

"Betul ke apa yang kau cerita ni?" soal Hanna lagi seakan tidak percaya.

"Hish kau ni... betul la! Takkan dorang nak buat cerita pulak. Satu library tu dah kecoh tau. Esok memang confirm. Sara.. senior tu dengan kau sekali akan jadi bahan cerita budak-budak kat kolej ni nanti.. kau tengok la--"

"Kejap! Kejap!" Hanna memintas bicara Rya. "Why me? Apa maksud kau ni?"

Rya mengeluh kecil.

"Dorang kata senior tu bela kau sebab kau tu girlfriend dia!"

"What!!?"

                                     ***

Mereka berdua masuk ke dalam kereta setelah selesai dari menziarahi kubur mendiang mama Sara.

Han memandang sepupunya yang duduk di kerusi sebelah.

Sara dilihatnya sangat berbeza sejak dia menjemputnya di kolej tengah hari tadi.

Wajahnya nampak murung je, dia pun tak banyak bercakap seperti selalu.

Hatinya jadi tidak tenteram memikirkan apa yang sebenarnya berlaku sampaikan sepupunya itu nampak sedih begini. Lebih-lebih lagi bila dia kata dia mahu melawat kubur mamanya.

Sara memang akan datang ke sini bila dia memerlukan 'mama'nya untuk meringankan kesedihannya atau untuk meluah segala masalahnya jika dia tidak mahu ceritakan pada sesiapa.

Sayu hatinya bila melihat kekosongan di mata sepupunya itu saat mereka berdua meninggalkan tanah perkuburan tadi.

Sara tidak berkata apa-apa atau menangis.. dia hanya memandang sepi saja batu tanda yang tertera nama mamanya itu.

'Apa agaknya yang berlaku sebenarnya?' desis hatinya.

Dia pun membetulkan duduknya sebelum menghidupkan enjin kereta.

"Sara nak balik ke? Atau Sara nak pergi makan dulu?" Soalnya bila kereta yang dipandunya sudah mula bergerak meninggalkan kawasan perkuburan.

"Sara?"

"Sara tak nak balik."

••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now