24

9 7 3
                                    

"Abang setuju?"

Tuan Eduord mengangguk.

"Mak dia pulak kata apa?"

"Dia pun setuju je kalau itu yang terbaik. Dia juga cakap yang dia serahkan sepenuhnya pada Hanna untuk buat keputusan. Kalau Hanna tak nak pun dia tak paksa."

Lorence tersenyum sinis, dia memandang abangnya itu dengan wajahnya yang angkuh.

"Mestilah budak tu akan setuju bang. Bukan calang-calang family yang berkenan kat dia tu. Kalau dia setuju.. senang la hidup dia nanti.. tapi macam mana pulak dengan cerita sebenar pasal mak ayah dia? Dorang dah tau ke? Boleh ke dorang terima anak penjenayah tu dalam keluarga mereka?"

"Lorence.." Tuan Edourd bersuara sedikit tegas.

"Dia ada nama.. Lee Hanna. Kamu boleh tak jangan panggil dia dengan panggilan yang macam tu lagi? Sebab ni la Sara tak pernah nak ubah cara layanan dia pada Hanna. Sebab kamu tunjuk contoh yang tak baik.. dari dulu sampailah sekarang."

Lorence tergelak sinis bila mendengarkan kata-kata abangnya itu.

"Kenapa pulak abang nak salahkan saya? Memang patut pun Sara layan dia macam tu. Abang tau kan yang Sara tu dari kecik lagi memang dah bencikan dia tapi abang.. senang-senang je bawak dia tinggal sekali dengan Sara. You expect Sara nak layan anak saudara kesayangan abang tu macam tuan puteri ke lepas apa yang mak ayah dia dah buat?"

Tuan Eduord tergeleng mendengar kata-kata adiknya.

"Kamu sebagai mak saudara dia.. sepatutnya bantu Sara untuk cuba terima hakikat. Bukannya buat Sara makin bencikan Hanna."

"Hakikat apa abang? Hakikat yang punca dia kehilangan mama dia adalah disebabkan mak ayah si Hanna tu?

Dia memadang abangnya itu dengan wajah dingin.

"... dan juga kerana abang?"

Berubah air muka Tuan Eduord bila Lorence mengungkit semula hal itu.

Lorence pula hanya bersandar di kerusi sambil memeluk tubuhnya.

"Let me reminds you once again Brother. Sara jadi macam tu sebab abang yang gagal didik dia. Abang bezakan kasih sayang abang antara mereka adik beradik. Bukan dengan Elly dan Sunoo je tapi dengan si budak tak guna tu juga. Abang faham tak macam mana perasaan Sara? Dia rasa disisihkan. Dia rasa gagal bila dia tak dapat jadi seperti yang abang inginkan sebagai waris Kim-Lavigne. Tapi Sohae tak macam abang. Dia tak pernah pilih kasih. Dia sayangkan Sara seadanya. Cuma dia je yang boleh buat Sara rasa disayangi, rasa dihargai. Tapi tu dulu. Now 'her safe place' was been taken from her."

Lorence berjeda untuk seketika. Jelas terlihat rasa bersalah di wajah abangnya saat dia mengukit tentang hal itu.

Dia pun melepaskan keluhan berat.

"You can't blame her if untill this day she still can't accept Sohae's death. Sohae is her world.. a world without her father's love."

Tuan Eduord memejamkan mata menahan rasa pilu dihatinya.

Dia sedar... ruang untuknya dalam hati Sara mungkin sudah tertutup bila mamanya sudah pergi buat selamanya. Tapi dia juga tidak menyalahkan Sara andai anaknya itu menyimpan dendam dan amarah padanya...

Sara tentu sudah banyak kali terguris hati dengan sikap dan layanan pilih kasih terhadapnya dulu.

"Itu dulu Lorence.. sekarang ni abang betul-betul dah berubah. Abang mengaku memang abang bukan seorang ayah yang baik dulu tapi sekarang abang nak perbetulkan semuanya. I willing to do anything asalkan Sara beri abang peluang kedua untuk abang tebus segala salah abang pada dia."

Lorence mengeluh perlahan. Sedih pula hatinya bila melihat abangnya begitu.

"Entah la bang.. perkara ni melibatkan hati dan perasaan. Kita tak rasa apa yang dia lalui. Tapi apa yang saya nak tekankan adalah.. she used to hate you.. jadi jangan buat Sara bencikan abang semula. Jangan paksa dia kalau dia masih belum boleh terima kenyataan. Bagi dia masa. Sara tak sekuat Selina yang boleh move on dan mulakan hidup baru. Dia juga tak sebaik Sunoo yang semudah tu boleh maafkan dosa ibu bapa Hanna. Sara tu bang.. walaupun dia nampak macam tu tapi sebenarnya hati dia rapuh.. jiwa dia kosong. Dia selalu hilang arah dalam hidup dia because you never cared about about her.. you don't see her as your daughter but only a failure.. am i right?"

Tuan Eduord hanya tertunduk dengan hatinya menanggung seribu satu rasa penyesalan.

"Walaupun saya memang dari dulu lagi tak pernah suka pun dengan mana-mana keturunan dari keluarga Sohae.. tapi saya sayangkan Sara macam anak sendiri.. dan saya tak perlu pun nak hasut Sara untuk bencikan budak tu sebab abang sendiri yang--"

"Aunty Lorence.."

Ucap Selina sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia memandang ke arah papa dan mak cik saudaranya silih berganti.

"Aunty dah lama sampai?" dia cuba memaniskan senyuman. Entah kenapa dia merasakan ada ketegangan di antara papa dan mak cik saudaranya itu.

Lorence membetulkan rambutnya sambil membetulkan duduknya. "Takde la lama.. papa kata kamu balik ke rumah?" Dia pun menjenguk ke arah pintu tapi nampak gayanya memang Selina bersendirian saja.

"Sara mana? She's not at college so kenapa dia tak ikut kamu sekali?"

Selina berdehem sedikit untuk menghilangkan rasa gemuruh. Jika berbicara dengan makciknya ini dia akan jadi terlebih hati-hati dalam menyusun ayatnya. Dia sememangnya tidaklah serapat mana dengan makcik saudaranya ini seperti Sara.

Dalam ketiga-tiga mereka.. Sara la yang menjadi anak saudara kesayangan.

"Sara tak berapa sihat Aunty..dia gastrik. Itu yang Elly balik kejap tadi.. nak tengok keadaan dia"

Lorence memandang Selina dengan wajah seriusnya.

"Dah tau sakit kenapa kamu tak bawak adik kamu tu datang terus ke hospital? Kamu boleh tinggalkan adik kamu yang tengah sakit tu sorang-sorang kat rumah?"

Selina pantas mengelengkan kepala. "Tak Aunty! Bukan macam tu.. Elly dah ajak dah tapi Sara--"

"Dia yang tak nak?"

Selina menunduk sedikit sebelum perlahan-perlahan menganggukkan kepala.

"Sebab marahkan papa ke atau sebab budak Hanna tu ada kat sini?"

Selina tidak menjawab. Dia memadang sekilas ke arah papanya.

Dia tahu.. walaupun papanya tidak berkata apa-apa tapi hati seorang bapa.. tentu saja berasa sedih bila anak tidak datang.

Lorence berdengus perlahan. 'Dah agak dah... Ni mesti dorang anak beranak gaduh besar semalam.'

"Okey la bang. Saya nak kena balik ke kolej dulu.. maaf la saya bukan tak nak duduk lama tapi memang sekarang ni saya tengah busy."

Tuan Eduord tersenyum nipis tanda mengerti, "takpe.. kamu datang kejap ni pun abang dah hargai sangat."

Lorence hanya mengangguk. Dia pun bangun dari kerusi lalu melangkah ke arah pintu.

"Pa.. Elly hantarkan Aunty ke luar kejap ya."

Selina pun segera mengekori makcik saudaranya.

Tuan Eduord memandang ke arah anak dan adiknya itu. Setelah pintu bilik ditutup dari luar, dia pun mengambil telefonnya yang berada di atas meja.

Lockscreen diseret dan di skrin telefonnya itu terpampan gambar isterinya.

"Sohae is her world.. a world without her father's love"

Setitis air matanya gugur.

"Abang memang seorang ayah yang gagal Sohae. Abang dah banyak lukakan hati anak kita Sara.. alangkah baiknya kalau abang dapat putarkan kembali masa.. abang nak perbetulkan semuanya..abang yang bersalah dalam hal ni.. maafkan abang..."

••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now