47

13 3 2
                                    

Ketukan di pintu biliknya mengalihkan perhatian Hanna dari terus mengadap laptopnya.

"Masuklah makcik.. Hanna tak kunci pintu." Katanya lalu kembali fokus pada kerjanya.

"Hanna.."

Mendengar saja suara itu dia pun segera berpaling semula.

"Sara rupanya. Ingatkan makcik tadi."

Sara tersenyum padanya, dia pun melangkah ke arahnya sambil di tangan membawa segelas air.

"Nah. Untuk Hanna."

Sedikit terkejut dia bila Sara menghulurkan minuman itu.

"Sara buatkan air untuk Hanna ke?"

Sara hanya tersenyum nipis.

"Taklah.. tadi Sara ke dapur, lepas tu nampak maid nak bancuhkan air.. dia kata nak buatkan untuk Hanna. Kebetulan Sara pun nak masuk bilik jugak kan so Sara offer la nak tolong hantarkan." Katanya setelah gelas air itu bertukar tangan.

"Oh... tapi buat apa susah-susah hantarkan kat Hanna.. Sara kan mesti penat.. ni pun dah lewat malam dah ni."

"Takdelah. Susah apanya.. bukan Sara yang buat. Lagipun kan.. Sara sebenarnya nak lepak kat sini kejap. Nak berbual dengan Hanna. Boleh kan?"

Terdiam Hanna dibuatnya. Pelik pun ada melihat perubahan Sara ni.

Pagi tadi dia nak pergi ke kolej bersama dengannya. Sekarang ni nak berbual dengannya pulak?

Sara... dah tak bencikan dia dah ke?

"Hanna..! Dengar tak?"

Hanna yang tengah mengelamun itu tersentak. Dia pun tersenyum memandang Sara.

"Boleh. Boleh sangat. Tapi Sara tak nak tidur lagi ke? Dah lewat ni kan.. takut mengantuk pulak kat kolej esok."

"Alah Sara ni takpe.. Hanna tu lain la.. tak lama lagi nak exam. Takut Sara je la yang ganggu Hanna nak study."

"Taklah.. tak ganggu pun. Hanna jarang nak study sampai lewat malam.. selalunya awal pagi. Sebab tu Hanna selalu ke kolej awal dari Sara.. eh! tapi Sara jangan salah faham tau bukan Hanna nak mengata Sara.. Hanna-- Hanna cuma.."

Sara tergelak kecil.

Dia hanya padang saja sepupunya itu.

Dia buat lawak ke tadi? First time Sara gelak macam tu depannya. Selalu asyik nak marah je.. kalau gelak pun gelak yang menyindir.

"Hei.. Hanna.. sokay la. Yang takut sangat ni kenapa? Memang betul pun apa Hanna cakap tu. Sara memang selalu lambat ke kolej pun. So.. esok Hanna pergi awal macam biasa ke?"

Hanna mengangguk kecil. "Kenapa Sara tanya?"

Sara pun duduk di atas katil Hanna, dari tadi memang tak lekang senyuman dibibirnya.

"Umm.. actually i've thought that.. how about.. starting tomorrow sampai Hanna habis exam kita pergi kolej sama-sama? Tapi kita naik kerera Sara la. Macam mana? Okey tak?"

Hanna tidak berkelip memandang sepupunya itu.

Fikirnya untuk hari ni je tapi Sara memang nak terus pergi ke kolej bersama dengannya??

Tak apa ke bagi Sara? Yalah Sara kan dah biasa pergi sendiri.. takut sepupunya itu rasa tak selesa pulak pergi dengannya.

"Um.. Hanna bukan tak nak tapi.. Sara okey ke pergi dengan Hanna?"

Sara tergelak kecil dengan soalannya itu.

"Apa pulak tak okey? Sara ajak Hanna kan tadi. Sebenarnya Sara fikirkan papa. Kalau driver papa selalu ada kat rumah kan senang.. tak perlu nak ulang alik nak hantar dan ambik Hanna.. dia cuma stand by kat rumah je if just in case kalau papa nak kena ke hospital. And plus.. Hanna kan dah final year.. bila lagi Sara nak merasa pergi kolej sama-sama dengan Hanna."

Gembira rasa hati Hanna saat mendengar kata-kata Sara itu. Dia pun teringin sebenarnya mahu ke kolej dengan Sara.

Dia.. teringin nak rasa rapat dengan Sara sebagai sepupu. Siapa lagi ahli keluarga yang dia ada kalau bukan keluarga ini dan ibunya.

"So boleh kan Hanna?"

Dia pun tersenyum lalu mengangguk. "Mestilah boleh. Hanna pun happy dapat pergi sekali dengan Sara."

"Okey then! I'll see you tomorrow morning! Sara masuk bilik dulu ya.. Hanna tu pun jangan study lewat sangat tau."

"Okey.. um thanks Sara sebab hantarkan minuman ni."

"No hal lah.. Okey!.. good night!"

"Good night Sara.."

Dia hanya melihat saja Sara yang sudah pun menutup pintu biliknya itu.

Dia pun kembali mengadap ke arah laptopnya setelah meletakkan gelas air di tepi meja, sambil-sambil itu dia teringatkan kejadian pagi tadi.

Terkejut jugak dia bila Sara tiba-tiba ingin naik sekali kereta dengannya. Jangankan dia.. driver bapa saudaranya dengan Selina pun terkejut sama.

Pada mulanya dia fikir mungkin kereta Sara rosak sebab tu Sara takde pilihan selain naik sekali kereta dengannya. Tapi bila dia menolak pelawaan Selina untuk menghantarnya ke kolej mula dari situ dia macam nampak perubahan pada Sara.

Lagi-lagi bila Sara melayannya dengan baik dengan berbual dan tidak menunjukkan riak wajah kebencian padanya dia rasa macam susah nak percaya je itu sepupunya.

Sara hari ni.. memang baik sangat padanya. Tak macam selalu.

Tipulah kalau dia tak rasa was-was kerana perubahan Sara itu terlalu tiba-tiba tapi... hatinya tetap juga berasa gembira.

Akhirnya apa yang dia selalu harapankan sudahpun jadi kenyataan.

"Mulai hari ni, kita bukak buku baru ya? Sara dah tak nak marah-marah atau bencikan Hanna lagi. Perkara yang lepas tu tak perlu kita ungkit lagi ya? From now on.. kita berbaik."

Sara...

Sudah boleh menerimanya sebagai ahli keluarga.

•••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now