30

13 6 3
                                    

Sara membuka pintu kereta dengan kasar sebelum melempar beg dan fail kolejnya di tempat duduk sebelah pemandu.

Dia pun masuk ke dalam kereta dan menutup pintu.

Atau lebih tepat menghempas pintu kereta.

Dia duduk termenung mengenangkan apa yang dilihatnya tadi.

Tangannya memegang erat di stereng, giginya dikertapkan menahan amarah.

"ARGHH!!!!!"

Tepik Sara semahunya sambil tangan tidak henti menghentak stereng kereta sebagai tanda melepaskan rasa geram dan sakit hatinya itu!

"Kau memang tak guna Hanna!!"

Tepiknya lagi melepaskan rasa geram dan sakit hatinya.

Selagi Hanna masih lagi ada dalam hidupnya selagi itulah sampai bila-bila pun hatinya tidak akan tenteram.

Dia cuma ingin perempuan itu pergi dari hidupnya supaya dia tidak perlu menanggung rasa benci ini!

Dia tidak mahu asyik terkenangkan punca pemergian mamanya kerana ia sangat menyakitkan.

Tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa jika keputusan papanya itu lebih memihak pada anak saudara dan bukan anak sendiri.

Dan itu yang buatkan dia makin membenci Hanna.

Semua orang memihak padanya! Semua orang lebih mementingkannya! Semua hanya tidak pernah melihat salahnya! Semua orang melihat dia jahat dan Hanna la yang terpaling baik!

"Kenapa kau tak berambus je dari hidup aku Hanna!! Pergi meremput sekali dengan mak kau kat dalam penjara tu!! Aku benci tengok muka kau!!" luahnya lagi.

Dadanya turun naik menahan api kemarahan yang menguasai dirinya saat ini.

Dia benar-benar bencikan perempuan itu!

Dengan keadaan diri yang sedang marah begitu, Sara pun mula menghidupkan kereta.

Tapi ketika keretanya baru saja ingin keluar dari kawasan parking itu, tiba-tiba saja muncul sebuah motor yang turut sama ingin keluar dari situ.

Sara yang sedikit terkejut pun cepat-cepat menekan brek tapi malangnya keretanya sempat juga terlanggar dengan motor itu.

"What the he*k!'

Barannya makin memuncak. Dah la dia dah memang naik angin pasal Hanna sekarang ni mamat mana entah yang buat naik darahnya!

'Tak pasal-pasal dah accident! Ada-ada je la benda yang kena hari ni!!' bentak hatinya.

Sara pun turun dari kereta dengan niat ingin memaki orang itu. Cari pasal betul kan time-time orang tengah bengang sekarang ni!

"Macam mana kau bawak motor huh!? Mata kau letak kat mana!? Kau tak nampak ke aku yang nak keluar dulu tadi!?"

Takde salam takde mukadimah terus disembur lelaki itu.

Tapi saat pemilik motor itu menanggalkan helmetnya Sara terkaku disitu.

Mencerlu anak matanya menikam wajah lelaki itu.

"Kau lagi!?"

••••



Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now