51

24 4 9
                                    

"Sara?"

Sara sedikit tersentak.

Lahh.. mengelamun rupanya.

"Awak okey?" Soal Soobin bila dia perasan yang Sara seakan jauh mengelamun memikirkan sesuatu.

Sara hanya mengangguk. 'Hish! Buat malu je la kau ni Sara berkhayal depan dia macam tu!' desis hatinya.

"Err.. awak ada cakap sesuatu ke?"

Soobin mengeleng lalu kemudiannya tersenyum nipis. Dalam masa yang sama dia teringatkan sesuatu.

Nak tanya ke tak... tapi kalau tak cuba sampai ke sudah dia jadi penasaran.

"Umm.. Sara.. boleh saya tanya awak something?"

Sara mengerutkan dahinya sekejap sebelum mengukir senyuman.

'Hm.. rasanya aku tahu apa dia nak tanya ni..'

"Let me guess.. awak nak tanya kenapa saya cari awak kan?"

Melihatkan reaksi lelaki itu yang hanya terdiam memadangnya, dia pun tergelak kecil.

"Jangan risaulah.. saya bukannya nak cari gaduh dengan awak lagi. Muka saya ni nampak macam kaki gaduh ke?" Dia berjeda untuk sesaat. "Okay. i admit sometimes memang saya selalu terlibat dalam pergaduhan but only if someone  yang cari pasal dengan saya dulu tapi tu dulu la.. sekarang saya nak berubah."

Terdiam lagi Soobin. Mungkin gaya bicara Sara yang tidak kedengaran angkuh seperti selalu itu yang membuatkan dia jadi hilang kata-kata.

Sara benar-benar ingin berubah?

"Tujuan saya cari awak sebenarnya sebab.. um.. saya.. saya nak minta maaf.."

Tak berkelip Soobin memandang Sara.

Sara ni betul-betul ke??

"Jujur ikhlas dari hati ni, saya nak minta maaf. Saya akui apa yang awak katakan pada saya sebelum ni memang betul.. termasuklah yang awak nak kita berbaik tu. Betul cakap awak sebenarnya.. apa salahnya kalau kita jadi kawan kan? Kalau awak nak tahu, lepas saya balik dari hospital hari tu.. saya asyik terfikirkan apa yang awak katakan pada saya. Yalah.. sampai bila saya nak tutup pintu hati saya ni untuk percayakan orang lain kan? Dan yang paling penting... saya perlu belajar untuk memaafkan. Sebab tulah saya nak ucapkan terima kasih kat awak sebab kerana awaklah saya dan Hanna sekarang ni dah berbaik."

Terkejut Soobin mendengar ayat terakhir Sara itu tadi.

Sara hanya tersenyum saja. Dia dah agak memang begitu reaksi yang akan ditunjukkan oleh Soobin.

Logiklah kan.

Sara? Yang keras hati ni boleh berbaik dengan orang yang bermatian dia benci?

Jangankan Soobin, dia sendiri pun takkan terjangkau dek akal akan mengucapkan perkataan 'berbaik' itu tapi demi misi apa pun sanggup dibuatnya.

"Saya tahu awak mesti tak percaya saya kan? Yalah.. saya ni kan jahat--"

"Saya tak kata pun awak macam tu."

Lembut je nada suara Soobin menidakkan kata-kata Sara itu. Wajahnya yang tampan itu dipandang Sara yang pada ketika itu sedikit terkelu.

Entah kenapa hatinya dipagut rasa terharu..

Mungkin sebab tak ramai yang melihatnya melalui hati..

Luaran.. memang ketara imej perempuan jahat pada dirinya tapi salahkah jika dia bersikap defensif?

Dunia sekarang jika terlalu baik diri sendiri jugak yang akan merana kelak.

Tapi Soobin mungkinkah berbeza?

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now