50

13 3 0
                                    

Dia baru saja berkira-kira ingin pergi dari situ dengan hati yang sebal! Sangkanya Beomgyu telah menipunya, tapi sebaik saja dia berpaling terus senyuman kembali berseri di wajahnya.

"Awak!" panggil Sara sambil kakinya laju melangkah ke arah lelaki itu yang baru saja ingin duduk di meja tidak jauh dari tempatnya.

Sedikit tersentak Soobin bila mendengar suara yang amat dia kenali itu. Terus kepalanya ditolehkan.

Betullah Sara. Bisik hati kecilnya.

Tak tentu arah dia sekejap bila rata-rata pelajar yang berada berdekatan disitu memandang ke arahnya.

Yalah.. hari tu kan gaduh. Kot-kotlah dorang semua tu fikir ada second round perang diantaranya dengan Sara ke apa kan.

Tapi dari gaya si Sara tu nampak macam bukan nak cari gaduh jee... tengokkan muka tu pun takde pulak nampak ada tanda-tanda dia nak mengamuk.

Serta merta dia teringatkan perbualannya dengan Beomgyu semalam.

"Hai Ad!" Ujar Sara ceria bila dia sudah berdiri dihadapan Soobin.

Soobin sudah memandang kiri kanan gara-gara tidak tahu bagaimana hendak memberikan reaksi dengan sapaan mesra Sara tadi.

Ya la...... panggil dia dengan nama tu kot!

Nama yang boleh dikatakan agak 'private' la jugak. Cuma ahli keluarga je yang panggil dia macam tu.

Ni mesti sebab hari tu Sara dengar papa dengan mama Soobin memanggilnya dengan nama 'Ad'. Itu pasal boleh terpanggil macam tu.

Eh.. yeke??

Terpanggil ke atau memang hati tu yang berkenan nak panggil dia dengan nama tu? Korang rasa? Dengan Sara pulak pandang Soobin sambil tersenyum manja macam tu memang jadi blur la kejap si Soobin tu.

Kalau tak fikir dia bakal tunangan orang agaknya Soobin ni cair tak dengan Sara?

"Urm.. hai..?" Balas Soobin dengan sedikit teragak-agak.

Dia nervous sebenarnya. Yalah Sara hari tu bukan main dingin lagi dengannya. Muka pun kelat je tapi sekarang---

"Can i sit here?"

"Umm.. s--sure.."

Sara tersenyum manis pada Soobin sebelum melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan dengan lelaki ini.

"Puas saya cari awak tau.. Beomgyu kata awak ada kat sini tapi cari punya cari tak nampak pun.. tapi nasib baik awak betul-betul datang sini."

Soobin memandang Sara.

Betul la apa Beomgyu cakap..

Memang Sara akan cari kawannya itu kalau nak tanya pasal dirinya.

Dalam hati dia rasa nak tergelak pun ada.

Muka je macho tapi tak berani jugak rupanya si Beomgyu tu nak menipu Sara. Takut gadis ni mengamuk kat dia la tu.

"Umm.. ada apa Sara cari saya?"

Sara masih dengan senyumannya.

"Saya ada benda nak cakap dengan awak sebenarnya tapi tulah.. dua hari saya tak nampak awak. Beomgyu kata awak cuti sakit.. um.. i'm so sorry about that.. tu semua salah saya. Kalau saya hati-hati masa bawak kereta hari tu.. mesti awak tak sakit sampai kena mc kan.. tak pasal-pasal awak kena cuti pulak time-time nak dekat exam macam ni. I'm really sorry Ad."

Terkebil-kebil Soobin memandang Sara.

Betul ke kat depan dia sekarang ni Saraléa Amour??

"Umm.. it's okay.. kan hari tu kita dah settel dah pasal hal accident tu? Alah sikit je.. mama yang nak saya ambil cuti.. dia nak saya rehat kat rumah." Balas Soobin dengan jawapan yang sebenarnya.

Memang mamanya yang beria nak dia cuti. Ibu kan.. dia punya risau tu macam nak kena operate kaki je padahal lukanya taklah teruk pun.

"Oh.. umm.. takdelah saya ni cuma risau kalau sakit kat kaki awak tu melarat je.. mana kita tau kan? Yalah.. awak kan nak exam.. kalau awak sakit disebabkan saya of course la saya akan rasa susah hati..."

"Eh! Taklah.. takde apa-apa pun, saya okey.. tak sakit dah.. cuma rasalah jugak sengal-sengal tu bila berjalan tapi takdelah teruk mana pun.. awak janganlah rasa bersalah pulak..benda dah jadi kan." Kata Soobin dengan nada yang kedengaran agak sedikit cemas bila melihat wajah Sara yang dah muram semacam tu.

Hm.. Sara tu berlakon ke atau betul-betul rasa bersalah ya? Entahlah.. korang nilai la sendiri..

"Okeylah kalau awak dah cakap macam tu.. lega sikit saya dengar. Umm.. mama awak sihat?" soal Sara ingin memulakan perbualan.

Dua hari kot dia terkejar ke sana ke mari mencari si Soobin ni.. sekarang target dah ada depan mata kenalah manfaatkan peluang dengan sebaiknya!

Soobin mengangguk, "She's doing well, Uncle Eduord macam mana?" soal Soobin pula.

Dalam hati dia masih lagi berasa bersalah bila mengenangkan yang kawan papanya itu turut terkena tempias gara-gara isunya yang menaikkan amarah Sara dulu.

Harap-harap papa Sara tu dah makin baik dari sakitnya.

"Sihat macam tu je la.. nak kena pantau semua benda.. tapi sekarang memang papa cuma rest kat rumah je. Hal company semua dah settle. Sekarang Kak Elly la yang handle. Selama ni pun memang papa nak Kak Elly tu ambik alih syarikat cuma Kak Elly tu je la yang asyik beralasan."

Soobin hanya terangguk. Dia tahu soal itu, papanya ada bagitahunya.

"Setahu saya Han tu ambik business jugak kan masa study dulu? Kenapa bukan dia yang gantikan Uncle kalau Kak Elly tak berminat?"

Sara sudah tersenyum dalam hati.

Takdelah susah mana nak ajak lelaki ni berbual. Ingatkan dia akan jadi tunggul je kena pulau dengan mamat ni.

Yalah.. dah semua orang kata mamat ni jenis yang pendiam dan tak melayan perempuan. Memang spesis yang payah nak diajak berbual la.

'Tapi kalau dia buat derr je dengan aku memang mintak kena hempuk dengan kamus Oxford la mamat ni..'

Dalam menayangkan muka manis dan comelnya itu, rupanya sifat pemarah dan garang masih ada lagi yaaa..

Sara ni kan....

"Um.. Han tu susah sikit nak cakap.. dia bukan tak nak cuma dia ada masalah sikit dengan mama dia.. canselor kolej kita ni jugak.. awak tahu kan yang Madam Lorence tu mama Han?" Saja dia nak bertanya walhal dah tahu jawapannya.

Soobin mengangguk. "Tahu.. Saya ada jumpa Madam masa melawat papa awak dengan Han dan Fie. Umm.. apa maksud awak tadi? Masalah yang macam mana tu?"

Sara sudah pun siap dengan skripnya.

"Macam mana nak cakap.. mama dia tak berkenan dengan hobi Han. Dia minat dengan fotografi, even Han belajar fotograph untuk suka-suka dan dalam masa yang sama dia belajar business jugak Aunty tetap tak berkenan.. nak-nak pulak bila Han jadi rakan kongsi kawan dia bukak studio fotografi, lagi lah Aunty marah. Tu yang sampai sekarang Han macam nak tak nak je masuk ofis.. last-last dia tolong Kak Elly kat kedai tu. Maybe dia stress kot Aunty Lorence asyik masuk campur dalam urusan pilihan hidup dia.."

Dalam pada dia bercerita untuk menarik perhatian Soobin, Sara sebenarnya dalam hati kesiankan Han jugak dan pada masa yang sama dia juga mengeluhkan akan sikap makcik saudaranya itu.

Aunty Lorence tu memang la baik dengan dianya tapi yang buat dia berserabut adalah bila makciknya itu mencadangkan sesuatu yang dia rasakan mengarut!

Tak mungkin dia akan bersetuju sedangkan dia tidak punya perasaan itu.

•••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now