21

18 8 0
                                    

Gara-gara terlalu mengikut amarahnya, Sara hampir saja menghentak kepala Hanna ke lantai. Jika tidak kerana Tuan Eduord menghalangnya tadi entah apa yang akan berlaku pada Hanna.

Sara berpaling ke arah papa dan kakaknya yang sedang menuruni tangga dengan wajah yang cemas.

Dia pun melepaskan Hanna dengan kasar. Selamat kau kali ni!

"Hanna!?"

Sara hanya melihat saja kakaknya itu duduk bersimpuh disisi perempuan yang teramat dia benci itu.

'Sikit pun aku takkan rasa kesian kat kau la!'

"Jom naik ke bilik! Akak tolong sapukan ubat kat bibir dengan dahi Hanna ni." Selina membantu adik sepupunya itu untuk berdiri.

Hampir nak putus nyawanya saat melihatkan apa yang terjadi tadi. Nasib baik papanya sempat menghalang, kalau tidak tak mustahil sampai ke hospital Hanna malam ni.

Selina memadang ke arah adiknya yang wajah yang kecewa dan tidak percaya dengan apa yang adiknya itu hampir lakukan tadi.

"Sara! Kenapa buat Hanna macam ni!?"

Sara hanya membalas pandangan kakaknya itu dengan riak wajah yang sinis.

"Tak payah nak kecoh la kak dia tak mati pun la"

"Sara!" Tuan Eduord sudah hilang sabar.

"Selama ni papa berlembut dengan Sara tapi makin hari makin teruk perangai Sara kan!? Kenapa susah sangat Sara nak dengar cakap papa? Kenapa susah sangat Sara nak berubah?"

Sedikit meninggi nada suara papanya tapi Sara hanya buat tak endah saja dan itu makin membangkitkan amarah papanya saja.

"Sara! I'm talking to you-!"

"Papa nak Sara jawab apa?!" Sara yang turut sama meninggikan suaranya itu memandang tajam ke arah papanya.

Tuan Eduord sedaya upaya cuba untuk mengawal emosinya. "Sara.. show some respect to your father."

Sara tersenyum sinis mendengarnya. "Buat apa Sara nak respect kat orang yang jadi penyebab mama Sara mati!"

"Papa!!" Selina menghalang papanya dari hampir menampar Sara.

"Sara! Enough is enough! Jangan nak kurang ajar dengan papa pulak!"

"Kurang ajar!? Sara cuma cakap benda yang betul. Kalau tak kerana musuh perniagaan dia mama takkan jadi mangsa la kak! Dan mak ayah perempuan tak guna ni pulak bersubahat dengan penculikan mama.. sanggup jadi penjenayah semata-mata kerana duit.. jadi pembunuh!"

"Sara.. benda dah lepas kenapa nak kena ungkit lagi"

Sara memadang kakaknya dengan rasa terkilan.

"I wont never shut up la kak pasal hal ni! Kalau akak dah move on itu akak punya pasal la! Tapi Sara? No! Sampai bila-bila pun kak Sara takkan maafkan keluarga dia!!" Sara menunding ke arah Hanna yang berdiri di belakang Hanna dengan esak tangisnya.

"Diorang dah pun dapat balasannya Sara.. tak boleh ke Sara cuba untuk terima Hanna? Dia takde kaitan dengan apa yang berlaku pada mama."

Tuan Eduord cuba untuk meredakan keadaan tapi Sara sedikit pun tidak mahu berganjak dari pendiriannya.

"Dia tetap ada kaitan pa. Dia anak pembunuh mama Sara.. and you pa.. after what happened papa boleh pulak bagi dia tinggal dalam rumah ni.." suaranya mulai kendur kerana menahan rasa hati yang mulai sakit saat mengenangkan segalanya yang terjadi dulu.

Dia tidak mahu menangis lagi. Tapi matanya pula sudah kabur dek kerana air mata yang mula bertakung di empangan matanya.

"Just like old days.. you never care about me. Sikit pun.. papa memang tak pernah kisah langsung kan pasal perasaan Sara?"

Tuan Eduord memandang sayu wajah anaknya yang sarat dengan kesedihan itu. Hatinya terluka mendengar kata-kata anaknya itu.

"Sara.. please.. jangan cakap macam tu.. you're my precious daughter. I care so much about you. Tapi papa dah janji dengan ibu Hanna, papa perlu tunaikan amanah. Sara.. kita dah bincang hal ni banyak dah kali kan? Hanna takde tempat lain lagi dia nak pergi.. kita je keluarga yang dia ada--"

"I don't care!!"

Amarah Sara meletus lagi. Air matanya tumpah jua.

"Papa tipu!! Papa memang tak pernah peduli pun pasal Sara!! Dari dulu asyik Hanna! Hanna! Hanna!! Dia la yang baik! Sara la yang jahat! Papa pilih kasih!! Dari dulu memang Sara ni tak pernah penting pun di mata papa!! Mama je yang faham Sara!! Tapi sekarang ni mama dah takde!! I hate this house!!! And i hate you!!!"

"Sara!!" Selina ingin mengejar Sara yang sudah berlari naik ke biliknya tapi langkahnya terhenti bila terdengar suara Hanna.

"Uncle..? Uncle kenapa ni?" Hanna mendekati bapa saudaranya bila melihatnya sedang memejamkan mata dengan wajah yang berkerut. Sebelah tangannya pula diletakkan di dada.

"Pa!?" Selina jadi panik bila melihat papanya seperti sedang menahan sakit.

"Pa! Papa bertahan ya.. Hanna! Tolong bawak papa ke kereta.. Akak pergi ambik kunci kereta! Kita ke hospital sekarang.!



                                  •••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now