15

16 9 12
                                    

"Hari ini dalam sejarah!!--"

Sara memadang sekilas ke arah Fie.. 'ada la tu nak bahankan aku..' getus hatinya.

Tak kuasa nak melayan dia kembali mengemas nota-nota dan mematikan laptopnya.

"Saraléa Amour... hari ini bukan setakat hadir discussion tapi juga telah menyiapkan kerja yang ditugaskan"

Fie membuat gaya seolah-olah membaca title untuk banner pilihan raya. Tapi bila dua kali pandang dah macam pembaca berita pun ada minah ni.

Dua orang lagi pelajar perempuan yang merupakan ahli kumpulan mereka hanya tergelak melihat gelagat Fie.

Bab nak membahan member tu memang nombor satu!

"Okey la Fie.. Sara.. kitaorang gerak dulu.. apa-apa nanti kita discuss lusa pulak."

"Okey.." balas Fie dan Sara hampir serentak sebelum mereka berdua itu beredar.

Fie pun memandang ke arah Sara lalu mencuit lengan kawan baiknya itu.

"Apa dia.. cakap je la." Mendatar je nada suara Sara.

'Sah! Minah ni tengah takde mood'

Dia menyilangkan tangannya di atas meja. "Kau ni kenapa? Bad mood je aku tengok. Aku gurau pun kau tak layan. Kau ada masalah ke?"

Sara melepaskan keluhan, dia menyelak rambut depannya yang sudah panjang itu.

"Kakak aku.."

Fie mengerutkan dahi. "Kenapa dengan Kak Elly? Dia marah kau? Korang gaduh ke?"

"Marah tu ya.. tu nanti aku cerita kemudian.. tapi sekarang ni aku rasa Kak Elly tu tengah ada masalah. Aku tak tau apa dia tapi aku dapat rasakan yang Kak Elly tu macam ada something yang dia sorokkan dari aku."

"Hmm.." Fie mengusap dagunya. Serius benar dia berfikir.

Setahunya Selina tu bukannya la seorang yang perahsia. Tapi kalau dah sampai tahap adik sendiri pun tak nak share.. maknanya tu isu besar la agaknya.

"Kau dah cuba tanya?"

"Dah. Masa on the way hantar aku pagi tadi. Tapi biasa la jawapan Kak Elly. 'Takde apa-apa.. no need to worry about me.. masalah kedai je.. masalah biasa je'. Tapi Fie aku yakin Kak Elly tu tipu je.. dia memang tak nak bagitau aku."

"Or maybe.. belum masanya lagi dia nak bagitau kau?" ujar Fie mengundang perhatian Sara.

"Sara.. kau kenal kan kakak kau tu macam mana. Selama ni pernah ke dia berahsia dengan kau? Takde kan? So kau jangan la fikir yang bukan-bukan. Mungkin Kak Elly cuma tak nak bebankan kau ke.. buat kau susah hati ke. Alah.. bila dah sampai masa yang sesuai nanti dia bagitau la kat kau"

Sara memeluk tubuh. Meskipun dia tidak suka kakaknya berahsia dengannya, tapi apa yang dikatakan Fie tu ada betulnya jugak.

"Betul juga cakap kau.. okey la.. aku takkan desak Kak Elly untuk cerita masalah dia kat aku. Cuma aku harap benda tu takde kaitan dengan kes accident tu sudahlah"

Kali ni Fie agak terkejut.

"Kak Elly accident!?"

"Ha'ah. Semalam. Kak Elly kata tak teruk pun kemalangan tu tapi tulah.. aku harap memang takde apa-apa yang serius je yang jadi sebab aku perasan muka Kak Elly macam lain je bila dia cerita pasal kemalangan tu pagi tadi"

Fie juga ikut sama berfikir. "Kenapa ya..?"

Sara tidak menjawab, dia pun tahu sebenarnya yang soalan Fie tadi tu lebih kepada dirinya sendiri.

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now