14

15 8 3
                                    

"Huh!!? Accident!!?"

Selina hanya mengangguk saja sebelum mengigit sedikit rotinya. Tapi bila dia teringatkan semula tentang hal itu selera makannya terus hilang.

"Habis tu akak okey tak!? Teruk ke accident tu??."

Panik Sara dibuatnya, tapi bukan kerana risau pasal keretanya.

Kalau pasal kereta tu dia tak kisah sangat. Alah.. benda dah selalu sangat jadi, keretanya tu memang dah dikira macam 'pelanggan tetap' kat bengkel repair kereta.

Yang dia risaukan sekarang ni adalah kakaknya. Tak pernah-pernah dia accident sebelum ni! Ni la kali pertama ia berlaku.

Patut la semalam muka tu dah macam orang mati laki je.. rupanya pasal ni la agaknya.

"Akak okey je.. takde cedera apa-apa, cuma kereta Sara je.. bahagian depan tu kemek sikit. Kereta yang akak terlanggar tu pun sama jugak takdelah teruk mana." Dia melepaskan keluhan berat. "Memang salah akak pun.. akak yang cuai.. mengelamun masa tengah drive.." Katanya tanpa mahu memanjangkan cerita.

Dia memang tak berniat pun nak ceritakan dengan lebih detail tentang apa yang berlaku semalam. Sama ada tentang kemalangan itu mahupun tentang perkara yang papa bincangkan dengannya.

Sara tak perlu tahu..

Buat masa sekarang.

"Papa tau tak?"

"Tau apa?"

Suara papanya kedengaran.

Tuan Eduord menarik kerusi lalu duduk di meja makan itu sambil memandang ke Sara sebagai tanda dia mahukan jawapan untuk soalannya tadi.

"Err.." Sara jadi serba salah.

"Papa tau." Selina membalas tapi lebih tertuju pada Sara memandangkan dia tidak sempat nak menjawab bila adiknya bertanya tadi. "Akak bagitau masa pegi ofis papa"

Nak kata terkejut tu.. adalah sikit. Sara pun memandang papanya yang sedang bersarapan itu.

Agak-agak papa marah tak dengan Kak Elly? Tu pasal mood kakaknya itu tak macam selalu? Bermacam prasangka yang bermain dalam kepalanya ketika ini.

"Papa marahkan akak ke sebab accident tu?"

Tidak betah nak berteka teki, dia pun bertanyakan terus.

"Kenapa papa nak marah? Benda dah nak jadi. Kita hati-hati macam mana pun kalau dah nak kena tu tetap akan accident jugak. Tapi Kak Elly dah terangkan dah kat papa yang memang dia yang bersalah. Asalkan dah settle dengan orang tu pada papa dah takde masalah lagi. Yang jadi masalahnya bila kita tunding jari kat orang sedangkan itu memang salah kita".

Dia memadang sekilas ke arah Sara sebelum menyambung semula suapannya.

"Macam Sara.." katanya ingin mengenakan anak manjanya yang sorang itu.

Sara pula apa lagi... muncunglah bibirnya bila papanya mengungkit tentang kes-kes kemalangan kecilnya.

"Papa ni...! Hish!" dia pun meneruskan suapannya dengan rasa tak puas hati bila kena perli.

Cakap lebih-lebih kan nanti takde pasal extend pulak tempoh dendanya.

"Uncle"

Mendengarkan suara itu saja terus potong selera makannya. Dia pun bangun dari kerusi lalu mengambil begnya.

"Sara tunggu akak kat luar." Dengan wajah yang kelat dia pun berlalu dari situ.

Tak kuasa la dia nak pandang muka perempuan tu lama-lama! Buat sakit mata dan buat sakit hati!

Hanna hanya memandang saja.. bukannya dia tidak biasa dilayan begitu.

Tuan Eduord mengelengkan kepala melihat sikap Sara.

Walaupun sudah bertahun duduk sebumbung tapi anak gadisnya itu sampai sekarang masih tidak menyenangi kehadiran Hanna di rumah ini. Dan disebabkan hal itulah mereka juga tidak pernah makan semeja.

Hanna hanya akan makan bersama di meja makan bila Sara tiada di rumah ataupun takde selera makan. Tapi kalau Sara ada dia akan makan di dapur bersama dengan maid. Kalau Hanna makan bersama jugak memang Sara tu lebih rela berlapar.

Sara tu memang degil orangnya. Pernah satu kali tu dia terpaksa ke hospital gara-gara seharian mogok lapar. Walaupun dah tau diri tu mudah kena gastrik nak jugak tunjuk perasaan. Itu yang buatkan Tuan Eduord, Selina dan anak bongsunya, Sunoo jadi serba salah dengan Hanna.

Tapi Sara tu tetap juga dengan keras kepalanya jadi hal ni memang takkan kemana. Jadi nak tak nak memang terpaksa diikut saja kehendak anaknya yang sorang itu.

Mujur la Hanna ni seorang yang memahami. Meskipun dia tau Hanna terasa hati tapi anak saudaranya itu tak pernah sekali pun mengungkit apa je yang Sara dah buat padanya.

Disebabkan sikap Hanna yang baik la membuatkan dia tidak pernah berkira dan menganggapnya seperti anak sendiri.

Walaupun keperihatinannya terhadap Hanna kadang kala mencetuskan konflik antaranya dan Sara tapi sebagai bapa saudara kepada Hanna, dia juga tidak boleh mengabaikan amanah yang diberikan.

"Hanna pergi kolej dulu ya uncle.."

"Yalah.." dia membalas senyuman anak saudaranya itu.

Hanna pun segera beredar untuk berangkat ke kolej setelah meminta diri.

Selina juga sudah pun bangun dari kerusi. "Elly gerak dulu pa...nanti Sara lambat pulak--"

"Elly.." dia menahan anak sulungnya.

"Elly betul-betul tak kisah ke dia kerja dengan papa?"

Selina diam untuk seketika sebelum menjawab.

"Tu syarikat papa.. papa boleh ambik sesiapa pun bekerja dengan papa. Elly takde hak pun nak halang. Okey la Elly pergi dulu" dia pun mencapai begnya lalu ingin beredar.

"Elly.."

Dia berhenti melangkah.

"Pasal yang kita bincang semalam tu. Apa pendapat Elly?"

Selina tidak terus menjawab.

Sebenarnya kalau boleh dia tak nak terlalu masuk campur tapi ini soal masa depan Hanna, dia tak boleh la jugak buat tak endah saja.

"Elly rasa lebih baik papa tanya dan cuba berbincang dulu dengan Aunty Sookyung. Pendapat dia yang lebih penting. Lagipun ni melibatkan masa depan anak dia kan.. Elly yakin papa dan Aunty Sookyung boleh putuskan apa yang terbaik untuk Hanna.. Okey lah pa.. kalau takde apa-apa lagi Elly pergi dulu.."

Tuan Eduord termenung seketika memikirkan kata-kata Selina itu.

Bukan dia tidak mahu bertemu dengan Sookyung tapi kalau Sara tau mesti dia akan mengamuk besar nanti.

Dia tidak mahu kebencian Sara itu nanti akan kembali menjarakkan hubungan mereka lagi.

Dan bercakap soal Sookyung....

Patut ke dia berterus terang dulu soal latar belakang Hanna sebelum perkara itu diteruskan?

Setidaknya nanti takkan ada sebarang rahsia bila segalanya dah diputuskan.

Tapi.. boleh ke mereka menerimanya?

Atau mereka juga akan memandang serong pada Hanna?

••••

Aɱσυɾ Dҽ Mα Vιҽ   〖 𝐿𝑜𝓋𝑒 𝒪𝒻 𝑀𝓎 𝐿𝒾𝒻𝑒 〗  Where stories live. Discover now