Chapter 1

14.2K 680 70
                                    

Kaki melangkah ke gazebo. Kelibat gadis yang sedang membaca buku itu tertumpu dari jauh. Laju sahaja kaki mendekati gazebo.

"Dian!!!" ceria Cyra.

"Go away!" ujar Dian. Penat melarikan diri dari Cyra. Bukan apa tapi ini masalahnya...

Cyra muram.

"Alah kau ni! Luangkan lah masa dengan aku! Luang masa dengan buku tu buat apa?!" luah Cyra.

Dian menutup buku.

"Kau ni kan, selalu aje kacau aku! Aku nak baca buku pun susah tau!" rungut Dian.

"Kau ni kan, selalu aje baca buku! Dari kecil sampai sekarang. Buku, buku dan buku! Bosan tahu tak?!" balas Cyra.

Dian memutarkan bola matanya. Dian kembalu membuka buku dan membaca. Lama berdiam, Cyra senyum lebar.

"Jangan buat kerja gila!" belum apa-apa Dian melarang.

"Kali ni dah tak! Aku ada idea menarik punya!!" ujar Cyra.

Dian memandang Cyra. Kening dijongket. Cyra senyum misteri dan memberitahu idea jahatnya.

"Wah, kau memang cari maut Cyra!" ujar Dian.

"Alah, dah lama tak bermesra dengan mamat berlagak bajet handsome tu!"

"Elok sikit ea! Aku hempuk kau dengan buku ni kang!"

Cyra membuat muka menyampah.

"Eleh, ejek kesayangan dia sikit je dah nak hempuk aku! Menyampah!" luah Cyra.

Dian hanya menghiraukan.

"Dah jom! Aku dah beli dah pun!" ajak Cyra.

Dian mengangguk setuju. Seronok juga mengenakan orang. Cyra lah yang ajar. Semua idea jahat, hasil ajaran Cyra.

Mereka menuju ke bilik Cyra. Pintu dikunci. Cyra mengambil kotak di bawah katilnya lalu dibuka kotak itu. 

"Ya Allah, kau buat koleksi benda-benda ni?!" terkejut Dian.

"Iya lah! Kalau tak macam mana nak kenakan orang?" jawab Cyra.

Dian menggeleng. Lain benar perangai mereka berdua. Seorang pendiam dan seorang lagi over bercakap dan tersangatlah jahat.

Cyra mengeluarkan dua benda. Dian hanya memandang kosong. Tak faham apa benda yang seronok sangat sehinggakan Cyra senyum lebar.

Dua remote control dikeluarkan juga. Satu diberikan kepada Dian, Dian hanya menyambut tanpa berkata apa-apa.

"Aku kawal yang ni, kau kawal yang tu!"

"Macam mana nak kawal?"

Cyra mengeluh.

"Kau belajar tinggi pun bodoh ke? Ikut jelah tulisan kat remote tu!"

Dian menjeling. Cyra menyimpan semula kotak di bawah ke katil. Berjalan seperti perompak iaitu berjengket-jengket ke dapur. Benda yang dikawal oleh Dian, diletakkan di atas lantai manakala Cyra pula diletakkan di atas meja.

Selepas itu, Cyra memberi anggukkan. 

Satu terbang dan satu lagi berjalan laju dan memanjat sofa

1,2,3

"ARGHHHHH CICAK!!!!!!" jerit Carl.

"ARGHHHHH  LIPAS!!!!!" jerit Isaac.

Dengan itu, meletus ketawa Dian dan Cyra. Cukup meriahkan rumah itu dengan jeritan mereka. Nak pula haiwan-haiwan mainan itu, mengejar mereka berdua.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now