SENGAL
*******
Mereka menarik bagasi menuju ke pintu utama rumah. Sudah lama tidak menjejakkan kaki di Malaysia lagi-lagi menetap di rumah yang penuh kenangan ini.
Ketika Alana berada di Malaysia, dia lah yang menjaga rumah ini. Di mana, rumah ini pertemuan pertama dia dan Zaheen.
Harriz mengelurkan kad akses lalu diletakkan pada skrin pengimbas. Pintu terbuka. Mereka masuk dan terus duduk bersandar di atas sofa ruang tamu.
"I can't believe kita akan ke sini lagi. Last Cyra jejak kaki di sini, masa kecil-kecil dulu lah"
Diam. Harriz diam. Ariana dan Raf pula sudah memandang antara satu sama lain. Mana tidaknya, kenangan yang membuatkan hubungan Harriz dan Helena tidak lagi sebagai suami isteri.
Raf berdehem.
"Carl dengan Cyra naik atas rehat. Bukan sebilik! Lusa baru boleh sebilik" ujar Raf.
Carl hanya senyum tipis manakala Cyra sudah menahan malu.
"Esok jangan bangun lambat sebab kamu berdua kena fitting baju, tengok pelamin dan banyak lagi kerja untuk diselesaikan esok" ujar Ariana pula.
"Buat besar-besaran ke mama?" soal Cyra.
Ariana pantas menggeleng.
"Buat secara tertutup. Hanya keluarga terdekat sahaja" celah Harriz.
Cyra mengangguk faham.
"Tapi macam buat besar-besaran je bila dengar ada pelamin bagai" ujar Carl.
"Memang tetutup tapi buat besar-besaran sebab keluarga kita kan keluarga yang besar. Eh, banyak tanyalah! Nak kahwin ke tak nak?" soal Ariana.
Carl dan Cyra mengangguk serentak.
"Kitaorang naik dulu lah!" ujar Cyra.
Semua mengangguk. Carl dan Cyra menolak bagasi sehingga ke tangga. Carl menghalang Cyra apabila Cyra mahu mengangkat bagasi menaiki tangga.
"Bagi aku angkat naik atas"
Cyra menggeleng.
"Aku boleh angkat sendiri. Lagipun kau pun kena angkat bagasi jadi aku tak nak susahkan kau" tolak Cyra.
Carl mencekak pinggang.
"Bagi jelah aku angkat bagasi kau. Kau tu dahlah kurus, pendek, ada hati nak angkat barang berat. Nanti jatuh macam mana haa? Kau nak aku sambut kau macam filem romantik tu ke? Lambat lagi!" bebel Carl.
"Aku tak pendeklah! Kau tu je yang tinggi! Tinggi aku 167 cm tau" balas Cyra.
Carl buat muka menyampah lalu bagasi Cyra ditarik.
"Ish, bagilah aku!! Bagasi aku gilaa!!!"
Cyra cuba mengambil bagasi miliknya kembali namun Carl lebih kuat menahan bagasi itu dari ditarik oleh Cyra.
"Dah habis dah, mak cik?"
Cyra mendengus geram. Kaki menendang bagasi milik Carl.
"Bawalah! Nak sangat kan bawa naik atas!" geram Cyra. Kaki menghentak apabila menaiki tangga.
Mata memandang Cyra menaiki tangga lalu senyum senget diukir.
Carl mendekati Cyra yang menunggunya di hadapan pintu bilik.
"Thanks but no thanks" ujar Cyra dengan senyuman palsunya. Cyra terus masuk ke dalam bilik. Carl juga begitu.
Carl menghempaskan badannya di atas katil lalu phone dicapai. Nama Cyra ditekan.
YOU ARE READING
THE VENDETTA
RomanceKnown as Mrs. Zayyan Herriez. "Enjoy the game." - Alaya Raeesa Diandra Beautiful cover from beautiful angel @saraalee_ ⚠️EMOSI BERAT ⚠️HEAVY CONFLICTS ⚠️PLOT TWIST ⚠️BAHASA KASAR ⚠️KILLING ACTIONS