Epilog (special chapter)

2.7K 142 46
                                    

SUNYI sepi. Gelap gelita. Mereka semua hanya bergantung pada lampu suluh untuk melihat hala tuju. Dengan penuh berhati-hati mereka semua mengaturkan langkah agar tidak tersungkur. Pada malam yang sungguh mendebarkan dan agak seram ini, mereka semua berada di dalam hutan. Bukan berada tetapi terperangkap. 

Mereka semua terperangkap di dalam hutan yang sangat besar. Mereka tersesat dan hilang hala tuju yang sebenarnya. Hanya ada peta dan kunci. Entah apa fungsi kunci itu namun mereka rasa kunci ini sungguh penting. Bunyi jeritan Reyssa buat rakan-rakannya menghentikan langkah. Reyssa merintih sakit akibat terseliuh. Andra memapah adik kembarnya dan disandarkan pada batang pokok yang besar.

Dheera cepat-cepat mengeluarkan alatan untuk merawat. Berkerut dahi Reyssa menahan sakit ketika dirawat. Andra yang melihat itu menghulurkan tangannya. Reyssa menggenggam tangan abang kembarnya dengan erat. Selesai merawat, Andra mendukung Reyssa dan menyambung perjalanan mereka. 

Satu jam kira-kira masa berlalu, ada yang mengeluh penat, ada yang merintih sakit dan adanya yang ketinggalan di belakang kerana keletihan sehinggakan tidak mampu mengejar langkah yang lain. Mereka tiba di kawasan yang agak lapang dan rata. 

"Kita berehat di sini." putus Kanz. Yang lain setuju tanpa membantah lagi. Masing-masing bersandar pada batang pokok. Keletihan mereka diubat dengan tidur yang lena sehingga tidak sedar apa yang telah berlaku selepas itu. 

BUNYI sesutu menghempas tanah, membuatkan Reyssa terjaga. Membulat matanya melihat apa yang berada di hadapan mata. Pantas itu, Reyssa menepuk bahu Andra. Berkerut-kerut kening Andra apabila dikejut begitu. Sebaik membuka mata dengan jelas, Andra terus mengejutkan semua rakannya yang lain.

Mereka yang mahu marah dan beleter kerana dikejut secara kasar itu terhenti. Pandangan mereka semua ke arah sebuah rumah empat tingkat yang besar dan mewah. Dheera memeluk lengan Kanz kerana mendengar bunyi pelik dari belakang rumah itu. Sekali dengar, tidak jelas. Dua kali, bunyi tembakan jelas kedengaran. Masing-masing memandang antara satu sama lain.

Reyndra mahu melangkah menghampiri pintu rumah itu tetapi Alva terlebih dahulu menghalang. Dia menggeleng laju sebagai tanda tidak mahu Reyndra ke sana.

"It's okay. Trust me."

Alva melepaskan pegangan tangannya lalu Reyndra menghampiri pintu itu. Pada mulanya Andra mengikut kemudian Kanz. Dan dengan itu, Reyssa, Alva dan Evaleyn turut mengikut sama. Andra menyerahkan kunci kepada Reyndra. Sekali cuba, pintu berjaya dibuka. Perlahan-lahan pintu dibuka. 

Pemandangan girls bertukar terkejut melihat isi dalam rumah yang sungguh berbeza dari luaran. Dari luar nampak rumah yang cerah dan seperti rumah-rumah yang ceria namun bila masuk sahaja ke dalam, rumah ini dihiasi dengan warna-warna yang gelap. Kontra dari luaran rumah.

"Ini rumah apa? Kenapa macam rumah penjahat?" soal Dheera.

"Atau ini rumah yang kita cari selama ini. Reyssa dan Dheera periksa ruang bawah. Aku dengan Andra tingkat dua, Alva dan Lyn tingkat tiga. Airel, kau periksa tingkat empat. Selepas siap, semua berkumpul di sini semula. Hati-hati." Reyndra memberi arahan. Semua mengangguk faham dan bergerak ke tempat masing-masing.

Hampa. semuanya kosong. Tiada orang mahupun barang yang memberi petunjuk kepada mereka. Tidak sampai dua jam, semua sudah berkumpul di tingkat bawah semula. Sekali lagi, bunyi tembakan kedengaran. Sangat jelas di ruangan belakang rumah. Airel melangkah mendekati sliding door kaca yang tidak nampak pemandangan luar. Kunci. Tidak dapat dibuka. 

"Kanz, tolong aku pecahkan pintu."

Dalam kiraan tiga, mereka berdua memecahkan pintu. Kosong juga. Mereka memandang sekeliling. Pendengaran mereka diganggu dengan bunyi tepuka tangan. Seseorang keluar dari pokok yang besar dan tinggi itu. Dari muka yang serius berubah menjadi terkejut dan terkedu.

Wajah Alaya Raeesa Diandra menjadi pemandangan mereka. Wajah wanita ini tersenyum sinis. Sikit pun tidak kentar mahupun terkejut melihat tetamu-tetamunya.

"Finally, kita berjumpa."

"Mama...?"

"Aduh, apa ke bengong pistol kau ni Dian? Tak gempak langsung!"

"Mummy?"

"Oh, dah sampai? Lama betul tunggu, nasib tak mati sebab tua je tunggu kau orang semua!" ujar Cyra sambil ketawa.

"Ni bukan mimpi kan?" Dheera bersoal.

Dian mendekati Dheera. Pipi Dheera disentuh lembut.

"Hai, my Dheera sayang! Nampaknya, Isaac jaga kau berdua dengan baik."

"Apa benda semua ni?" nada marah Andra bersuara.

"Apahal tanya kitaorang pula? Tanya lah bapak kau! Dia yang suruh kitaorang sorok di sini. Bosan kau tahu tak?" marah Cyra semula.

"Daddy Carl? What do you mean?" soal Alva pula.

"Bukan daddy Carl je tapi papa Isaac. Diorang bersubahat sorok kitaorang di sini untuk kaburi mata adik mamat tak guna tu!"

"Banyak benda yang terlepas. Dah jom masuk. Kita kopi-kopi!"

*****

HAHAHAHAHAH apakah ini hehe!

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now