Chapter 50

2.1K 210 25
                                    

Carl melangkah keluar dari bilik. Kini, kaki melangkah menuju ke bilik di mana Cyra ditempatkan. Baru sahaja mahu membuka pintu, Carl menjatuhkan tangannya dan menuju ke bilik Dian. Dari luar terdapat cermin besar yang menampakkan ruang dalam. Cermin itu kebiasaanya menggunakan langsir untuk menutup dari dilihat orang yang lalu lalang. Carl memandang Dian yang terlantar di atas katil dari jauh.

"Pandai rupanya berlakon."

Carl kembali ke pintu bilik isterinya. Pintu dikuak lalu Carl masuk dan menutup semula pintu. Langkah ya terhenti apabila melihat Isaac yang sudah berdiri bersandar pada dinding. Isaac menegakkan badannya. Kaki melangkah ke arah Carl. Sekali lagi panahan mata tajam mereka menikam di antara satu sama lain. Carl menghembuskan nafas perlahan. Kedua tangannya masuk ke dalam poket seluar.

"Aku buat semua ini demi kita semua." ujar Carl. Isaac tersengih sinis. Selepas itu, rahang diketap kuat.  Isaac menahan amarah.

Carl memandang Cyra seketika melangkah keluar dari bilik. Tindakan itu menyebabkan Isaac melangkah keluar sama. Carl merenung lama wajah Isaac. Bahu Isaac ditepuk beberapa kali. Pantas Isaac menepis dengan kasar.

"Dian tak mati lagi, kau dah bertindak macam ni? Kalau mati,"

Carl melangkah dua tapak mendekati Isaac. Dia melawan renungan tajam Isaac.

"Aku teringin nak tahu apa yang jadi."

Tangan yang dari tadi mengepal, kini menghentak pipi Carl. Isaac melepaskan tumbukan kepada Carl. Sudah itu, badan Carl ditolak sehingga menghentak dinding. Carl menyentuh pipinya. Lidah pula menekan isi pipi dari dalam mulut.

"Pengkhianat!"

"Fikir lah apa kau nak fikir. Cuma satu, jangan rosakkan apa-apa, kalau nak Dian hidup!"

Isaac menggeleng, kedua tangannya dimasukkan dalam poket seluar. Dia melangkah mendekati Carl.

"What I should tell you or warn you huh? Be aware? Be careful? Or try your best? Which one? Maybe all of that." sengih sinis Isaac menghiasi bibirnya pada hujung ayat.

Isaac pulang ke rumah bersama kedua anaknya. Daryl Adheera diletakkan pada baby sit di sebelah pemandu manakala Daryl Kanz duduk di belakang.

Tangan kiri menepuk perlahan anaknya yang menangis kerana terkejut ketika tidur. Isaac berselawat. Itu membuatkan Daryl Kanz memanjat sehingga ke peha Isaac.

"I want to sleep with you, papa!" ujar Daryl Kanz lalu menyandarkan badannya pada badan Isaac. Tidak boleh buat apa, Isaac biarkan.

Kedua-dua adik beradik itu tertidur mendengar Isaac berselawat. Sampai di rumah, Isaac mengangkat Kanz terlebih dahulu masuk ke dalam rumah dan dibaringkan atas katil bilik yang terletak berdekatan ruang tamu.

Isaac mengambil Daryl Adheera pula. Daryl Adheera diletakkan di katil bayi. Mahu Isaac melangkah keluar dari bilik, Daryl Kanz memanggilnya. Isaac memusingkan badan dan menghampiri Daryl Kanz yang menggosok mata itu.

Daryl Kanz dibawa ke peha. Rambut anak lelakinya itu diusap perlahan. Daryl Kanz berdiri dan memeluk leher Isaac. Kepalanya berbaring di atas bahu Isaac. Isaac senyum tipis dan menepuk perlahan belakang Isaac supaya kembali tidur.

Lama itu, Isaac meletakkan semula Daryl Kanz ke atas katil. Selimut bewarna biru itu ditarik sehingga menutupi leher Daryl Kanz. Isaac melangkah keluar. Dia menuju ke dapur.

Cara Melissa yang sedang bertungkus-lumus masak itu dipandang. Kerusi ditarik lalu Isaac melabuhkan punggung. Noah menyapa dari belakang. Dia turut melabuhkan punggung di sebelah Isaac.

"Tak dengar pun korang balik." Isaac membuka topik berbual.

"Bilik dengan pintu jauh bengong! Kau nak dengar apa?"

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now