Chapter 41

2.1K 229 74
                                    

Cyra membuka pintu utama. Susuk tubuh Carl yang muncul itu dipandang. Kiri kanan Cyra menoleh melihat orang sekeliling kemudian memberi laluan untuk Carl masuk ke dalam. Carl duduk di atas sofa begitu juga Cyra.

Tangan bermain dengan rambut Cyra lalu menarik Cyra ke dakapannya. Cyra memeluk pinggang Carl.

"Sorry."

Carl memandang Cyra yang telah pun mendongakkan kepalanya. Carl menjongketkan kening. Badan ditegakkan sedikit.

"Mesti husband terasa apa yang Cyra cakap haritu."

"Nak terasa kenapa pula? Itu kan hanya lakonan je, sayang."

Bibir mengoyakkan senyuman tipis dan mengangguk. Terasa bersalah berkata begitu pada Carl. Tidak sia-sia dia berlatih cara untuk mengalirkan air mata dengan betul. 

"Pergi kemas barang. Kita pergi Sydney. Peperangan bakal bermula." ujar Carl. Satu anggukkan dari Cyra lalu dia bangun dan melangkah ke bilik untuk mengemas barang. Carl mengikut langkah Cyra.

Twins yang sedang tidur lena atas katil dipandang, terus badan dibaringkan atas katil dan mengelis lembut pipi twins. Cyra mengemas barangnya di atas meja lalu dimasukkan ke dalam beg khas. Bagasi dikeluarkan dari almari.

Senyuman lebar terukir di bibir Cyra apabila dirinya terasa diperhatikan dengan penuh cinta. Mata memandang Carl yang tersenyum itu.

"Suka?"

Lambat-lambat Cyra mengangguk.

"Jadi jangan hilang dari mata aku."

"Kenapa?"

"Biar aku tenung muka kau yang cantik ni."

Diam. Bagaikan mahu menghentak kepala di dinding. 

*

Dian menegakkan bagasi dan roda menghentak lantai. Bilik dibuka, Dian mengukirkan senyuman tipis apabila Isaac masuk ke dalam bilik.

"Kenapa lemah semacam je ni?" soal Dian apabila melihat Isaac melangkah longlai. Isaac mendepakan tangannya dan buat muka bagaikan budak manja.

"Nak hug!" Gedik nada Isaac meminta Dian memelukny Dian mendepakan tangannya lalu dengan pantas Isaac memeluk Dian. Kepala Isaac mendarat di bahu Dian dan tangan Dian mengusap belakang Isaac.

Lama itu, pelukan mereka dileraikan. Isaac menghampiri almari lalu beg hitam besar dikeluarkan. Segala barang keperluannya diletakkan dalam beg itu. Selesai mengemas barangnya, Isaac menghempaskan badan di atas katil.

Keluhan berat dilepaskan. Badan mengiring dan mendepakan tangannya lagi sekali. Dian mencekak pinggang.

"Come on!"

Seketika Dian menggeleng perlahan dengan perangai manja Isaac lalu   meluru ke dakapan Isaac. Pelukan dieratkan. Wajah mereka dekat sehingga nafas terasa pada kulit. Tangan Dian mendarat pada pipi Isaac.

"Aaaaaa handsome nya, my king!" jerit Dian perlahan. 

"Aaaaaa cantiknya, my bidadari!" jerit Isaac sama nada dengan Dian. Pecah tawa Dian melihat Isaac meniru gerak-geri nya.

*

Bunyi roda yang kuat oleh kerana setiap orang menarik bagasi menuju ke tempat untuk menunggu kapal terbang sedia untuk berlepas. Lagi 30 minit mereka bakal menuju ke Sydeny, tempat di mana semuanya lengkap.

Rumah mereka sudah dilengkapi dengan pelbagai barangan yang diperlukan. This is the real war. Hidup atau mati? Semua selamat ataupun tidak? Persoalannya yang ditolak ketepi walaupun itulah hakikatnya yang bakal ditanggung oleh mereka.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now