Chapter 45

1.8K 194 21
                                    

Pagi subuh bak kata orang tenang tapi tidak hari ini. Semua bergegas bangun dan menyiapkan diri. Setelah memakai pakaian yang sesuai dengan keadaan yang boleh dikatakan kritikal ini, mereka menuju ke markas NX di mana markas kepuyaan Noah.

NX yang membawa singkatan pada Noah Xander. Di situ tempat pembekal senjata dan pusat latihan. Markas NX tidak jauh dari markas VA. Mereka tiba di markas NX dan terus melangkah laju ke bilik senjata. Semua anggota sudah dikumpul bersama.

Tepat jam 12 a.m, Isaac mendapat maklumat yang Zayden sudah berada di Sydney dan juga membawa bersama geng-geng nya. Keadaan jadi lebig tegang apabila Dian juga mendapat maklumat yang Zayden sudah menyerang beberapa anak buah dan markas miliknya.

Disebabkan itu, Isaac dan Dian buat kata sepakat yang Zayden sudah mula mahu menyerang atau lebih kasar peperangan bakal bermula tidak lama lagi. 

"Kita dah tak banyak masak. Lagi kita lengahkan, lagi banyak yang terkorban dengan setan gila tu. 10 minit dari sekarang aku dengan setan gila tu akan berhubung." Tegas Noah memberi maklumat pada semua anggota nya.

Semua anggota sudah pun selesai membuat persiapan dengan pantas dan teliti. Kini semua sedang menunggu tempat, masa dan juga Zayden setuju untuk berhubung. Tidak sampai 10 minit, seseorang yang tidak dikenali mahu buat panggilan. Noah mengangguk dan panggilan itu disambungkan.

"Zayden?" Noah menyebut nama Zayden namun tiada sahutan. Hanya diam. Dangerous mates mula melangkah dan mendekati Noah. Dari tadi mereka berdiri di belakang memberi Noah selesaikan hal nya sendiri.

"Cakap lah setan gila!" marah Cyra. Tidak dapat menahan amarah yang sudah mengusai diri apabila Zayden bertindak untuk diamkan diri. Suasana yang sunyi itu dipecahkan dengan tawa orang yang sedang berhubung dengan Noah.

Berkerut dahi masing-masing memproses suara tawa tersebut. Suara yang ketawa itu bukan suara Zayden. Berbeza. Tapi dia gila. Memang semua geng Zayden orang gila atau macam mana huh? 

"Who are you?" soal Firash.

"I don't know. Come here, aku dengan Zayden dan tunggu lama." Suara lelaki itu menjawab akhirnya.

Diam. Tiba-tiba anggota Noah yang menjaga bahagian location itu mendapat koordinat tempat. 

"8 jam dari sekarang."

Talian terputus. Dengar sahaja mahlumat, semua bergerak ke tempat yang diberikan tadi dan mengambil tempat masing-masing. Tempat yang sudah di agak oleh Carl. Dia kenal tempat Zayden selalu korbankan mangsa-mangsa untuk bagi amaran pada musuh.

Sungguh kejam.

Tapi apa beza dengan twins? Sama aje. Kejam.

Tinggal tujuh orang iaitu dangerous mates. Mereka semua melabuhkan punggung dan tenangkan diri yang sudah serabut dengan keadaan ketika ini. Dian keluar dari bilik. Phone diletak pada telinga. Badan bersandar pada dinding sementara menunggu panggilan dijawab.

Panggilan tidak dijawab.

Alaya cuba lagi sehinggalah panggilan keempat, masih tidak terjawab. Kaki yang mula menapak laju ke kereta. Butang unlock kereta ditekan, Dian yang mahu masuk ke dalam perut kereta dihalang oleh Isaac. Lengannya dipegang.

"Where are you going?" soal Isaac.

"Somewhere." jawab Dian tanpa teragak-agak. Reaksi nya yang mula gelabah apabila penjaga markasnya tidak mengangkat call dikawal sebaik mungkin. Lengan ditarik dan badan terheempas pada kereta. Tidak sakit.

"Jumpa Zayreen Atheerah?" 

Dian terkedu. Mata merenung tajam Isaac yang sudah menujukkan reaksi sinis. Lengan direntap kasar dari dipegang oleh Isaac. 

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now