BABY BOY
******
Dua minggu sudah berlalu.
"Thanks mummy." Ujar Isaac dengan lembut. Helena senyum senang. Zip bagasi ditarik menutup ruang di dalam. Isaac mengangkat bagasi besar itu turun dari katil.
Isaac membetulkan jacket berwarna coklat yang pakai bersama t-shirt putih dan seluar jeans. Helena mendekati Isaac.
"Choose for me, mummy." Pinta Isaac. Helena berdiri di hadapan topi yang disusun kemas oleh Isaac. Seketika, Helena melihat topi putih yang selari warna hitam. Nampak elegant. Topi itu kemudiannya dipakaikan ke atas kepala Isaac.
"Handsome boy!"
"Your son, of course!"
Helena sengih. Bagasi ditarik keluar dari bilik. Lift dituju.
"Mummy nak tengok Elvina petang ni boleh?" Soal Helena. Isaac diam.
Ya, Helena sudah tahu. Baru kelmarin malam Isaac terangkan tentang Elvina. Bukan terangkan tapi jujur. Reaksi Helena? Semestinya terkejut. Namun nasib baik, Helena menerimanya.
Dan mulai hari ini Isaac akan tinggal bersama Elvina sehingga Elvina habis pantang. Semua menghormat keputusan Isaac. Kecuali Dian. Dia diam dan mengurung diri sejak pemergian Cyra.
Carl?
Murung dan termenung. Helena sahajalah yang menjaga makan minum Carl. Harriz kadang kala menjenguk Carl yang berkurung dalam bilik. Sudah buntu bagaimana mahu memujuk Carl untuk meneruskan kehidupan tanpa Cyra.
Dian yang muncul dari ruang tamu itu terhenti langkahnya apabila melihat Isaac bersama bagasi besar. Helena yang faham keadaan segera beredar menuju ke dapur. Mahu mengambil bekal untuk Elvina.
Isaac melangkah mendekati Dian yang menunduk. Oh tidak lupakan Dian sejak kejadian semua orang mengetahui tentang sakitnya, Dian terasa janggal. Dia mahu menjauhkan diri dari semua orang. Setiap malam, Isaac akan bersama Dian.
Slow talk, baca Al-quran, selawat dan sebagainya.
"Dah makan, queen?"
Dian memandang Isaac yang menegurnya. Dian sekadar mengangguk sebagai jawapan.
"Jangan lupa jaga makan, jaga diri bila aku tak ada ni. Jangan fikir banyak. Aku call, angkat. Jangan diam. Malam-malam kalau kau tak boleh tidur, call aku. Okay, sayang?" Pesan Isaac.
Dian mengalirkan air mata. Sudah lah Daus dan Laura tiada. Mereka pulang ke sydney atas urusan bersama Zaheen dan Alana.
"Kenapa ni, hm? What's wrong, my girl?"
"Aku takut." Luah Dian sambil mengesat air matanya dengan lengan baju.
"Hey, hey listen. Aku memang tak ada dengan kau tapi aku akan ada bila kau perlu, Dian. Jangan takut, dia akan lagi suka. Jangan berhenti sebut nama Allah, queen. DIA akan tolong kau. Aku tak mampu tolong kau kalau Allah tak izinkan."
Tersedu-sedang tangis Dian.
"Queen aku kuat, kan?"
YOU ARE READING
THE VENDETTA
RomantizmKnown as Mrs. Zayyan Herriez. "Enjoy the game." - Alaya Raeesa Diandra Beautiful cover from beautiful angel @saraalee_ ⚠️EMOSI BERAT ⚠️HEAVY CONFLICTS ⚠️PLOT TWIST ⚠️BAHASA KASAR ⚠️KILLING ACTIONS