Chapter 36-night dating

1.8K 217 9
                                    

NIGHT DATING

********

Bilik Cara Melissa riuh dengan suara Dian dan Cyra. Mereka riuh mengenakan tema baju yang sama. Bukan baju sahaja tapi tudung juga.

Cara Melissa mahu cuba bertudung. Rasa bertuah dapat bakal suami seperti Noah. Hadiah yang selalu diberi tudung ataupun baju untuk perempuan bertudung.

Sejak bersama Noah, Cara Melissa tidak memakai baju seksi lagi. Hatinya tersentuh apabila diberikan hadiah begitu walaupun tiada apa yang dikeluarkan dari lelaki itu.

Tanpa disedari Noah telah berjaya mengubah kehidupan Cara Melissa. That's is why

He's the one. The only one.

"Laki kau ada seluar warna nude ni ke?" soal Cara Melissa kepada Cyra.

"Eh, helo! Aku beli semua jenis color untuk dia. So, tiada isu nak warna hitam sepanjang masa." jawab Cyra dengan lagaknya.

"Entahnya. Bosan tengok. Nak aje aku bakar semua baju seluar dia warna hitam." tokok Dian.

Bosan. Jemu melihat Carl dan Isaac memakai warna hitam. Tak hitam mesti putih. Tak faham betul! Beli bukan main banyak. Macam-macam warna ada. Tapi hitam dan putih juga jadi pilihan mereka.

Membazir je. Nasib duit sendiri bukan duit bini. Kalau tak mahu tercabut telinga akibat dipiat oleh Cyra dan Dian.

Pintu bilik diketuk. Cara Melissa buka pintu. Tiga lelaki berdiri di hadapan pintu sambil memeluk tubuh. Dah macam bodyguard yang tunggu depan bilik.

"Ha apahal?" Kasar nada Cara Melissa bertanya. Mengacau girls gossip je.

"Bini aku mana?" soal Carl.

"Suka hati kau je curi bini aku!" ujar Isaac pula.

"Eh, eh jantan ni. Cakap elok-elok lah!" marah Noah.

Isaac berpaling pada Noah. Muka seposen ditayangkan. Jari telunjuk menunjuk ke arah wajahnya.

"Kau tengok muka aku yang handsome lagikan kacak tampan ni. Ada nampak aku kesah?" balas Isaac.

Noah menjeling. Buat sakit hati aje layan dua kembar sewel ni. Cyra dan Dian berdiri disebelah Cara Melissa apabila mendengar suara suami-suami mereka di muka pintu.

"Dah berambus sana. Orang nak gossip, dia sibuk nak kacau!" halau Dian. Isaac memandang atas bawah. Lain macam Dian ni.

"Tak nak. Dari gossip baik ikut saya dating. Ada juga pahala layan suami." balas Isaac. Carl mengangguk setuju dengan Isaac.

Girls menggeleng. Tidak mahu.

"Tak nak!! Kejap lagi kan nak keluar sama-sama. Orang nak pilih baju ni. Pergi lah dating jantan bertiga. Ni hal perempuan. Yang bertelor tak payah masuk campur." ujar Cyra dengan selamba.

Kemudian, Cyra menutup pintu tanpa menunggu boys menjawab pertanyaan berani dari Cyra. Sibuk aje! Dian giliran pertama untuk menggosok pakaian. Sudah tadi main osom, siapa yang dahulu menggosok pakaian. Mereka memilih tema nude dan white. Girls memakai skirt warna nude bersamam baju putih manakala boys pula seluar jeans nude dan baju kemeja putih.

Maklumlah, hari pertama untuk dating berkumpulan bersama-sama. Mestilah nak tema sama. Baru seronok! Kan? Mati akal juga dibuatnya mereka memilih tema. Yelah, tak banyak warna sama. Nasib sahaja saiz mereka sama jadi boleh lah kongsi. Nak pula Dian ada  lebih skirt warna nude. 

Jadi terus sahaja buat keputusan warna nude.

"Cyra, aku nak tanya." Cara Melissa memandang Cyra. Terdetik untuk bertanya. Banyak pertanyaan yang bermain di fikirannya sejak semalam apabila dapat tahu tentang Carl dan Cyra. Semua itu seperti tiba-tiba. Tapi, dia bersyukur mereka sudah berbaik.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now