Chapter 49

1.6K 195 65
                                    

 tukar situation sedikit.

*

CARL mendukung kedua anak kembarnya. Cyra berjalan ke hadapan dan mahu melintas jalan dahulu. Cyra melihat sebuah kereta yang perlahan dari jauh, oleh itu dia meneruskan melintas. Tanpa disedari, kereta itu bergerak dengan laju. 

Boom!

Badan Cyra terhempas pada hadapan kereta dan terlantar di atas jalan. Kereta itu kemudiannya cepat-cepat pergi meninggalkan situasi itu. Belakang badan Cyra mula mengeluarkan darah kerana luka. Dia tidak dapat bergerak kerana hentakan. Carl menurunkan twins dan berlari mendapatkan isterinya.

"CYRA!" jerit Carl dengan kuat. Carl terduduk di atas jalan tar, kepala Cyra diangkat perlahan dan diletakkan atas pehanya. Disebabkan itu, darah membasahi seluar Carl. Batu jalan yang bewarna kelabu itu bertukar merah pekat oleh kerana darah yang mengalir.

Semua di situ, mendekati Cyra. Kedua kembar memegang kedua-dua tangan Cyra dan meraung seperti faham apa yang berlaku. Twins menjerit memanggil Cyra dengan panggilan mummy. Manakala yang lain meminta bantuan daripada pihak hospital. Perhatian Dian tertarik pada arah semak samun yang tebal itu.

Mengecil mata Dian melihat ke arah itu. Tidak lama, Dian membulat mata dan terus berlari ke arah Carl. Sebaik Dian berdiri di hadapan Carl, susuk tubuh itu muncul bersama senapang di tangannya yang sudah bersedia untuk melepaskan tembakan. Dian memandang ke arah Isaac yang menjerit-jerit namanya dan meronta supaya dilepaskan. 

"Lepaslah daddy!" jerit Isaac. 

"Dian lari!"

Dian menggeleng. Bibirnya terketar-ketar kerana tangisan. Dia perlu lakukan begini. Isaac yang tidak henti cuba lepaskan diri itu dipegang kuat oleh Faris dan Raf. 

"Berambus lah sial! Kau nak mampus ke dekat situ?" jerit Isaac kepada semua orang di situ. Twins didukung oleh Noah dan Cara Melissa. Mereka menjauhkan diri. Laura cuba menarik Dian namun Dian enggan. Badan Laura ditolak supaya menjauhi Dian, Daus menyambut isteirnya lalu menarik Laura jauh dari mereka bertiga.

Hanya Carl yang enggan pergi. Cyra masih ada harapan. Bunyi ambulance menyapa pendengaran. Dian mengangguk sekali ke arah susuk tubuh itu seperti menyerah dirinya. 

Pang!

Kedua lutut Dian menghentak tanah. Isaac berjaya lepaskan diri, dia berlari ke arah Dian tetapi Noah lebih pantas. Dia menarik Isaac sehingga mereka berdua jatuh ke tanah. Noah menahan Isaac dari bangun.

"Jangan jadi gila, Isaac!" marah Noah.

Pang!

Sekali lagi bunyi tembakan, Dian menahan dirinya dari jatuh terbaring di atas jalan.  

"DIAN!" jerit Isaac. Isaac berlari ke arah Dian lalu memeluk erat isterinya. Tangan yang mennggigil itu perlahan-lahan membalas pelukan suaminya. Dian menahan sakit. Nafas mulai tidak teratur. Air mata mengalir dan menitis di atas bahu Isaac.

"Sa... kit..." rintih Dian dengan lemah. Pelukan dileraikan. Dian dibaringkan atas pehanya. Perlahan-lahan Dian menolehkan kepalanya ke arah Cyra. 

"Sekarang biar aku yang berkorban untuk kau, Cyra." gerutu hati Dian. Air mata mula mengalir. Dian batuk dan keluarkan darah dari mulutnya. Pandangan beralih ke arah Isaac yang sudah mengalirkan air mata.

"Ya Allah, bidadari!" 

Dian memandang Isaac. Air mata bergenang memandang Isaac yang cemas. Ambulance sudah tiba. Cyra dan Dian diangkat lalu diletakkan atas katil khas yang telah tersedia. Mereka menuju ke hospital. 

Sebaik tiba di hospital, Cyra dan Dian dibawa ke bilik rawatan cemas. Isaac memegang tangan Dian. Matanya tidak lepas dari memandang Dian yang turut memandang Isaac.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now