SABAR
*****
"Eh semak lah kau ni! Pergi sana lah, aku nak susu kan twins. Kau pergi jaga Kheir. Duduk kurung dalam bilik ni. Nyampah!" sembur Cyra. Cyra membetulkan rambutnya yang terjuntai. Serabut!
Hari ni, hari mood nya tidak baik. Rasa menyampah lebih kepada Carl yang cuba mengambil berat. Dari pagi, Carl mahu buat semua benda. Suap, mandi, pakaikan stokin, bertungku dan sekarang pula Carl mahu redakan twins yang sedang menangis. Namun, Carl akur. Dia keluar dari bilik. Tahu, Cyra mood tidak stabil.
Farhana yang sedang mendukung Kheir itu mendekati Carl yang baru sahaja keluar dari bilik. Carl ukirkan senyuman tipis, segera mendukung Kheir.
"Thank you, auntie." ucap Carl. Farhana senyum lebar. Baru sekejap tadi sebelum uruskan Cyra, Carl meminta Farhana menyiapkan Kheir untuk dibawa jalan-jalan. Farhana berjalan menuju ke ruang hadapan rumah. Pintu bilik dibuka semula. Cyra tidak memandang pada mulanya. Namun, mendengar suara Carl memanggil nama, Cyra memandang dengan muka berkerut dan tidak puas hati.
"Sayang, saya bawa Kheir jalan-jalan tau. Kalau ada apa-apa call. Okay, sayang?" lembut Carl bertutur. Cyra memandang twins. Entah kenapa hati rasa menyampah sangat dengan Carl. Tindakan Carl seperti langsung tidak menyesal.
"Pergi jelah. Pergi terus lagi bagus! Aku boleh hidup lah tanpa kau." balas Cyra dengan angkuh. Carl diam dan keluar dari bilik. Membawa Kheir keluar jalan-jalan. Cyra menghela nafas dengan kuat.
"Serabutlah!" rungut Cyra. Mata ditutup. Mahu tenangkan diri. Nasib sahaja twins tidak merengek. Seketika Cyra kembali tenang.
Beberapa puluh minit kemudian, Laura masuk ke dalam bilik. Mahu melihat keadaan Cyra dan twins. Senyuman tipis diukirkan apabila Cyra membuka mata dan memandang Laura dengan pandangan tenang. Laura melabuhkan punggung di sebelah Cyra.
"Kenapa ni? Masam aje muka." suara Laura menegur. Bukannya tidak perasan reaksi wajah Cyra yang masam. Seperti benda buruk aje yang terjadi. Mendengar pertanyaan Laura membuatkan Cyra menghela nafas perlahan. Rambut diselit pada telinganya. Mata Cyra merenung anak mata Laura yang cantik itu. Jari-jemarinya bersatu.
Kepala menunduk seketika sebelum kembali memandang Laura. Terasa sedih untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati. Sayang itu memang sayang tapi sayang tidak semestinya kekal berdua.
Kan?
"Tell me, dear. Mama dengar." pujuk Laura apabila melihat Cyra berat untuk meluahkan. Sekali lagi, Cyra mengeluh. Mengeluh berat. Penat. Malas. Rimash. Semua ada.
"Cyra tak nak Carl dekat sini. Cyra lebih rela dia pergi jauh daripada dia tinggal sini dan Cyra layan dia macam sampah." luah Cyra. Dia sedar apa yang dia lakukan pada Carl itu salah dan membuatkan Carl terasa. Namun, perasaannya tidak dapat dikawal. Apatah lagi melihat Carl bersama Kheir. Teringatkan arwah Elvina Lydia.
Rasa bersalah pada Elvina Lydia makin terasa. Tidak sempat untuk memohon maaf pada arwah. Biarlah dirinya menderita untuk rasa penderitaan yang Elvina lalui walaupun tidak sama. Menyeksa cinta bukanlah suatu yang mudah. Sukar. Sangat sukar.
Dalam masa yang sama rasa takut itu turut tersemat. Takut kehilangan cintanya, Carl. Renungan Cyra tersentak apabila Laura menyentuh tangannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE VENDETTA
RomantizmKnown as Mrs. Zayyan Herriez. "Enjoy the game." - Alaya Raeesa Diandra Beautiful cover from beautiful angel @saraalee_ ⚠️EMOSI BERAT ⚠️HEAVY CONFLICTS ⚠️PLOT TWIST ⚠️BAHASA KASAR ⚠️KILLING ACTIONS