SAYANG
*****
Satu keluhan dari Cyra. Badan menggeliat. Biasanya sekejap sahaja masa diambil untuk kemas barang tapi dah bersuami. Memang kena kemas baju untuk suami sekali lah.
Zip bagasi ditarik.
"Eh, biar aku buat!" ujar Carl yang melihat Cyra mahu mengangkat bagasi turun dari katil.
"Eleh baru sekarang nak tolong." perli Cyra.
Carl sengih.
"Daddy panggil lah sayang."
"Nasib suami kalau tak aku tendang aje!" balas Cyra dengan nada perlahan.
"Aku dengar Cyra."
Cyra memutarkan bola matanya. Langkah menuju ke cermin meja untuk bersiap. Mereka mahu berangkat pulang ke Sydney semula.
Getah rambut ditarik dan rambutnya disikat. Malas mahu bersiap berlebihan kerana duduk di pesawat sahaja, Cyra hanya menggayakan rambut ikat biasa sahaja.
Carl mendekati Cyra. Getah rambut ditarik.
"Ish kenapa tarik? Rimas lah kalau lepas je." rengek Cyra.
"Pandang depan and diam." arah Carl.
Cyra memandang Carl melalui cermin. Scarf yang berada atas katil dicapai lau Carl mengikat rambut Cyra menggunakan scarf.
"Kan lebih cantik tu. Apa kau ingat duduk tidur je dalam pesawat, orang tak pandang ke haa?!" nada Carl sengaja dibuat marah.
"Kau nak cakap yang kau malu dapat bini yang malas bergaya ke?" balas Cyra.
Carl menjentik dahi Cyra.
"Sakitlah!"
"Ada dua kesalahan di sini."
Cyra menjongket kening.
"Satu, aku tak malu. Tapi takkan nak keluar selekeh je? Kau sanggup dengar mama Ariana membebel sambil betulkan selekeh kau yang disengajakan?"
"Okay, kau betul. Second?"
"Apa janji kita, sayang? Dah lupa ke?"
Cyra diam seketika. Kemudian, wajahnya berubah. Tersengih-sengih. Carl memeluk tubuh.
"Sorry. Tak biasalah. Nanti Cyra biasakan." ujar Cyra.
FLASHBACK
Carl menarik Cyra duduk di hadapannya. Cyra mengikut. Tangan dihulur. Cyra berkerut.
"Apa?"
"Give me your bag."
Cyra memberikan beg kecil yang dipenuhi skincare routine nya. Carl membuka. Satu per satu dikeluarkan.
"Kau pakai semua ni setiap malam?" soal Carl.
"Toner, moisturiser, lip balm and lotion." jawab Cyra.
Car mengangguk. Botol toner diambil lalu penutup dibuka. Cyra menahan tangan Carl.
"Kau nak buat apa ni?" bingung Cyra.
"Lah aku nak bagi ayam pakai. Mana tahu esok lusa cantik kalah ratu dunia. Kan?" sinis Carl.
Cyra buat muka menyampah.
"Aku nak pakaikan lah! Aku ada benda nak cakap dengan kau. Daripada aku tengok kau pakai benda ni dengan lembab, baik aku pakaikan sambil bercakap." sempat Carl mengutuk isterinya.
"Baiklah." pasrah Cyra.
"Close your eyes, beautiful!"
Cyra hanya mengikut. Wajah Cyra di spray dengan toner. Kemudian, Carl menyapu rata.
YOU ARE READING
THE VENDETTA
Roman d'amourKnown as Mrs. Zayyan Herriez. "Enjoy the game." - Alaya Raeesa Diandra Beautiful cover from beautiful angel @saraalee_ ⚠️EMOSI BERAT ⚠️HEAVY CONFLICTS ⚠️PLOT TWIST ⚠️BAHASA KASAR ⚠️KILLING ACTIONS