VALEN
*****
Selepas makan tengah hari. Cyra membawa dulang makanan untuk Dian. Puas dia menyuruh Carl hantar namun Carl tetap berkeras sehingga berkurung diri dalam bilik.
Flashback
"Kau jelah hantar! Semak lah nak bawa dulang bagai." rimas Carl.
"Ish, kau kan..."
"Suami dia? Suami atas suruhan kau je!"
"Tapi dia tanggungjawab kau." balas Cyra.
Carl mengeluh.
"Kau jelah yang hantar. Malas aku, dari aku bawa makanan untuk dia baik aku bawa kapak. Biar tak payah jalan terus!"
"Sayang!"
"Apa sayang-sayang? Kalau kau nak dia makan, kau je yang hantar. Tak pun suruh mama Laura."
Carl terus beredar. Cyra pula merenung Carl seperti tidak puas hati.
End flashback
Isaac mendekati Cyra. Tanpa bicara, dulang bertukar tangan. Isaac terus pergi.
"Dua kembar yang memang meminta kena tikam dengan aku!" ujar Cyra.
Pintu bilik Dian dibiarkan terbuka. Dulang diletakkan di atas meja. Isaac merenung seketika Dian yang lena itu. Selepas itu Isaac keluar dari bilik dan kembali semula bersama pembalut dan ubat kuning.
Carl masuk ke dalam bilik.
"Biar aku buat." ujar Carl dengan dingin.
"Haih, tadi bukan main bertengkar. Sekarang rela pula?" sinis Isaac.
"Mummy suruh. Dia nampak kau masuk bilik Dian. Aku suruh Cyra, yang kau gatal baik sangat apahal?" balas Carl.
Isaac bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Melihat Carl membalut kaki Dian.
"Dah siap, borak dekat halaman luar. Aku ada benda nak cakap."
"Hm." jawab Carl.
**************
Harriz yang sedang berada di ruang tamu dihampiri.
"Daddy, nanti cakap dekat mummy yang Carl dan Isaac keluar pergi cafe."
"Haa bagus! Tolong belikan chocolate favourite mummy. Daddy malas nak keluar tapi dipaksa keluar. Ni mummy tengah merajuk dalam bilik."
"Kau tahu le Helena memang mengada. Sekali pajed sengal dan sewel." tokok Raf.
"Betul, betul, betul." sokong Daus.
"Okayy nanti bayar balik duit."
Harriz memandang Isaac.
"Itu pun berkira ke?"
"Eh, mestilah! Sepatutnya daddy yang pergi beli bukan Isaac. Sebagai upah."
"Suka hati lah. Jangan lupa pula!"
"Aip aip captain!"
Carl munculkan diri. Mereka terus keluar. Isaac membaling kunci kereta kepada Carl. Nasib sahaja Carl sempat menyambut.
"Drive."
"Kau kata halaman luar."
"Malas dan bosan." mudah Isaac.
Carl hanya mengikut sahaja kehendak Isaac.
*************
Isaac menghirup air yang dipesannya.
YOU ARE READING
THE VENDETTA
RomanceKnown as Mrs. Zayyan Herriez. "Enjoy the game." - Alaya Raeesa Diandra Beautiful cover from beautiful angel @saraalee_ ⚠️EMOSI BERAT ⚠️HEAVY CONFLICTS ⚠️PLOT TWIST ⚠️BAHASA KASAR ⚠️KILLING ACTIONS