chapter 7-Dian

3.6K 392 51
                                    

DIAN

*********

Diri yang lena lama mula bangkit. Mata diuka lalu digosok perlahan. Tangan mencari phone. Waktu dilihat.

Lalu menggeliat dan menguap. Dengan malas, Dian melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai, mandi. Telekung dipakai, Sejadah dibentang di atas karpet yang menjadi tempat khas untuk sujud pada NYA.

Kepala dipaling ke kanan lalu tangan meraup lembut wajah. Bibir membisikkan istighfar. Satu per satu memori dia bersama Cyra teringiang-ngiang di fikirannya.

Kedua belah tangan diangkat untuk berdoa pada NYA.

"Ya Allah, yang maha pengampun, pemurah dan maha berkuasa. Ampunkan lah hambamu yang jahil ini. Sesungguhnya, aku lalai, alpa dan lemah. Berikan lah petunjuk kepada ku. Bawa lah ku ke jalan mu Ya Allah. Jika dia bukan untuk ku, kau temukan lah aku dengan yang lebih baik. Sesungguhnya, kau yang maha mengatahui yang terbaik buat hamba mu ini. Aamiin Ya Rabbal Alamin"

Tangan yang ditadah untuk berdoa di bawa ke mukanya. Lalu sejadah dilipat dan digantung pada tempatnya semula. Begitu juga telekungnya.

Rambut yang lebat dan panjang itu diikat seperti gaya hair bun. Kemudian, Dian mula mengemas biliknya yang berselerak. Selimut dan bantal kembali tersusun cantik di atas katil. 

Tong sampah kecil dicapai lalu Dian duduk bersila. Cebisan kertas yang dikoyak olehnya dimasukkan ke dalam tong sampah. Berlinang air mata Dian.

Entah kenapa luluh hatinya. Terlalu hampa dan kecewa. Dian terhenti kerjanya. Dia kembali memeluk lutut dan menangis sepuasnya.

Dian mengangkat kepala apabila mendengar ketukan di pintu. Suara Laura mememanggil nama Dian. Air mata dikesat.

"Yes, mama!!" balas Dian.

Laura membuka pintu lalu melentokkan kepalanya untuk melihat Dian di dalam bilik. Dian menguntumkan senyuman tipis.

"Dah solat, sayang?" lembut Laura bertanya.

Dian mengangguk.

"Dian dah solat, ni tengah kemas bilik. Ada apa mama?" ujar Dian.

"Oh! Tak ada, mama saja nak tengok anak mama dah bangun ke belum. Turun cepat, tolong mama masak" ujar Laura.

"Alright! Don't forget to close the door back, mama!" pesan Dian. 

Laura ketawa perlahan lalu menutup pintu semula. Dian menahan diri dari kembali lemah. 

Akhirnya, bilik tersusun kemas. Dian mencapai tudung lalu dipakai di hadapan cermin. Concealer diambil, kemudian diletakkan pada bawah mata. Tidak mahu sesiapa perasan matanya yang sebam akibat menangis.

Puas hati, Dian melangkah keluar dari bilik. Isaac dan Noah turut berjalan menuju ke tangga.

"Awal betul kau berdua bangun, biasa tengah hari baru muncul" ujar Dian.

"Eh, apa kitaorang tak solat subuh ke haa?!!" balas Isaac.

"Entahnya! Ni pun kitaorang nak keluar jogging" tokok Noah.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now