chapter 15-love and hate

3.1K 381 207
                                        

LOVE AND HATE

**********

Isaac mencari Cyra. Biasanya waktu begini Cyra sudah bangun tapi di dapur tiada, halaman belakang dan di hadapan pun tiada. 

Fikiran Isaac terfikir ruang tamu di tingkat tiga. Isaac masuk ke dalam lift. Malas mahu memanjat tangga. Baru pintu lift mahu menutup, Dian menghalang.

"Kau cari siapa?" soal Dian.

"Ava."

Dian berkerut.

"Maksud aku Cyra. Malam semalam aku mimpi ada perempuan nama Ava yang jahat nak mampos."

"Kau nak cari kat tingkat tiga?"

"Cyra kan selalu tengok movie sorang-sorang. Maybe dia ada dekat ruang tamu tingkat tiga. Apahal?"

Dian masuk ke dalam lift. Butang ke tingkat tiga ditekan. Kemudian, memeluk tubuh.

"Aku ada benda nak cakap dengan Cyra."

"Teruskan."

Dian memandang Isaac. Tidak mengerti. Mata mereka bertemu.

 "Jangan bongkarkan kebenaran. Teruskan seperti plan asal kau." ujar Isaac dengan serius lalu keluar dari lift.

"Leo Valen." Dian menyebut nama itu dengan angkuh.

Langkah keluar dari lift.

"Nampaknya dia dah mula langkah. Mine too." ujar Dian dengan senyuman sinis.

"Kau ahli kelab baru minah gila tu ke?" soal Isaac.

Dian tersentak. 

"Ahli kelab baru?"

"Ahli kelab persatuan otak gila sedunia." ujar Isaac.

"Oh, otak gila sedunia ya?"

Isaac mengangguk selamba. Dian menarik selipar rumah dari kaki kemudian menepuk Isaac berkali-kali. Isaac mengelak.

"Ini baru otak gila sedunia!" ujar Dian.

"Aduh, sakit lah!" 

"Padan muka!" balas Dian dengan jelingan.

Isaac sengih.

"Nenek tua garang." usik Isaac. Dian mahu menepuk Isaac namun laju Isaac berlari meninggalkan Dian.

Dian menyarung selipar dan menuju ke ruang tamu. Langkah mendekati dan berdiri di sebelah Isaac yang sedang berdiri kaku. Mata memandang Carl dan Cyra. 

Cyra tidur di atas sofa lebar bersama Carl.

FLASHBACK

Cyra melangkah longlai ke ruang tamu tingkat tiga. Remote tv dicapai. Cyra termenung. Cyra memandang Carl yang duduk di sebelahnya. Kemudian, padangan Cyra beralih pada tv semula.

Cyra tersentak apabila Carl meletakkan bantal di pehanya dan baring.

"Kenapa tak tidur dekat dalam bilik?"

THE VENDETTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang