Chapter 18-heart broken

3.3K 384 59
                                    

HEART BROKEN

*********

Dian membuka balutan lalu merenggangkan kakinya yang lenguh. Sudah terasa sembuh. Phone miliknya berbunyi. Dian kembali duduk di birai katil. Video yang diberi oleh Leo dibuka.

Dian terlopong. Air mata terus mengalir. Cadar katil digenggam kuat. Pantas Dian menjawab panggilan dari Leo.

"Ini kata cinta? Kau ingat aku bodoh ke? Ava, Alaya, Valen, huh!"

"Kau akan mati ditangan Valen, Leo Devyn." tegas nada Dian. Namun, Leo ketawa. 

"Bunuh aku? Bunuh aje lah. Keluarga bastard kau dah hancur. Jadi, dendam aku dah terbalas." ujar Leo dengan sisa ketawanya. Dian menamatkan panggilan. Phone di campak ke atas katil.

Air mata dilap. Cardigan dan shawl dicapai dan dipakai. Selepas itu, tombol pintu dipulas. Tiba di tangga keempat terakhir, Dian terhenti. Matanya memandang Carl dan Isaac masuk ke dalam rumah. Bergenang air mata Dian. Carl menepuk belakang Isaac sebelum mendekati Dian.

"Betulkan semuanya Dian. Aku nak Cyra. Cyra yang aku cinta bukan Ava." dingin Carl yang berdiri bersebalah Dian. Kaki memanjat tangga menaiki tingkat atas. Dian menuruni anak tangga kemudian mara beberapa langkah. Tidak mahu mendekati Isaac.

Redup tenungannya memandang Dian yang menahan air mata. Selangkah demi selangkah, Isaac menghampiri Dian.

"Aku tengok, aku dengar Isaac." menggeletar bibir Dian. Dian menunduk seketika. Bibir bawah digigit untuk menahan tangisannya. Mata kembali memandang Isaac.

"Aku...aku dengar kau lafaz nama dia." terketar-ketar Dian berbicara. Mata Isaac tidak lepas memandang Dian. Hidung, pipi Dian mulai merah. Isaac masukkan tangannya ke dalam poker cardigan.

Isaac kekal diam. Matanya hanya merenung Dian. Kalau lah Dian isterinya, sudah pasti dibawa ke dakapan hangatnya.

"Aku nak tolong Elvina. Tak lebih dari tu. Aku sendiri cakap dengan Elvina yang aku akan lepaskan dia sebaik sahaja dia habis pantang." ujar Isaac.

Mata mereka bertemu.

"Lier. Kau tak akan mampu untuk buat macam tu. Elvina bukan orang luar Isaac. Elvina bekas bakal tunang kau."

Isaac hanya diam. Elvina Lydia, wanita yang pernah mencuri cintanya suatu ketika dahulu tapi semuanya musnah apabila Isaac dapat tahu Elvina bakal bertunang dengan bekas suaminya.  Isaac mengeluh perlahan.

"Dian, listen. What ever it is, aku hanya untuk kau. Ingat tu. Ya, sayang?" nada Isaac mengharapkan kepercayaan Dian kepadanya. Dian sekadar senyum hampa. Air mata dilap.

"Kau jaga lah Elv. Aku tak layak untuk halang kau. Cuma aku nak cakap...."

Dian diam. Mengambil masa untuk mengukapkan kata-kata ini. 

"I'm not yours anymore, right?" Dian kembali mengalirkan air mata. Isaac diam. Tiada tanda mahu berkata-kata. Langkah Dian terus diatur keluar dari rumah. Apabila mendengar bunyi pintu utama ditutup, Isaac mengeluarkan phone daripada poket seluar.

"Kau bawa sial tu dalam gudang aku. Kau ikat dia, kau siat kulit kaki dia. Sediakan barang-barang aku yang aku senaraikan kejap lagi. Biar aku yang bunuh bastard tak guna tu." dengan penuh kekejaman Isaac Valen memberi arahan.

Rambut diserabaikan. Tangan dibawa ke pinggang. Naik turun dada Isaac menahan amarahnya.

Dian melangkah lemah. Air matanya tidak henti mengalir. Entah ke mana arah tujunya. Yang pasti dia tidak mahu pulang ke rumah. Dia tak mahu berjumpa Isaac. Rasa hancur cintanya apabila Isaac berkahwin dengan Elvina.

Sebab lain Dian masuk campur urusan Leo selain dari mahu bunuh Leo adalah mencari siapa bekas suami Elvina yang sebenar. Siapa pula jejaka bernama Hayder Arsalan. 

Semua ini Dian mencuri dengar perbualan Leo dan Sierra. Nama Elvina mencuri perhatiannya. Bukan itu sahaja, Dian mahu tahu apa motif Hayder Arsalan menyamar sebagai suami Elvina Lydia.

Rumit. Sungguh rumit sehinggakan mengorbankan semuanya. Cinta, keluarga, persahabatan. Dian mulai lemah dan terasa kakinya mula lenguh itu duduk di bangku taman. Taman yang berhampiran rumah. Muka diraup. 

Tidak lama selepas itu, bunyi tapak kasut menapak mendekati. 

"Alaya Raeesa, bangun." suara dingin itu mengarahkan Dian untuk bangun. Dian memandang pemilik suara itu. Lama itu, Dian akur. Mata mereka bertemu. Melihat raut wajah sahaja sudah cukup mengatakan dia Isaac Valen. 

Entah mengapa bagi Dian, Isaac Valen lagi membuatkannya jatuh cinta. Mungkin wataknya yang dingin dan kejam. Isaac Zayyan pula seorang yang ceria. Buatkan harinya terhibur. Lengkapkan cinta begitu?

Sampai bila kekal, itu persoalannya.

"Listen, sayang. Aku dan Valen orang yang sama. Watak sahaja yang berbeza. Ianya tak akan mengubah cinta aku."

Dian diam. Mata dilarikan dari memandang Isaac. Senyuman Valen buatkan Dian tidak tentu arah. Jantungnya mulai berdebar apabila Isaac mendekati lebih dekat. Kaki melangkah setapak ke belakang. Kemudian, Isaac mengeluh. Mungkin penat mencari Dian.

"Aku takkan ulang ni jadi ingat sampai bila-bila." ujar Isaac. Dian tidak memberi reaksi. Berdiri kaku menunggu kata-kata dari Isaac Valen.

"Isaac Valen. Milik. Alaya. Raeesa. Diandra. Selamanya." sepatah-sepatah Isaac berkata-kata. Isaac mengambil nafasnya.

"Dian, kau milik aku. Hak aku. Bila masa tepat, aku akan ambil semula hak aku. Aku Isaac Valen. Kau kenal siapa Valen. Tak kisah lah siapa Elvina dalam hidup aku, tapi kau penting dalam hidup aku. Aku kahwin dengan Elvina bersebab tapi bukan cinta."

Dian mendengar penjelasan Isaac. Hatinya terubat. Air mata berhenti mengalir.

"Aku rasa sudah cukup penjelasan aku. Bukan kau aje Dian nak bahagia. Aku, Carl, Cyra pun nak bahagia. Cuma belum tepat pada masanya. Aku tahu kau dah menderita dengan semua ni tapi bertahan sikit sahaja lagi. Semuanya akan tamat, aku janji. Lepas tamat semua ni, aku akan ambil balik hak aku. Okay, my queen?"

Dian tersenyum dan mengangguk. Senyuman Valen terukir. Dua jejaka berbadan tegap mendekati Isaac dan Dian.

"Kau balik dengan diorang, aku takut apa-apa jadi."

"Kau tak ikut sekali?"

Isaac menggeleng.

"Aku ada hal."

Dian mengangguk dan melangkah untuk pulang ke rumah bersama pengawal upahan Isaac. Tiada yang berani langgar arahan Isaac Valen apatah lagi mengkhianat dan cuba apa-apa kan Dian. 

Kerana Dia Valen. Kejam.

Penggal kepala, potong telinga, kapak kaki tangan semua ditunjukkan kepada orang-orang upahannya supaya tidak sesekali mencuba untuk khianat.

************

Saya tahu pendek huhu. 

See you next chapter.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now