Chapter 4

3.8K 398 58
                                        

LOVE

**********

Sebulan kemudian...

Isaac menhampiri Carl yang sedang termenung di taman halaman rumah. Bahu Carl ditepuk perlahan. Carl hanya memandang sekilas. Isaac duduk di sebelah Carl.

Lama mereka berdiam, Carl mengeluh.

"Apa aku nak buat ni! Aku tak yakin dengan diri aku sendiri" luah Carl.

Isaac senyum senget. Tangan menepuk belakang Carl kemudian Isaac menyatukan jarinya.

"Sebulan dah, Carl. Kau masih lagi dengan alasan yang sama. Sampai bila Carl? Sampai bila kau nak pendam nak terperangkap dengan alasan sendiri?"

"Kalau Cyra tolak lamaran aku, tak ke nanti janggal. Nak bercakap, nak berkawan terus musnah"

"Buang semua tu. Kau tolak tepi. Yang penting sekarang masa depan kau. Nanti kau yang menyesal. Aku yakin Cyra mesti terima kau"

"Kalau tak, apa aku kena buat? Diam? Malu? Pergi sejauh mungkin? Macam tu ke?" bertalu-talu soalan Carl.

"Jangan gelabah gila! Rilek! Jangan putus asa, kau cuba dan cuba"

Carl senyap. Tiada jawapan.

"Aku ada idea!" ujar Isaac.

Carl memandang Isaac.

"Apa idea kau?"

*************

Carl mengambil nafas untuk menenangkan hatinya. Kemudian, pintu bilik Cyra diketuk.

"Siapa tu?!" laung Cyra.

"Aku ni, Carl!!" jawab Carl.

Selepas itu, pintu dibuka dari dalam. Cyra hanya menjongketkan kening.

"Jom teman aku pergi taman yang baru buka tu! Lawa gila tempat dia" ajak Carl.

Cyra berkerut. Jam ditangannya dilihat.

"Dah petang, malas lah keluar!!" ujar Cyra.

"Kalau kau tak nak pergi tak apa lah, aku ajak Isaac tak pun Noah"

Cyra memeluk tubuhnya.

"Dian tak nak bawak sekali ke, pak cik?" Cyra mengenakan Carl.

"Haa Dian sekali"

Cyra buat muka menyampah.

"Betul ni kau tak nak teman aku? Rugilah kalau macam tu" Carl cuba menarik perhatian Cyra.

"Apa yang rugi nya? Taman je kan?"

Carl menggeleng.

"Ada pesta, banyak makanan sedap kat situ. Besar-besaran pula tu"

Cyra memandang Carl. Mukanya sudah berubah dari serius terus teruja.

"NAK IKUT!!!!!"

"Aku tunggu di bawah, kau jangan lama-lama pula nak bersiap. Nanti full parking" ujar Carl.

Cyra mengangguk laju lalu terus menutup pintu. Carl mengeluh lega. Langkahnya menuju ke anak tangga. Carl senyum apabila Raf dan Ariana keluar dari bilik.

"Good luck, Carl!" ujar Ariana.

"Apa-apa bagitahu sahaja daddy" ujar Raf pula.

"Thank you, daddy and mama!" balas Carl lalu menuruni anak tangga.

Selepas sepuluh minit, dengan pantas Cyra menuruni anak tangga. Carl yang sedang leka bermain phone itu membuatkan Cyra senyum jahat. Perlahan langkah Cyra mendekati Carl.

THE VENDETTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang