Chapter 19-Dark side

2.8K 436 268
                                    

DARK SIDE

******

Sedang Dian berjalan balik ke rumah, pengawal yang menemani Dian mengacu pistol tepat pada kepala Dian. Dian terkejut dan terkaku.

"Pandang depan." kata pengawal peribadi Isaac dengan tegas apabila Dian cuba pandang ke belakang.

Dian akur dan kemudiannya senyum senget. Tangan yang mengacu pistol ke arahnya ditarik ke hadapan menyebabkan badan pengawal terdorong ke depan. Dian menyikut perut pengawal dengan kuat. Lalu memusingkan tangan pengawal dan menendang pengawal itu sehingga terduduk. 

Pistol dirampas dan diacu pada kepala pengawal itu. 

"Leo Devyn upah kau bunuh aku. Am I right?" 

Pengawal itu terbatuk-batuk darah yang keluar dari mulutnya. Tangan memgang perut yang sakit ditendang dan disiku. Isaac menghampiri dengan senyuman. Senyuman bangga dan sinis. Rambut pengawal itu ditarik kuat.

"Dia Alaya Raeesa. Bidadari Isaac Valen. Kau ni umpama tempah kubur sendiri bila nak bunuh bidadari aku. Silap orang huh!" rambut yang ditarik dilepaskan denagn kasar. Sarung tangan diserahkan pada Dian.

"Pakai lepastu pegang kuat muka jantan ni."

Dian diam dan tidak membuat apa yang disuruh. Tahu apa akan jadi selepas itu. Isaac pandang Dian dengan pandangan kejam. Dian terus memakai sarung tangan dan rentap kuat muka pengawal. Pisau dikeluarkan dari poket cardigan.

"Valen, aku tak nak. Aku tak suka." luah Dian. Darah yang mengalir itu membuatkannya mual.

"Bunuh orang kau tak mual pula? Pegang jelah, banyak songeh!" balas Isaac.

Dian akur sahaja dengan raut wajah yang menahan diri dari maki hamun. Isaac menyorokkan senyumannya. Pisau di bawa ke pipi.

"Nanti, nanti! Maafkan aku Valen. Sumpah aku tak nak buat..."

"Bla, bla bla! Apa yang aku dapat kalau aku dengar rayuan kau?" potong Isaac.

"Maklumat penting. Bukan Leo yang upah aku untuk bunuh Alaya." 

Isaac diam. Tangan memegang pisau diturunkan. Dian sudah berkerut. 

"Siapa dia?" dingin Isaac.

"Zay..."

Pengawal itu mati dengan satu das tembakan yang tepat mengenai dada kirinya. Isaac dan Dian memandang ke arah bunyi tembakan. Pantas Isaac berdiri. Dian pula mengacu pistol ke arah itu. Phone dari poket seluar dikeluarkan.

"Carl hantar budak kau dua tiga orang dekat taman rumah."

"Kau bunuh orang lagi ke?"

Isaac buat muka menyampah.

"Orang lain. Entah siapa. Lagi satu, kau datang sekali bawa Dian balik. Cepat." Isaac terus menamatkan panggilan. Isaac memandang Dian.

"Aku nak pergi dulu."

"Tapi..."

Isaac menunjuk dua buh kereta yang tidak jauh dari mereka berdua. Setelah itu, tangan Isaac menunjuk ke arah semak samun. Dian mengecilkan matanya untuk melihat. Walaupun tidak beberapa jelas tapi nampak beberapa orang yang sedang meniarap di sebalik semak samun yang tebal.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now