NOAH
******
Perlahan-lahan Cyra duduk di kerusi roda. Andra yang berada bersama Ariana itu diberikan kepada Cyra dengan berhati-hati. Cyra menepuk perlahan Andra.
Dian menggendung Ryssa. Isaac pula menarik bagasi kecil bersamanya. Kerusi roda ditolak menuju ke pintu hospital. Private hospital.
Tiba di kereta. Cyra bangun dengan bantuan Carl. Carl memeluk erat bahu Cyra. Bodyguard membawa kerusi roda masuk ke dam hospital.
Carl memandu kereta menuju ke rumah Nazhan Ariff dan Hanan Amani. Cyra tersenyum manis melihat raut wajah Andra.
Entah kenapa mahu letak nama panjang. Hasta hati yang mahu diturutkan sahaja. Lagipun setiap nama yang dipilih itu membawa maksud yang baik.
Bayi lelaki iaitu Andra adalah sulung dan Ryssa adiknya.
Cyra bersandar pada katil sebaik sahaja tiba di rumah. Twins diletakkan sebelah Cyra. Mata Cyra memandang Carl yang sibuk mengemas barang yang berada dalam bagasi.
Setelah selesai, Carl memandang Cyra.
"Mummy dah siapkan makanan. Nak makan sekarang or kejap lagi?" soal Carl.
"Sekarang." dingin namun nadanya masih lembut.
Hatinya terpaut rasa terharu apabila Carl tetap berkeras mahu menjaganya sepanjang tempoh pantang. Dan selepas itu, dia berjanji yang dia mahu pergi tinggalkan dirinya dan twins.
Flashback
"Okay fine! Aku akan tinggalkan kau dan hilang kan diri. Aku takkan kembali semula pada kau. Itu yang kau nak kan?!"
"Haah. Berambus lah! Aku tetap dengan diri aku yang aku akan benci kau!"
"Aku takkan lepaskan kau, Cyra. Kau akan tetap jadi isteri aku, sampai bila-bila!" ujar Carl dan melangkah pergi.
Cyra meraup mukanya. Cyra menghela nafas perlahan. Tentang cinta itu, Cyra langsung tidak kisah tapi dirinya tidak dapat terima apa yang Carl buat pada Elvina.
Dan juga Cyra sendiri tidak boleh maafkan diri sendiri kerana arwah Elvina. Cyra kian memikirkan apa yang sebenarnya terjadi di antara Carl dan Elvina.
Macam mana mereka kahwin. Kenapa mereka berpisah dengan cara begitu. Apa yang Hayder cerita cumalah ringkas.
Malam tiba, Carl melangkah masuk. Riak wajah Cyra terkejut namun dikawal.
"Aku akan jaga kau sampai habis tempoh pantang dan lepas tu, kau nak aku pergi. Aku akan pergi. Cukuplah aku buat anak aku, Kheir macam tu. Aku tak nak twins hadapi benda yang sama." ujar Carl.
Mata Carl memandang Cyra. Perlahan-lahan Cyra mengangguk setuju. Carl mengukirkan senyuman. Tidak lebar.
End flashback
Carl memasang meja kecil di sebelah Cyra. Cyra duduk di atas katil berhadapan dengan meja.
Ikan selar bakar dan nasi dihidangkan.
"Memang kena makan ni je ke?" soal Cyra. Rasa mahu menangis melihat makanan yang terhidang di hadapannya.
"Kena lah. Awak kan tengah berpantang. Memang kena jaga makan. Untuk kesihatan juga." lembut Carl menjawab.
YOU ARE READING
THE VENDETTA
RomanceKnown as Mrs. Zayyan Herriez. "Enjoy the game." - Alaya Raeesa Diandra Beautiful cover from beautiful angel @saraalee_ ⚠️EMOSI BERAT ⚠️HEAVY CONFLICTS ⚠️PLOT TWIST ⚠️BAHASA KASAR ⚠️KILLING ACTIONS