Chapter 42

1.6K 203 37
                                    

MARKAS. Mereka keluar dari perut kereta dan berdiri hadapan markas. Markah milik Valen dan Alaya. Sebuah logo huruf VA yang menjadi singkatan kepala Valen Alaya. Ini bukanlah markas pertama Isaac namun yang ketiga dan yang terakhir. Selebihnya dia beri pada yang lain. Sudah bosan melihat harta benda sendiri.

Mereka meluru masuk. Banyak yang berdiri di posisi masing-masing dan ada juga berlatih untuk menyambung tugas orang yang bakal berhenti selepas tamat contract. Polis? Nak tangkap buat apa kalau mereka bekerjasama? 

Isaac membuka satu pintu. Tiada reaksi yang terlopong. Semua sudah biasa. Masing-masing menyentuh senjata yang menarik perhatiannya. Kadang kala cuba menembak. Semua membawa watak masing-masing. 

Perhatian pada senjata bertukar pada meja di tengah. Isaac menghidupkan skrin pada permukaan meja. Terpapar markas yang agak mewah dan agak besar. 

"Introduce yourself right now." arah Firash. Semua mengerti dengan kata-kata Firash. 

"How about you start first?" Carl memberi idea.

"Rash." Firash memperkenalkan dirinya dahulu dan meluruskan tangannya di hadapan tengah-tengah tidak mendarat atas meja tapi di udara.

"Carl." Begitu juga Carl meletakkan tangannya ke atas tangan Firash. Kenapa Carl? Dia suka kan nama itu dan dia suka bila orang menyebut nama Carl atas dasar baik atau jahat kerana keduanya sama sahaja. Tiada beza.

"Ava."

"Mel."

"Alaya."

"Valen."

"Xander."

"Dangerous mates!" semua menyebut dua patah perkataan itu dengan aura masing-masing.

Kembali tumpukan pada skrin yang terpapar pada meja. Bukan meja biasa. Semua melihat pelan markas dan bentuk markas yang jelas dari setiap sudut.

"Markas utama Zayden. Apa kata kita cabar dia dan tengok gerak permainan dia sebelum kita buat serangan?" Isaac bersuara tentang idea yang difikirkannya. Ava melihat semua sudut. Gambar itu di zoom.

"Family dekat sana?"

"Aku dah buat benteng awal-awal. Kalau dapat masuk sekalipun kita masih ada orang dalam." terang Isaac.

"Orang dalam?" soal Firash.

"Orang kanan aku."

Firash mengangguk faham. Mata mereka memerhati pada Cyra yang sedang mencucuk pendrive ke tempat yang disediakan. File yang keluar dari notifikasi, Cyra menyentuh perkataan open dan terus terpapar bangunan yang tidak besar namun seperti tersorok.

"Tempat pertama yang dicari oleh Zayden untuk menyorok dan aku pasti dia takkan ada dekat sini."

Berkerut dahi. Tak ada? Apa yang cuba disampaikan?

"Aku tahu tempat ni dan semestinya dia pilih tempat yang tak mudah dijangka."

Dian pula mencucuk pendrive, muncul lagi namun sebuah rumah yang tidak besar dan eklihatan biasa-biasa seperti rumah untuk persinggahan.

"Ni rumah lama dia. Aku dan Dian pasti dia tengah sorok dekat rumah ni."

Dian mengangguk setuju dengan penuh yakin.

"Berapa markas dan berapa tempat dia bersembunyi?" soal Noah yang dari tadi hanya diamkan diri dan mendengar segala maklumat.

"4 markas dan 4 tempat bersembunyi." jawab Cyra atau boleh panggil Ava ketika ini? 

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now