HAPPY FAMILY
*******
Isaac masuk ke dalam bilik Carl. Malas mengetuk pintu, Isaac terus memulas tombol pintu. Carl yang sedang memilih baju itu dihampiri.
"Kita ni nak pergi shopping mall bukannya ada mesyuarat jumpa agong. Baju punyalah berlambak sampai tiga almari tapi masih berdiri tercegat macam orang bodoh" tegur Isaac. Sengaja mengusik Carl.
Carl menampar belakang Isaac.
"Kau nak apa datang bilik aku ni?" soal Carl.
"Kau ada banyak baju banyak kan? Bagilah aku pakai" ujar Isaac. Matanya tertarik pada hoodie hitam itu lalu dicapai.
Carl merampas hoodie itu.
"Hoodie kau berlambak! Nak juga pakai hoodie aku! Dah berambus sana, aku nak tukar baju" halau Carl.
"Semua aku dah pakai. Malas nak pakai baju sama" balas Isaac dan merampas kembali hoodie yang dipegang Carl.
"Pinjam!!!" laung Isaac yang sudah berlalu pergi.
Malas Carl melayan amarahnya, dia terus mengambil sahaja baju yang berada dekat dengannya.
Cyra dan Dian duduk di bangku halaman rumah sementara menunggu twins. Cyra menumpukan perhatiannya pada phone manakala Dian pula pada novel.
"Dian, jom tengok wayang! Ada movie best!" teruja Cyra mengajak.
Dian menggeleng.
"Tak naklah, nanti aku tidur" ujar Dian. Menolak.
"Alah, temanlah aku. Aku janji nak belanja kau novel kan!" pujuk Cyra.
Dian memandang Cyra. Movie dan dirinya bagai musuh. Setiap kali Cyra ajak ke panggung wayang, pasti Dian akan tidur. Bosan. Itu yang dirasai. Akhirnya, Dian mengeluh dan mengangguk setuju.
Cyra sudah senyum lebar.
"Yes!" gembira Cyra.
Dian dan Cyra memandang twins. Mereka memandang antara satu sama lain.
"Adakah ini kebetulan atau perancangan?" soal Isaac. Silih berganti memandang mereka berempat.
Mana tidaknya, Carl dan Cyra memakai warna dan style hoodie yang sama. Manakala Isaac dan Dian turut begitu.
"Ah lupakan! Sekarang ni, apahal kau berdua lembab sangat?!" Cyra mengubah topik.
"Bahlol ni tak bagi aku pakai baju dia" jawab Isaac.
Carl memusingkan badannya menghadap Isaac.
"Hoodie kau dah banyak kan! Lagi nak pinjam aku punya" balas Carl.
"Amm excuse me. I think we should go now" celah Dian. Meleraikan pergaduhan yang bakal bermula.
************
Tiba di shopping mall, mereka berjalan sekumpulan. Carl dan Isaac berjalan di belakang manakala Cyra dan Dian di hadapan. Cyra memalingkan kepalanya ke belakang.
ANDA SEDANG MEMBACA
THE VENDETTA
RomanceKnown as Mrs. Zayyan Herriez. "Enjoy the game." - Alaya Raeesa Diandra Beautiful cover from beautiful angel @saraalee_ ⚠️EMOSI BERAT ⚠️HEAVY CONFLICTS ⚠️PLOT TWIST ⚠️BAHASA KASAR ⚠️KILLING ACTIONS
