THE TRUTH
*******
Cyra melangkah mencari kelibat Hayder Arsalah. Cyra berada di taman yang private. Entah di mana Hayder dapat tahu tempat ini. Ini kali pertama Cyra tahu tentang taman ini. Cantik. Luas. Mata Cyra memandang ke arah lelaki yang berbadan tegap. Dia sedang duduk di kerusi. Uniknya, ada meja seperti cafe bersama kerusi.
Kaki Cyra melangkah menghampiri.
"Hayder Arsalan?" tegur Cyra. Hayder memandang Cyra yang berdiri di sebelah.
"Have a sit." ujar Hayder. Cyra mengangguk dan duduk di hadapan Hayder. Tudung dibetulkan apabila angin kuat meniup.
Tangan Cyra memeluk tubuh sama seperti Hayder Arsalan. Mata Hayder memandang Cyra.
"Twins sihat? Dah nak bersalin right?" soal Hayder. Memecahkan kesunyian di antara mereka. Cyra memandang dan menyentuh perutnya.
Cyra mengangguk terlebih dahulu.
"Alhamdulillah, twins sihat. Active." jawab Cyra.
"Boys or... "
"Sepasang. Boy and girl." celah Cyra.
Hayder mengangguk. Cyra meletakkan kedua tangannya di atas meja. Jari dicantum bersama.
"I guess you tahu pasal Darren." kata-kata Cyra dapat anggukkan dari Hayder.
"So, you rasa siapa yang buat kalau bukan Valen. Zayden bagitahu I yang bukan Valen yang buat."
"Yes, that's true. Itu bukan cara Isaac Valen. Dia kejam. Sangat kejam. And that's why aku tak nak munculkan diri."
"Sebab takut kena bunuh?"
Hayder menggeleng terlebih dahulu.
"About Kheir."
Cyra merenung Hayder. Lelaki ini tahu semuanya. Dari mana Hayder tahu semua ini? Itu menjadi persoalan tapi Zayden pernah berkata. Hayder ada mata-mata. Cyra membuang segala fikirannya. Hari ini dia mahu tahu siapa bapa kandung Kheir.
Cyra mengeluh perlahan.
"Straight to the point."
"Okay."
"Siapa bapa kandung Kheir? Aku tahu kau bukan bapa kandung Kheir." serius Cyra.
"Woo, terlalu straight to the point. Ava."
"I'm serious, Hayder Arsalan."
Hayder merenung mata Cyra. Tangan kekal memeluk tubuh. Lama Hayder diam dan mereung Cyra. Cyra hanya menyabarkan hatinya. Menunggu jawapan dari Hayder.
"Aku abang kandung Elvina Lydia."
Cyra terdiam. Terkedu. Abang kandung? Tidak pernah Dian beritahu padanya. Hayder Arsalan, abang kandung Elvina Lydia?
Mata Cyra terus-menerus merenung Hayder. Terkejut dengan pengakuan Hayder. Luar dari sangkaan Cyra.
"Hayder Arsalan Bin Athar Dameer. My full name. Aku tahu Kheir lahir. Aku tahu Elvina bersalin. Aku tahu semua benda termasuk Dian dan Isaac. Aku juga ada masa Elvina meninggal dunia. Aku ziarah kubur dia."
Cyra terkedu buat kali kedua. Penuh kejutan.
"Bapa kandung Kheir...?" soal Cyra. Rasa berbedar pula mahu tahu.
"Kau betul nak tahu? Tak kisah apa akan jadi akan datang?" soal Hayder semula.
Cyra mengangguk. Hayder diam seketika.
YOU ARE READING
THE VENDETTA
RomanceKnown as Mrs. Zayyan Herriez. "Enjoy the game." - Alaya Raeesa Diandra Beautiful cover from beautiful angel @saraalee_ ⚠️EMOSI BERAT ⚠️HEAVY CONFLICTS ⚠️PLOT TWIST ⚠️BAHASA KASAR ⚠️KILLING ACTIONS