Chapter 24-Jaga cinta

2.7K 482 330
                                    

JAGA CINTA

*******

Taman tasik menjadi tempat Carl bertenang dan menjauhkan diri. Dirinya diselebungi rasa kecewa. Kecewa dengan dirinya sendiri. Tidak dapat jaga Cyra dengan sempurna. Gagal rumah tangga. Gagal menjadi seorang suami yang baik.

Lagi kecewa apabila melihat wajah kecewa semua orang. Lebih-lebih lagi Helena. Nak pula, cara mereka sama seperti kenangan silam Harriz dan Helena. Bangku yang kosong disebelahnya kini diduduki oleh Isaac.

Carl melihat Isaac sekilas.

"Mummy cari kau dekat rumah tapi kau belum balik. Kau duduk sini dapat apa, Carl? Kosong. Balik, bincang dengan semua orang apa yang jadi. Maksud aku, kenapa sampai cerai." Isaac berbicara.

Carl mengambil nafas berat. Keluhan demi keluhan dilepaskan.

"Aku tak sanggup tengok muka mummy. Tengok Cyra pergi." Luah Carl. Isaac diam. Air mineral dihulur pada Carl. Carl menyambut huluran Isaac.

"Tak ada yang kekal dalam dunia ni. Cinta Cyra mungkin tak dapat tandingi dengan sesiapa pun tapi Cyra juga tak ditakdirkan untuk kau, Carl. Tak semua yang indah ni selamanya indah. Kau sayang dia, kau cintakan dia macam mana pun, kalau korang tak ditakdir bersama. Takkan kekal pun." Isaac cuba memujuk Carl dari terus positifkan fikirannya.

Tangan Isaac menepuk perlahan bahu Carl. Selepas itu, Isaac mengusik rambut Carl. Carl menjauhkan badannya dan menampar tangan Isaac.

"Jangan sentuh lah, ngek!"

"Ha mangoh mangoh!"

Carl menjeling geram. Isaac ketawa.

"Kau kan abang aku, Carl. Takkan lah kau nak tunjuk keperempuanan kau macam ni depan aku? Come on, kata anak jantan. Anak Tengku Harriz Fareeq!"

"Jantan tak jantan, hilang orang kita cinta boleh buat aku bunuh diri."

"Baguslah tu. Neraka kirim salam terus!"

Suasana sunyi sepi kembali. Burung berkicauan sahaja yang meriuhkan suasana. Angin yang berlalu, meniup dedaun yang gugur dari dahannya

"Doa lah, bang. Doa Cyra tu jodoh kau. Allah dengar. Kau meraung, termenung pun tak ada guna. Ada sebab kenapa semua ni berlaku." Ujar Isaac. Memecahkan suasana. Phone milik Isaac berbunyi. Isaac menjawab panggilan.

Isaac yang duduk kini berdiri tegak. Muka Isaac kelihatan cemas. Carl hanya memandang, rasa ingin tahu.

"Mummy halang dia. Isaac dengan Carl balik sekarang!" Tegas Isaac dan terus menamatkan panggilan.

Carl menjongketkan kening.

"Balik jom, cepat! Dian nak bunuh diri. Diorang dah panik." Cemas Isaac. Carl dan Isaac berlari menuju ke kereta masing-masing. Laju Kereta memecut untuk pulang ke rumah.

************

"Dian, please jangan buat macam ni! Aku ada dengan kau Dian. Kau tak sayang aku ke?" Cyra memujuk Dian yang sudah berdiri di tebing tingkap tingkat 2.

Cyra yang baru sahaja tiba di rumah terus mendapat berita yang mengejut. Semua kecoh. Bukan tidak cuba mendekati Dian tapi setiap kali mereka dekat, Dian akan seret tangannya dengan pisau.

Lengan kiri dan kanan mengalirkan darah akibat luka yang dicarik oleh Dian. Dian tidak mendengar, tangan menutup kedua-dua telinga. Sekejap meraung, se kejap itu pula suruh diam. Menangis, menangis dan menangis.

"DIAM, DIAM! BISING!!!" Dian meraung. Seolah-olah mendengar suara menyuruhnya terjun. Medengar suara bingit di telinga. Suara yang membuatkan dirinya berasa lebih teruk.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now