Chapter 6-my world

3.3K 353 79
                                    

MY WORLD

******

Dian menghampiri Laura yang sedang minum di ruang tamu. Setelah itu, Dian duduk di sebelah Laura. Laura menguntumkan senyuman untuk Dian.

"Yes, Dian? Dian nak keluar ke? Pakai baju macam nak keluar aje" ujar Laura.

Dian mengangguk.

"Dian nak jumpa kawan, boleh kan?" Dian meminta izin.

Laura senyum lalu mengangguk dan menghulurkan tangannya. Dian menyambut lalu melangkah ke pintu utama. Seketika langkah dihenti lalu memandang Laura semula.

Tiga puluh minit diambil untuk sampai di lokasi yang diberikan oleh Leo. Dengan ragu-ragu Dian melangkah masuk. Kelibat Leo yang sedang menikmati makanan itu didekati.

Leo senyum senget.

"Have a sit, honey" pelawa Leo.

Kasar Dian menarik kerusi lalu duduk di hadapan Leo. Kemudian, berpeluk tubuh dengan pandangan matanya tajam memandang Leo. 

"Jangan pandang aku macam tu, nanti esok tahu-tahu kau isteri aku" tegur Leo dengan senyumannya.

"Merepek! Cepatlah, kau nak apa jumpa aku ni!" balas Dian.

"Dah sebulan. Kau masih belum buat keputusan. So, aku nak kau bagitahu apa keputusan kau sekarang juga!" nada Leo kali ini menjadi tegas.

"Aku takkan join kau! Semua yang kau tunjuk untuk perdayakan aku!" 

Leo menghempas sampul ke arah Dian. Dian memerhatikan surat itu sebelum matanya kembali memandang Leo.

"Tengoklah sendiri"

Lambat-lambat Dian mencapai surat itu dan membuka. Gambar-gambar dilihat dengan kerutan. Terkejut.

"Malam tu, Carl lamar Cyra. Sebelum tu, petang diorang keluar pergi festival. Carl luah perasaan bodoh dia pada Cyra. Malangnya, aku tak dapat rakam masa diaorang buat benda ni. Tapi..."

Dian memandang Leo. Leo menunjuk pendrive di tangannya.

"Dalam ni adalah rakaman Carl lamar Cyra. Gambar yang kau pegang baru sikit. Dalam pendrive ni akan tunjuk kesemuanya"

Dian senyum sinis.

"Kau fikir aku akan percaya?" 

Leo mengangkat bahu.

"Ikut pada fikiran kau. Tapi bagi aku, kau akan percaya dan buat keputusan untuk join aku. Yelah, sampai bila nak diperbodohkan. Atau kau memang rela dibodohkan oleh orang yang kau sayang, kau percaya?" sinis Leo.

Dian menghempas gambar-gambar ke atas meja.

"Apa yang kau nak dari aku? Kenapa libatkan aku?!" sedaya upaya Dian mengawal nada suaranya.

Leo merapatkan mukanya.

"Sebab aku nak lindung kau dari semua orang yang kau sayang. Diorang tu tak guna, tak layak langsung nak hidup. Kau jangan menyesal kalau suatu hari diorang bodohkan kau, honey

"Stop panggil aku honey! Jijik!"

Leo hanya senyum sinis. Dian mendongak apabila Leo berdiri tegak.

"I think everything is clear. I got to go. Call me anytime" Leo berlalu pergi.

Setelah memastikan bayangan Leo sudah tiada, Dian mengambil gambar-gambar itu semula. Dahi berkerut. 

Satu keluhan.

"Betul ke kau yang buat ni Cyra?"

Sekali lagi keluhan. Selepas itu, senyuman lemah terukir.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now