Chapter 10-naughty

4.1K 367 88
                                    

NAUGHTY 

********

Cyra yang sedang berjalan untuk turun ke tingkat bawah itu tergendala kerana Isaac. Boleh kena serangan sakit jantung dengan perangai Isaac yang tiba-tiba menarik Cyra memasuki bilik.

Baru sahaja Cyra mahu menjerit kerana terkejut, Isaac sudah terlebih dahulu menutup mulut Cyra dengan tangannya. Kemudian, jari telunjuk diletakkan pada bibir. Diam.

Cyra mengatur nafasnya. Mata memandang Isaac dengan penuh kegeraman.

"Kau apahal?!"

"SHUHHH!"

Isaac melangkah ke pintu semula untuk melihat keadaan di luar. Setelah memastikan semuanya okay, Isaac mendekati Cyra yang sedang bersandar pada dinding.

"Aku nak kenakan Carl."

"Lepastu? Apa kena mengena dengan aku?" Cyra masih geram dengan Isaac.

"Aduh, kau ni! Dah jadi bini orang pun masih ada lagi sikap monster kau tu ke?!"

Cyra memutarkan bola matanya.

"Haa cepatlah, apa idea kau?"

Isaac senyum sinis. Kakinya melangkah ke arah katil lalu mengeluarkan tiga bantal. Cyra terlopong.

"Mana kau dapat?!!" teruja Cyra.

"Come on, ni Isaac lah!"

Cyra menayangkan muka menyampah.

"Okay, idea aku macam ni. Bantal-bantal ni aku letak dekat atas katil dia. Mainan ni semua aku letak atas lantai. Lepastu, kau conteng lah muka dia."

"MAKEUP TIME!!!" celah Cyra.

Isaac mengangguk sambil senyum lebar.

"Alah, boring nya kalau macam tu je." ujar Cyra.

"Kau ada idea lagi best ke?" soal Isaac.

Cyra diam seketika. Tidak lama Cyra senyum sinis.

"Kau tunggu sini sekejap."

Isaac hanya mengangguk dan memandang Cyra keluar dari bilik. Beberapa minit kemudian, Cyra datang bersama selimut, bantal, sabun dan juga pakaian berwarna pink.

"Apahal lain macam je selimut ni? Bagi sini, aku nak tengok." 

Isaac mencapai dan membuka gulungan.

"Oh gosh! Gempak gilaaaa!" 

Cyra senyum lebar.

"Sabun ni untuk perempuan. Jadi bila dia pakai, bau perempuan. Baju, seluar dan topi ni untuk dia pakai pada hari ini. Baju-baju dia semua nanti kau sorokkan. Bantal peluk lipas tu kau letaklah, yang bantal untuk kepala ni. Kau letak sebelah dia!" dengan teruja Cyra menjelaskan ideanya.

"Okay, good! Jom buat, before dia bangun."

Dengan perlahan dan berhati-hati, Isaac dan Dian memasuki bilik Carl. Isaac menutup pintu dengan perlahan-lahan. Bantal berbentuk lipas itu diletakkan di atas katil. Salah satunya berada di atas badan Carl.

Cyra mengeluarkan alatan make up miliknya lalu dipakai ke muka Carl. Sekadar melukis kening, eye shadow, blusher dan lipstick berwarna merah. 

Setelah selesai, Cyra mencapai phone miliknya lalu mengambil gambar muka Carl. Sedaya upaya Cyra menahan tawanya. 

Phone milik Carl yang berada di atas meja, diambil. Wallpaper phone Carl ditukar kepada gambar lipas, lipan dan cicak.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now