Chapter 21-muncul

3.5K 448 294
                                        

MUNCUL

*******

Cara meletakkan pinggan di hadapan Elvina yang masih mengantuk. Jari dipetik. Elvina berkerut memandang Cara. Dengan kemarahan yang ada, nasi goreng dicedok ke pinggan ke Elvina. Elvina hanya senyum tipis. Mukanya yang pucat akibat malam semalam dia muntah teruk sehingga mengangguk lena. 

Mahu sahaja Cara beritahu Valen tentang Elvina namun Elvina menghalangnya. Nasib phone tidak pecah sahaja dibuatnya. 

"Apa senyum-senyum?" Cara mengawal nada kemarahannya. Nanti merajuk pula mak boyot ni. Elvina tersengih. Sudah itu, Cara duduk di hadapan Elvina. Baru sahaja Elvina mahu mencedokkan nasi untuk Cara, Cara menghalang.

"Tak payah aku buat. Mengada ibu boyot ni!" 

Elvina tergelak melihat muka Cara yang merajuk. Elvina mencapai sudu dan makan nasi goreng selepas membaca doa makanan.

"Lepasni aku call Valen." ujar Cara setelah lama keadaaan sunyi hanya bunyi laga sudu dan pinggan. Elvina berhenti makan dan memandang Cara yang serius dan masih makan tanpa menghiraukan muka Elvina yang memujuknya untuk tidak beritahu Valen.

Tidak mahu melibatkan Valen. Semalam pun, Dian bermasam muka kerana dirinya. Rasa bersalah.

"Tak payah lah. Aku okay lah. Biasalah ni ibu sarat mengandung. Kau tahu apa?" ujar Elvina.

"Ada aku kisah ke? Valen tu suami kau. Dia nak bertangunggjawab kan? Perempuan berlagak tu bukan sesiapa pun, sibuk aje!" marah Cara. Elvina menunduk. Rambut yang kehadapan diselit ke belakang telinga. 

Pinggan ditolak menjauhinya. Baby mendendang-nendang. Tangan mengusap perut. Cara yang sedang mengunyah itu terhenti dan memandang Elvina.

"Kau tak payah buat perangai. Aku tetap dengan keputusan aku." tegas Cara. Elvina yang berkerut memandang Cara dengan pandangan belas kasihan. Cara membalas dengan jelingan. Pinggan di bawa ke singki. 

Elvina memegang perutnya dan melangkah ke taman bunga di halaman belakang rumah. Punggung dihempas pada bangku. Perut yang besar dan bualt dipandang. Tangan mengusap.

"Anak ibu kena kuat. Baba tinggalkan kita sebab ibu. Kalau anak ibu yang ibu sayang sangat ni dah besar, jangan marah baba ya? Sayang anak ibu." luah Elvina.  Senyuman lebar terukir. Bunga-bunga yang mekar ditenung dengan tenang.

Cara yang berdiri di pintu halaman belakang rumah itu tersenyum sedih. Air mata yang menitis itu pantas di lap semula. Langkah menghampiri Elvina dengan secawan susu. Cara menghempaskan punggungnya di bangku sebelah Elvina. Cara bermain dengan jarinya. Angin tengah hari yang meniup itu menegangkan suasana.

Musim tengkujuh.

"Kenapa kau tak nak bagitahu siapa bekas suami kau pada Valen?" soal Cara.

"Sebab aku tak nak dia benci Carl." jawab Elvina selepas seketika mendiamkan diri. Cara memandang Elvina.

"Maksud kau?" soal Cara. Tidak faham. Cara pun tidak kenal siapa sebenarnya bekas suami Elvina. Mereka berjumpa semula selepas Elvina diceraikan. Itupun Valen yang menemukan mereka selepas berpisah atas asbab Cara perlu ke luar negara untuk sambung pelajarannya.

Elvina mengeluh perlahan. 

"Bekas suami aku, kawan Carl dan juga Valen. Tapi sekarang ni kawan bertukar musuh disebabkan Dian."

"Diandra? Perempuan berlagak psiko tu?"

Elvina mengangguk dengan tekaan Cara. Cara senyum senget.

"Valen terlalu cintakan Dian. Tengok mata dia aje aku nampak cinta dia. Aku tak mengharapkan apa-apa, Cara. Aku bersyukur Valen nak jaga aku. Itu dah cukup untuk tolong aku masa bersalin nanti. Mana lah tahu aku..."

THE VENDETTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang