chapter 27-Perginya Elvina

3.8K 470 218
                                    

PERGINYA ELVINA

*******

Cyra ulang-alik di hadapan almari. Permukaan rata Almari diletakkan pregnancy test yang berlapit dengan kain. Berdebar-debar terasa. Cyra mencapai pregnancy test.

Segaris senyuman lebar terukir. Cyra mengucapkan alhamdulillah dengan terujanya. Perut di usap dengan penuh kasih sayang. Dengan perlahan Cyra mengetuk perut.

"Knock, knock!"

"Who's there?"

"Yahhh, my cute baby!! Assalamualaikum, sayang mummy. Sorry, sayang maummy tahu kewujudan awak lambat."

Pintu bilik Cyra dibuka dari luar. Hazel, Farhana dan Hanan masuk ke dalam. Terkejut mendengar jeritan teruja Cyra. Cyra menunjukkan keputusan pregnancy test.

"Alhamdulillah!!" Laung mereka dengan teruja.

"Dua bulan dah." Hazel. Mereka memeluk Cyra.

"Tahniah, Cyra. Jaga baby elok-elok tau!" Ujar Hanan.

"Aamin insyaAllah mama Hanan." 

Firash dan Nazhan masuk ke dalam bilik. Mahu melihat apa yang berlaku. Hazel memeluk pinggang Firash. Firash ternampak peregnancy test. Firash terlopong dan menujukkan perutnya dengan gaya perut bulat.

Cyra mengangguk gembira.

"Wahh congrats, pretty preggy mummy!" Teruja Firash.

"Congrats, Cyra." Ucap Nazhan.

Hanan menepuk tangan. Senyuman misteri diukir. Pinggang Cyra dipeluk.

"Sempena berita gembira hari ni, how about kita dinner dekat luar?" Ujar Hanan sambil memegang perut Cyra. 

Semua angguk setuju. 

"Yeay! Bersiap semua." Ujar Hazel pula. Semua keluar dari bilik Cyra. Cyra senyum dan melangkah ke katilnya. Tidak henti-henti mengusap perut.

Pregnancy test yang berada di tangan, ditenung lama. Rasa teruja untuk dapat anak itu semakin membuak.

"Mummy janji, mummy akan besarkan anak mummy ni dengan sempurna. Biarlah mummy menderita, janji anak mummy sihat dan besar dengan baik. Sayang anak mummy." Monolog Cyra.

Alangkah indah jika Carl bersama ketika berita gembira ini. Mesti lagi bahagia. Haha. Mimpi sahajalah. Cyra berdiri semula dan menuju ke almari untuk memilih baju. Alang-alang mahu keluar, boleh lah beli long dress.

Sedang pilih baju, shawl terjatuh ke atas lantai. Cyra mengangkat shawl yang jatuh itu dan tenung lama. Mata memandang frame gambar Carl yang tersenyum bahagia.

"Aku tunggu kau sampai kau sedia, sayang. You are so beautiful with hijab. Buatkan aku jatuh cinta dengan syurga aku ni." 

Kata-kata Carl yang tiba-tiba muncul di fikiran Cyra. Cyra menggengam shawl itu. Long dress berwarna hijau pastel dicapai. Alamari ditutup.

"Datang ni!!" Laung Cyra apabila Hazel memanggilnya. Kalut apabila dia sedar yang dirinya lambat. Lambat kerana tudung ini. Mahu nampak tudung terletak cantik.

Semua terkaku memandang Cyra. Cyra yang terasa janggal itu memegang shawl yang dipakai olehnya.

"Ya Allah, cantiknya!" Ikhlas Hazel. Cyra tersenyum. Hati tersentuh. 

"Semoga istiqamah, Cyra. Not gonna lie, you're so pretty!" Ujar Hanan Amani yang berhijab sudah hampir dua tahun. 

Cyra mengangguk. Mereka keluar dari rumah dan menuju ke kereta untuk keluar dinner.

THE VENDETTAWhere stories live. Discover now