TSS 21

28 3 0
                                    

BIARPUN aku ditinggalkan dengan rasa tertanya-tanya oleh Ezzat, aku akhirnya mengalah dengan hasrat hati sendiri. Mindaku masih belum selesai memikirkan segala kemungkinan-kemungkinan yang ada tentang apa yang lelaki itu katakan tadi.

Entahlah, aku tidak dapat menolak rasa tidak enak yang mulai merajai hati.

Kerana itu, tumpuan aku hari ini agak merudum. Atau pendek kata, aku tak boleh fokus dengan kerja yang aku lakukan. Hampir dua kali aku tersalah bagi makanan.

Pula tu, kaki aku sikit lagi nak tersepak hujung meja. Paling teruk mungkin aku akan tergelincir ataupun tersadung tetapi nasib baik semua itu tak berlaku.

Kalau orang melihat perangai aku hari ini, mungkin dia akan kata aku ni 'loqlaq'.

Biarlah kalau 'lelaki tu' perasan segala kesilapan yang aku buat. Aku rasa kurang sabar dan benci dengan rasa ini. Please don't let curiosity killed the cat, Ammara.

Dari kejauhan, mata aku dapat menangkap satu susuk tubuh yang duduk termanggu di hujung sudut. Lama aku perhatikan pergerakannya. Nafas ditarik dalam-dalam.

Tak apa, Ammara. Kalau dia buat hal, kau tahu apa yang kau kena buat. Sempat aku pujuk hati sendiri.

Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke mejanya. Ruangan di hadapan lelaki tua itu kosong, tetapi jika tidak silapku, Ezzat kata lelaki tua kerepot tu datang dengan kawan dia. Tak ada pula batang tubuhnya kelihatan.

Eloklah kalau tak datang.

Tapi kalau dia datang sekali pun, aku sangat berharap perangai dia semenggah sedikit dari si tua ini. Sekurang-kurangnya, tak adalah aku rasa nak meletup sangat.

"Order..." Belum sempat aku ingin meletakkan buku menu di hadapannya, pantas lelaki tua itu meningkah.

"Oh, you again. Hello, beautiful." Kepalanya diangkat menatap wajah aku. Bibirnya tiba-tiba merekah dengan satu senyuman.

Mendengarkan sahaja suara itu menyapa gegendang telingaku, hampir sahaja aku nak hempas buku menu itu di atas kepalanya. Aku hanya membayangkan dia meringis sakit tetapi tidak pula aku lakukannya.

"Boleh saya ambil pesanan encik?" ujar aku bersama riak wajah yang tertera bosan. Pada awalnya, kukira orang tua ini dah insaf namun telahan aku silap rupanya. Masih lagi gedik dan bermulut manis. Dasar orang tua tak sedar diri.

"I nak pesan you, boleh?" Si tua itu masih tersenyum penuh makna. Matanya diliarkan dari hujung rambut sehingga hujung kaki aku.

Decitan aku meluncur dari bibir. Eh orang tua ni, jangan sampai aku cucuk biji mata dia dengan garfu dalam bekas tu karang!

Tanganku berkira-kira untuk mencapai bekas kutleri itu tetapi hasrat itu dimatikan bilamana aku dapat menangkap Ezzat yang sedang memerhatikan aku lewat hujung mata.

Tidak semena-mena, hujung bibirku terjongket satu senyuman sinis.

Aku merapati lelaki tua itu dan membongkokkan sedikit badanku. Bibir aku betul-betul dihalakan tepat ke telinga lelaki itu.

"Encik tak nak pesan apa-apa? Kalau tak ada, saya pergi dulu la. Buang masa saya aje bercakap dengan encik yang macam kayu ni. Encik jangan ingat saya tak tahu perangai encik yang jijik tu. Encik ingat saya tak tahu encik ada isteri dan seorang anak perempuan? Ataupun encik nak saya jumpa sendiri dengan mereka? Saya ada banyak cerita pasal perangai yang encik buat dekat belakang mereka..." bisik aku perlahan. Sengaja buat suara yang menggoda.

Sedangkan fakta berkenaan isteri dan anaknya itu aku hanya serkap jarang sahaja.

Dilihatnya lelaki itu agak terkedu.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now