TSS 17

24 6 0
                                    

TIYA mengelus perlahan bahu aku untuk menyalurkan sedikit ketenangan. Dia tahu berkaitan kejadian semalam dan seluruh warga di dalam kafe termasuk Dhuha, Ikhwan dan beberapa orang staf juga perhatikan segala kelakuan aku yang kasar terhadap lelaki tak ada akal itu. Tiya tidak mengadili aku kerana dia faham dengan jelas dan dia lihat sendiri menggunakan matanya.

Terdengar juga beberapa suara dari bahagian dapur mengatakan bahawa aku ini tak sedar diri dan patut kena buang kerja. Aku cuma senyum sinis, faham sangat dengan apa yang berlaku. Hanya sebab fitnah, mudah sahaja orang percaya dan menelannya.

Aku dah biasa. Dari awal lagi... sejak bekerja di kafe Wen itu aku sudah hadap semuanya. Sikit pun aku tidak terasa malah aku lebih suka kerana peratusan aku untuk dipecat mungkin lebih tinggi daripada sebelumnya.

"Tak apalah, Tiya. Memang nasib aku kerja selalu macam ni. Aku dah biasa tadah gosip buruk macam tu." Aku menatap Tiya yang tiba-tiba mengepalkan penumbuknya. Ketawa kecil aku terlepas dari bibir.

"Selagi tak dengar dari orang yang betul, memang macam itulah. Orang lebih suka telan benda yang 'manis' daripada yang 'pahit'. Tak begitu?" Penuh tersirat kata-kata yang diluahkan oleh Tiya. Sambil itu, aku lihat dia sedang membetulkan tudungnya yang senget di bahagian atas.

"Couldn't agree more." Aku menganggukkan kepala.

"Aku harap kau tak kena marah teruk tadi. Encik Ezzat tu sebenarnya baik hati cuma itulah, kadang-kadang dia jadi singa sebab banyak orang yang suka cari pasal. Dia sayang sangat kafe ini, sebab itu semuanya dia jaga elok-elok." Tanpa dipinta, Tiya membuka cerita. Waktu rehat yang ada, kami habiskan masa dengan berbual. Staf yang lalu-lalang, kami buat tidak peduli. Maklumlah, kedua-duanya sedang enak melayan perasaan dan emosi masing-masing.

"Baik hati? Kalau dia baik hati, tak adalah aku kena leter teruk dengan dia." Bibir aku tercebik-cebik. Perbualan antara aku dan Ezzat semalam kian mengetuk-ngetuk minda. 

"So, any words you wanna say?"

Duduk berhadapan lelaki itu, buat jantung aku beritma dua kali ganda selepas kejadian si lelaki tua memalukan aku di kafe tersebut. Gatal benar bibir aku mahu membidas lebih lagi tetapi mengenangkan Ezzat ada di situ, tetap juga aku kena tunjuk baik. 

"Aku tak salah. Pakcik tu aje gatal tuduh aku macam-macam." Aku buat wajah geli-geleman. Dah tua bangka pun nak berubah profesyen kepada yang paling teruk. Dia tidak sedar dengan isteri dia ke dekat rumah tu, yang sudah bersusah payah siapkan makan pakai dia tapi masih lagi nak jadi ulat bulu. Dasar orang tua gatal merenyam!

"So?" 

Hati aku semakin dimamah sakit apabila Ezzat balas semudah itu sahaja. Mata aku menembus tajam matanya dengan wajah garang.

"Itu sahaja ke? Kau telan bulat-bulat je fitnah yang pakcik tua tu lempar dekat aku? Kau ni memang lelaki yang tak..."

"Shhh... berhenti membebel sekejap je, Ammara Sakura." Ezzat memotong laju bicara aku. Dahi aku berkerut melihat tingkahnya yang mulai berubah pelik. Aku lihat, kedua belah tangannya kian ditopang pada dagu sambil mata merenung aku tanpa lepas.

"Tak payah sebut nama panjang aku boleh tak?" Aku menyoal garang. Dada aku jadi padat melihatkan tindakan Ezzat yang masih tidak berubah. Dia kekal merenung aku sehingga aku sendiri rasa tidak selesa. Rimas pun ada juga!

"Tak boleh. Aku suka dekat nama kau sebab tu aku selalu sebut. Dalam keadaan marah, gembira atau apa je, aku memang suka sebut."

Aku cuba membiarkan dia berkata-kata. Cepat dia selesai, cepat juga aku boleh pergi dari sini. Aku tidak mahu melayan lelaki di hadapan aku ini yang kelihatan seperti tersampuk setan. Macam-macam benda merepek aku kena dengar sepanjang aku berada di dalam bilik ini.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now