TSS 27

19 5 0
                                    

TERMENUNG sendirian, itu yang aku mampu untuk lakukan pada waktu ini. Duduk di hadapan cermin, pantulan wajahku yang terbias, aku tatap lama.

Tatap tanpa lepas.

Betul ke aku ini seorang yang tak berguna?

Aku membebani minda dengan kenyataan demi kenyataan yang aku rasa terikat dengan kebenarannya. Terkenang kembali kejadian beberapa jam yang lalu, hati aku kini bergelora dengan pelbagai rasa yang sukar untuk aku ungkapkan.

"You are not her real mother. Betul, kan?"

Seperti terasa ditampar patah kata itu, aku terkedu. Mata ini, aku angkat pada tampang wajah Ezzat. Aku cuba memastikan dia bersikap serius atau sengaja mahu menduga aku.

Namun apa yang dapat kulihat, dia...

Sangat serius.

Seperti di dalam kepalanya itu terkandung beratus alasan yang aku tak tidak jangka, dan senario yang diketahuinya tetapi tidak diketahui olehku.

"Kau..." Terhenti bicara aku. Lidah terkelu, bibir membeku.

"Kau sayang sangat dekat dia." Perlahan bibir Ezzat berkata. Seketika, aku nampak ada sesuatu yang terbentuk pada juring bibirnya.

Mata aku jatuh pada bibir itu.

"Terlalu sayang sampai kau... Sakitkan diri sendiri. No fair." Ezzat menyambung, lagi bicaranya membuatkan wajah aku berubah. Tak senang duduk.

Apa sebenarnya yang lelaki itu mahu sampaikan? Apa yang lelaki itu lihat dalam diri aku?

"Siapa kata?" Aku cuba bantah kata-katanya.

"Kalau kau perlukan seribu jawapan atas kematian Bunga Amanda, aku tak punya jawapannya. Tapi, I assure you the rest. Pelaku sebenar... Bukan aku." Kali ini, nada suara Ezzat yang ditekan itu membuatkan aku kembali melarikan pandangan pada anak matanya.

Cuba menyelami, cuba menggali sama ada benarkah pernyataan itu ataupun sebaliknya.

Bibir aku membeku. Tiada kata-kata yang akhirnya meletus dari mulutku. Hati aku bergelora ketika ini, tambahan lagi apabila mindaku selalu terbayangkan wajah anak tak berdosa itu.

Dahulu, lelaki itu juga pernah menyakinkan aku bahawa dia tidak bersalah. Tapi, patutkah aku percaya?

Amanda... Amanda anak yang baik. Takkan ada orang lain yang boleh gantikan harta yang paling bernilai buat aku. Namun, aku juga sedar bahawa detik itu, aku tak punya apa-apa. Harta kesayanganku... Telah lama pergi dari dunia ini.

Amanda pergi atas tindakan tangan yang kejam ke atasnya. Tangan yang tak berperasaan. Tangan yang tiada simpati mahupun empati. Semua itu tersangatlah teruk di mata aku.

"Apa yang membuatkan kau rasa, kau tu tak bersalah?" Soalan cepu emas terpacul dari bibir. Aku lihat Ezzat tarik nafasnya dalam-dalam. Lelaki itu tampak bersedia ingin menjawab segala persoalanku.

"Because... I know I didn't do that. Kenapa kena lari kalau dari awal lagi tak bersalah? And kalau kau tanya lagi kenapa, aku hanya boleh jawab, cukuplah Tuhan aje yang tahu." Panjang bicara Ezzat. Sela masa terjeda tika dia ambil nafas sedalam-dalamnya.

Aku terdiam. Cuma anak mata aku masih menyelami kolam matanya yang redup itu. Saat bicara lembut Ezzat menerpa telinga, aku tidak dapat menolak perasaan damai yang hadir.

Ah, Ammara dan kekeliruan yang tidak bertepi!

Jelas sekali yang aku selalu keliru dengan hati. Tika aku sematkan di dalam dada ungkapkan benci itu, kelembutan Ezzat seakan menyirami segalanya. Aku nampak dengan jelas keikhlasan lelaki itu selepas kami berkahwin. Bukan kerana mahu beli jiwa semata. Tapi, sinar mata Ezzat... Tak pernah salah untuk memancarkan cahaya indahnya. Buatkan hati aku tiba-tiba disimbah kehangatan.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now