TSS 7

48 7 4
                                    

"MURUNG sangat muka tu. Kau okey tak ni? Muka macam setahun simpan masalah aje."

Mataku kian tertancap pada Mallysa yang menghempaskan tubuhnya di sebelahku. Kami sama-sama duduk di sofa sambil menonton televisyen malangnya siaran yang terpapar di televisyen langsung tidak menarik minat aku. Bunyi sahaja sok sek sok sek, aku pun tidak tahu merepek apa. Sudahnya, Mallysa yang tolong tutupkan televisyen tersebut.

Ketika itu, aku cuba mengatup mata rapat-rapat, dalam usaha mahu menghalau rasa yang bermaharajalela dalam jiwa. Aku benci dengan keadaan begini. Selalu rasa tak tentu hala dengan fikiran yang cukup serabut.

"Ammara... kau kenapa ni? Janganlah buat aku rasa nak balik rumah semula. Kau tahukan, aku datang sini nak jumpa dengan kau?" Mallysa bersuara setelah sekian lama kami mendiamkan diri. Dia menggoyangkan badan aku, sengaja untuk buat aku bangun dan menjawab soalannya.

"Aku okeylah. Cuma lately ni rasa tak sedap badan." Aku menjawab bersahaja walaupun terselit dalihan. Kalau boleh, aku tak mahu membebankan benak fikirannya. Dia pun datang ke sini demi aku dan aku rasa serba salah sebab buat dia begini.

"Aku tahu kau tak okey, sebab tu kau buat muka tak okey. Kalau kau okey, kau akan lebih semangat dari sekarang," selar Mallysa.

"He he he... aku tak cukup semangat lagi ke?"

"Kau memang macam ni, kan dari dulu? Tak payah fikir lama-lama la weh. Grab the chance, nanti bila dah kena sambar jangan pula meroyan dekat aku."

"Maksud kau?" Kening aku automatik terjongket tinggi. Dah namanya Mallysa, memang taklah dia nak cakap masuk point. Ada sahaja putar sana sini.

"Kau pening sebab fikir pasal tawaran Ezzat tu, kan? You don't need to worry, Ammara. Aku kenal Ezzat agak lama jugak dan kau tahu... yang aku tengok dekat library hari tu dia la." Tanpa disuruh, Mallysa beria-ria menjelaskan.

Bibirku langsung melongo. Ini kalau Ezzat tahu Mallysa mengintip dia, mahunya malu bertahun-tahun. Eh, tapi lelaki itu tahu ke rasa malu?

"Siot! Kau intip dia buat apa? Tak ada kerja ke, Ally?"

"Heh, kau pun join aku tau! Jangan nak mengelat!" Mallysa memulangkan paku buah keras.

"Eee... excuse me. Itu pun sebab kau yang paksa aku, okey? Kalau tak, tak adanya wahai Mallysa isteri Akid." Berakhir sahaja ayat aku itu, Mallysa tayang wajah diva sambil tunjuk cincin yang tersemat di jari manisnya.

"Aku dah kahwin okey! At least aku ada suami. Kau ada apa? Ada simpan nama Ezzat dalam hati?" Mallysa mengoyak sengihan nakal. Dia berjaya kenakan aku untuk kali yang entah ke berapa.

Aku malas nak melayan minah sengal ini. Tak pernah kering otaknya memikir idea kalau bab mengenakan aku. Kalau berkaitan lain, okey juga. Ini pasal Ezzat tahu. Gila ke?

Aku menjuihkan bibir. Cawan yang berisi milo suam di atas meja, aku capai sebelum aku menghirupnya perlahan. Sedap pula milo yang dibancuh Mallysa ini. Selalunya kurang gula la, lebih gula la. Bagus betul skil baharu dia sejak dah bergelar isteri!

"Dalam minum milo... sempat ya kutuk aku? Macamlah aku tak dapat baca hati dan fikiran kau tu," celah Mallysa yang semakin menyandar selesa di sofa. Dia berpeluk tubuh seketika sebelum matanya menghantar lirikan bersahaja.

"Kau kena bangga tahu sebab jarang-jarang milo kau sedap macam ni. Salute gila!"

Mallysa tersenyum kecil. Bangga dengan pujian aku itu. Seketika kemudian, dia kembali duduk tegak.

"Ammara, you know what? Walau apapun yang jadi, aku akan sentiasa ada dekat belakang kau. Kalau ada masalah, cari je aku dekat mana-mana. Nak call boleh, nak mesej lagilah boleh. Aku sentiasa sayang kau tahu?" Tidak diduga, Mallysa tiba-tiba meluah. Dia menarik aku ke dalam pelukannya.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now