TSS 24

37 6 2
                                    

MUKA aku merah menyala. Menahan rasa marah apabila Ezzat keluarkan tindakan luar alam. Bahu dia aku pukul dengan tangan tetapi reaksi wajahnya yang hanya bersahaja itu semakin membuatkan aku dihimpit kegeraman.

"No! Put me down now!" Aku meronta-ronta dalam dukungannya. Masih bersisa tidak puas hati. Siapa beri dia kebenaran nak angkat-angkat aku? 

"My cherry blossom..."

"No, stop. Ezzat stop!" Geramnya rasa hati. Segala apa yang aku perkatakan, semuanya hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan lelaki itu. Dahlah suka hati tukar-tukar nama panggilan. Semakin kekok aku jadinya.

Tahu tak betapa aku awkward?

"Tak nak!" Ezzat mengajuk bicara aku tadi. Sempat dia jelirkan lidah pada aku sambil berpusing-pusing seperti kanak-kanak gila yang tidak mahu pulang dari taman permainan.

Dalam kegeraman aku, terpaksa juga aku sematkan tangan aku di puncak lehernya. Jika aku ditakdirkan terjatuh, okey aku tak nak terlalu banyak berfikir. Aku buat begini supaya badan aku tidak gedebuk jatuh di atas lantai.

"Berhenti sekarang, kalau tak..." Aku cuba memberikan amaran namun Ezzat terlebih dahulu memintas.

"Kalau tak?" Keningnya terjongket ke atas. Dia ketawa kecil. Kemudian barulah berhenti dari berpusing. Tak cukup dengan itu, senyuman yang terpatri di bibirnya mengganggu sel-sel otak aku untuk berhubung.

Matanya kekal menatap wajah aku yang berubah tidak senang hati.

"I... Hate you!" Itu sahaja yang terkeluar dari rengkung. Sengaja aku larikan mata. Tak suka benar aku bila terasa dipandang tanpa lepas. Seakan mahu tembus sahaja tengkorak aku ini.

Urgh! Ezzat serius tak makan saman!

"Sekarang ni, nak makan ke tak? Nak ego lagi?" tanya Ezzat. Dia akhirnya menurunkan aku dengan selamat. Elok punya landing atas lantai.

"Nak makan." Aku menganggukkan kepala. Mengalah sebab betul-betul lapar. Tiba-tiba rasa seperti mahu makan orang!

Aku terus menuju ke pintu bilik. Sebelum aku memulas tombol, sempat aku memusingkan badan ke belakang. Lelaki itu membuntuti langkahku tetapi melihat aku tiba-tiba berpaling, dia berdiri statik.

"Why?"

"Lepas ni... Jangan buat macam tu lagi." Aku beri amaran. Jari telunjuk ini dihalakan tepat ke arahnya. Tak suka dimainkan. Hampir sahaja jantung aku nak meluncur keluar tadi.

"Buat macam mana?" tanya Ezzat seakan orang yang tidak bersalah. Dia mengangkat bahu bersama kedua tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Kau tak payah pura-pura tak tahu eh? Dah kebetulan kita cakap fasal benda ni... Aku tak nak kau ambil kesempatan," beritahu aku dengan lancar. Aku tak nak berada dalam keadaan yang hampir nak sakit jantung macam tadi. Sebab aku tak habis geram lagi dengan lelaki itu.

"Okey." Sepatah Ezzat menjawab.

Aku melepaskan kelegaan. Tetapi tidak lebih dari lima saat sehinggalah Ezzat kembali membuka mulut.

"You are my wife, jadi tertakluk kepada akta sekian-sekian, tak ada pihak yang melarang seorang suami untuk melakukan demikian."

"You..." Aku tidak dapat menyambung ayat. Masih berbakul geram. Banyak cantik muka Ezzat. Dia pakai kuasa veto pula.

Aku terus keluar setelah membuka pintu. Diikuti oleh Ezzat di belakang yang tak keluar sebarang bicara. Sajalah tu nak buat aku rasa serba salah.

"Jangan ambil hati kata-kata tadi. Nak makan kena rasa happy bukan moody." Setelah beberapa minit baru aku dengar suara Ezzat. Itu pun setelah kami sudah melepasi ruang tamu.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now