TSS 22

39 5 0
                                    

"SEMUA ni tak ada kaitan dengan Stellaria! Anyway, Stellaria is not even my..." Jari telunjuk aku tuding ke arah Ezzat. Namun, ayat aku tak sempat habis bilamana Ezzat terlebih dahulu memintas.

"But don't you think Stellaria ada kaitan dengan Ailarina?"

Kening aku terjongket tinggi bersama riak yang mulai berubah. Terkedu. Tampang wajah lelaki itu aku tatap lama. Apa yang dia hendak sampaikan sebenarnya?

Kenapa perlu libatkan ibu aku dalam kes ini? Untuk pengetahuan semua, Stellaria merupakan nama kafe yang aku pernah bekerja dahulu. Kafe yang dimiliki oleh Wen sebelum aku diberhentikan kerana ditindas dengan pelbagai spekulasi kononnya aku ini mencemarkan nama kafe itu. Calla juga masih bekerja di situ jika tidak silapku. Ah, menyebut nama Calla saja buat aku rasa jengkel.

Eh sekejap. Tapi... Aku tak pernah terfikir yang Ezzat tahu nama ibu aku. Macam mana... Dia kenal ibu?

"This has nothing to do with her. Kau tak tahu apa-apa dan kau tak perlu sibuk pasal ibu!" bidas aku. Geram. Lagi-lagi melihat senyumannya berubah sinis.

Sepertinya, Ezzat ingin menyakitkan hati aku.

Baru tadi, dia cakap pasal aku nak hancurkan Cremé. Selepas itu, entah apa angin, dia ajak aku kahwin dengan dia. Tambahan lagi, dia pula ungkit pasal Stellaria dan petik nama ibu aku. Apa semua ni? Otakku bekerja keras untuk menghubungkan semua ini namun tak berjaya.

Aku buntu dan ketika ini juga aku berharap akan ada satu kuasa yang boleh hilangkan aku dari sini.

"Aku ke kau yang tak tahu cerita sebenarnya? You're so pathetic, Ammara. Kan aku dah cakap, kau tak pernah ambil tahu pasal semua ni. Kau tak pernah tahu, kan yang sebenarnya Ailarina tu pernah korbankan diri dia untuk ambil semula hak dia? Dia memang perempuan yang..."

"Don't you dare to despise my mother! Ibu tak pernah berperangai macam tu. Semua ni mengarut dan aku tak percaya semua kata-kata kau!" teriak aku semahunya. Aku tak peduli kalau ada mata-mata yang memerhatikan kami ini. Biar semua orang tahu betapa jahatnya lelaki itu terhadapku.

Wajah aku kini berubah merah padam. Dada aku berombak kencang setelah mendengar satu demi satu kenyataan yang aku tak pernah tahu sebelum ini.

Bertegang urat dengan Ezzat, buat pertama kali hati aku bagaikan dihiris belati paling tajam. Aku tak mampu menolak rasa sakit yang hadir apabila dia gelarkan aku seorang yang 'pathetic'.

Aku ni lemah sangat ke?

Selama ini, aku tak pernah ambil hati tentang apa yang dia katakan, bahkan perliannya pun tak meresap masuk ke dalam lubuk hati aku.

Tetapi sekarang ni, hatiku ibarat dirodok dengan kejam pada saat dia mengatakan ibu aku pernah berkorban demi mendapatkan semula apa yang sepatutnya menjadi milik ibu. Persoalannya, arwah ibu aku mempunyai hak terhadap apa? Stellaria?

Dan kalau ianya benar, kenapa selama ini ibu tak pernah cerita kepadaku? Baik ibu dan ayah, kedua-duanya tak pernah beritahu aku berkenaan hal ini. Pandangan ini aku buang ke arah awan. Mungkin betul satu hakikat tentang hidup aku ni sangat menyedihkan.

"Your father knows every single thing. Dia nak jumpa kau. Dia tengah tunggu kau dekat kafe," ujar Ezzat. Nada suaranya berubah rendah. Berbeza dengan dirinya tadi yang boleh kuanggap berlainan daripada kebiasaan.

Aku tak menjawab segala pernyataannya sebaliknya kaki ini aku hayun laju ke hadapan, meninggalkan dia di belakang. Jujurnya, aku tak bersedia untuk bersua muka dengan ayah aku tetapi aku cekalkan hati kerana banyak persoalan yang masih belum terungkai.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now