TSS 23

24 5 0
                                    

WANITA yang duduk tegak di hadapanku, aku perhatikan dalam-dalam. Air mukanya yang sepatutnya tenang, berubah gelisah ibarat seekor cacing yang kepanasan. Tampang wajahnya dirias agar kelihatan jelita, berbeza dengan dirinya seperti selalu. Kadangkala terlihat suram namun hari ini dia tampak sedikit bercahaya.

Seketika, wanita itu melepaskan helaan nafas yang dalam. Dirinya yang berada di dalam persalinan serba putih itu seolah mencerminkan kesucian dan kebersihan. Kemudian, bebola matanya naik pada sesuatu yang menutup kepalanya.

Tudung.

Buat pertama kali setelah sekian lama, kain itu menutup mahkota rambutnya. Sejujurnya, dia rasa rimas dan panas tetapi dia kentalkan hatinya untuk bertahan. Semua ini kerana dua orang lelaki hadir dalam kamusnya dan cuba untuk mengubah seluruh kehidupan miliknya.

Terasa seperti boneka. Hanya menurut perintah itu.

Pada awalnya, dia berkeras tidak mahu mematuhi kehendak itu namun dia kalah jua dengan sang ayah. Walaupun separuh hatinya tidak rela, dia tetap tidak mampu membangkang perintah ayahnya.

Wanita itu cuba ukirkan segaris senyuman walaupun terlihat payah. Yang pasti, senyuman yang hadir itu bukanlah senyuman yang gembira.

Benar, wanita itu adalah aku.

Aku sukar untuk percaya begini pengakhiran hidupku. Daripada aku hidup bebas tanpa sesiapa di sisi, akhirnya aku akan terikat dengan seorang lelaki setelah termeterainya ijab dan qabul nanti.

Aku... Sebenarnya rasa takut.

Aku tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Kalau pun aku terima, itu hanya dari bait kata, bukan dari kerelaan hatiku sendiri.

Walau hatiku terasa perit, namun ini jalan yang telah aku pilih.

Jalan yang berkemungkinan akan membawa jasad ini menuju ke cahaya kebenaran. Oleh itu, aku perlu dapatkan keyakinan ayah.

Dan... Keyakinan Ezzat.

Lelaki itu sepertinya mengetahui sejarah hidup kami sekeluarga. Walaupun demikian, aku tidak mengetahui sejauh mana pemikiran dan akal lelaki itu. Yang aku perlukan sekarang adalah... Rahsia keluarga aku.

Apa yang aku masih belum tahu sehingga ke hari ini?

"Ammara, you look really gorgeous today! Tak sia-sia I datang untuk rias wajah you tahu?" Luna membebel setelah dia selesai meratakan pemerah pipi pada wajah aku.

"Thank you tau, Luna. I sebenarnya tak nak make up tebal-tebal tapi I know citarasa you memang tepat dengan apa yang I harapkan," balas aku lalu menyimpul senyuman.

"No hal! Anything for you and..."

"Congratulations on your wedding! You jangan risau, I seratus peratus percaya yang you dapat lelaki yang baik. Lelaki yang akan bahagiakan hidup you dan tak akan lukakan hati you," sambung Luna. Panjang lebar dia berbicara sambil menatap wajah aku dalam-dalam.

"Thank you Luna..." But I don't think our wedding akan berjalan dengan lancar seperti mana pasangan lain yang normal.

Kami... Sangat jauh berbeza. Jauh panggang daripada api.

Seakan ada jurang yang menghalang untuk aku terus mendekatinya. Namun, aku selalu ragu. Adakah Ezzat boleh bahagiakan aku bilamana aku sendiri yang merasa tidak bahagia ketika berada di sampingnya?

Nyatanya, aku hanya bermonolog dalam hati. Ingin sahaja aku luah kepada Luna tetapi aku tahu, dalam hal ini aku tak perlu terlalu terbuka. Bimbang aku tersilap langkah, maka buruk padahnya. Sudahnya semua rasa aku kunci rapat-rapat dalam hati.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now