TSS 16

27 4 0
                                    

"KAU dah gila ke?" Hampir terbeliak biji mata Ezzat sebaik sahaja aku mencampakkan sampul surat itu di atas meja kerjanya. Dia terus melepaskan keluhan. Seketika, matanya diangkat merenung aku dengan pandangan bertukar redup.

"What's your actual problem? Tolonglah... tolong guna akal untuk berfikir elok-elok. Kalau marah sekalipun, itu bukan jalan penyelesaian dia, Ammara Sakura. Semudah itu sahaja ke?" Suara Ezzat melengking tegas, seperti dapat mengagak isi di dalamnya apa. Tangannya membuka sepucuk surat yang aku campak tadi. Dibaca satu demi satu sehingga ke noktah yang terakhir...

Dia koyak surat permohonan berhenti kerja yang aku buat semalam. Kemudiannya, kertas itu dicarik-dicarik dan akhir sekali, dibuang ke dalam bakul sampah dengan kejam.

Mataku membulat.

"Are you crazy? Surat tu... aku bagi bukan untuk dikoyakkan, untuk kau baca dan hadam bagus-bagus. Aku nak berhenti kerja dekat sini." Aku hampir menjerit dibuatnya tetapi kerana sabar yang hampir menjadi senipis bawang, aku pujuk hati untuk terus bertahan.

Sebelum jejak kaki mahu bertemu Ezzat tadi, ada halangan yang aku kena tempuh di mana terdapat pelbagai soalan yang dikemukakan. Aku apa lagi, awal-awal tayang wajah beku dan tidak mempedulikan mereka. Buat masa ini, aku malas nak layan orang sekeliling. Kadang-kadang aku rasa, Tiya sendiri pun perasan akan perubahan aku ini.

Biarlah. Biarlah mereka nak kata apa.

Mereka tidak tahu kerana mereka tidak pernah ada di 'kasut' aku.

"Dengan bagi notis berhenti 24 jam dari sekarang... it won't be valid for you! Aku tak luluskan semua permintaan bodoh kau ni."

"Permintaan bodoh? Apa maksud kau dengan permintaan bodoh?" Aku mengetap bibir dengan kuat, menahan amarah yang membuak-buak di dalam dada. Sedikit masa lagi, aku takut habis terhambur semua barang yang berada di atas meja Ezzat.

"Aku tahu kau ada masalah. Aku tak minta kau kongsi masalah dengan aku tapi sekurang-kurangnya kau kena fikir balik untuk apa kau kerja dekat sini. Untuk apa..." Belum sempat Ezzat menghabiskan bicaranya, aku terus memotong laju.

"Untuk apa lagi aku kerja dekat sini kalau aku dah tak boleh? Untuk apa lagi aku jejakkan kaki dekat kafe ni kalau di akhirnya... aku akan hadap seorang pembunuh?" Wajahku berubah merah menyala. Tak tahu macam mana lagi aku kena cakap supaya lelaki di hadapan aku ini memahami segala gelodak hatiku.

Tak mudah!

Tak mudah untuk aku buat keputusan selepas banyak kali aku berfikir perkara yang sama. Aku sayang dengan kerja ini tetapi benci aku meluap-luap apabila menatap wajahnya setiap hari. Kalau boleh lesap, dah lama aku pilih opsyen tersebut.

Tetapi, apa daya yang aku ada jika ini galang ganti untuk menghapuskan segala rasa yang bernaung di dada? Hanya itu sahaja jalan yang terbaik aku dapat fikirkan pada waktu ini. Kalau aku tahu perkara itu dari awal lagi, aku takkan jejakkan kaki di sini. Aku takkan berjumpa dia lagi.

Sejujurnya, aku tidak tahu kenapa aku rasa seperti dikhianati oleh orang yang mula selesa dengan aku. Ya, aku mengaku yang aku dah mula selesa dengan Ezzat walaupun mulut dia kadangkala menyakitkan dan suka mencari gaduh dengan aku. Tetapi aku sendiri tidak tahu kenapa rasa sakit itu terlalu memuncak.

Aku pegang tangan seorang pembunuh semasa aku cuba berpaut padanya. Saat dia menghulurkan, aku dengan mudahnya menyambut tikala aku sendiri tidak tahu akan hakikat yang sebenar. Aku rasa seperti seorang perempuan yang tak berguna. Membiarkan diri aku rasa ceria tanpa memikirkan derita Amanda di sana. Bagaikan terasa suara raungan Amanda penuh kesakitan saat menghadap maut.

"Pembunuh? Siapa?" Setelah lama keadaan menjadi sunyi sepi, barulah Ezzat tiba-tiba bertanya pelik. Dia berpeluk tubuh sambil pandang wajah aku tanpa lepas.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now