TSS 11

21 5 0
                                    

"WHY did you look so triggered, honey? Salah ke apa yang I cakap ini?"

Menyedari keterlanjuran aku dalam bertindak, aku menghela nafas perlahan. Sekarang ini, aku terlalu nantikan semua akan berakhir. Tetapi rasanya tidak apabila provokasi demi provokasi kembali menujah telinga aku.

"You memang manusia tak guna, Calla. You malukan I depan semua orang dan sekarang, puaslah hati you?" Gigi aku berlaga dengan nafas berlanggaran di ruangan udara.

"I tak suka you, Ammara." Calla berterus-terang dengan jujurnya lalu tersenyum tajam. Lagi-lagi bila matanya tiba-tiba terarah pada satu sudut.

Calla bangun dan tangan aku ditarik untuk duduk di hadapannya.

"Waiter! I nak air suam satu ya." Calla menggamit Tiya yang kebetulan lalu di kawasan itu.

Aku mengerutkan dahi. Tidak faham dengan tindakan gadis ini. Aku nak bangun tetapi Calla lebih pantas menahan aku.

"I ada benda nak cakap dengan you. Duduk dulu." Arahannya aku pandang sepi namun aku tetap duduk kembali. Melihat sekeliling, aku rasa sedikit lega. Pelanggan beransur berkurang dan rata-ratanya kembali dengan hal sendiri. Kini hanya tinggal kami berdua yang masih berlawan renungan mata.

Dua minit berlalu, Tiya kembali bersama segelas air suam. Sebelum dia melangkah pergi, sempat dia berkomunikasi dengan aku melalui telepati mata. Aku yakin, dia pelik dengan apa yang berlaku dan sejujurnya...

Aku sendiri juga pelik.

"You nak apa lagi, Calla? Nak tunjuk baik depan I selepas apa yang you dah buat tadi? Apa lagi masalah yang you nak selesaikan? I sekarang nak cepat sebab I ada tanggungjawab masa bekerja. Bukan boleh duduk goyang kaki macam you ni," sindir aku selamba. Entah dia masih bekerja di kafe Wen atau tidak, aku sendiri malas mahu ambil tahu.

Lantak kaulah, perempuan!

"Okey macam ni, I nak minta maaf dekat you."

Bebola mata aku memang dari awal lagi berlari jauh dari merenung tampang wajahnya. Aku sakit hati, geram dan banyak lagi rasa berbuku dalam jiwa ini. Setelah semua kata-kata nista dia lempar dekat aku, semudah itu sahaja dia memohon maaf? Otak dia betul ke tidak sebenarnya?

"You dah buat macam-macam dan dengan mudah you nak cakap macam tu dekat I..." Aku kembali menatap Calla namun tidak semena-mena, mataku terus terkatup rapat. Tindakan refleks, tangan kiri aku merapat pada pipi, cuba menutup wajah tetapi malangnya jeritan kecil aku menguasai dunia sekeliling.

"You buat apa ni Calla... argh!" Tuhan, aku rasa kulit wajah aku seperti ingin terbakar dan semakin memanas. Aku terus bangkit dari duduk dan mengibas-ngibas wajah yang terasa begitu panas.

"Hadiah untuk you, Ammara. I hope you like it." Calla tersengih jahat.

"Calla! Kenapa you sanggup..." Bicaraku tidak sempat habis disusuli dengan tubuh yang terasa melayang. Aku terduduk di lantai sambil memegang pipi.

Aku ketap bibir yang kian menggeletar. Tangan kiriku terasa sakit semula apabila terkena siraman air suam daripada Calla. Aku baru menyedari air itu tidak suam tetapi air itu... panas!

"Tiya! Tiya!" Dengan keadaan terduduk di lantai, aku menjerit memanggil nama Tiya tanpa langsung mempedulikan bunyi kecoh yang datang daripada pelayan-pelayan lain. Terkocoh-kocoh gadis itu mendapatkan aku apabila suaraku kian bergema kuat.

"Ammara, kau kenapa... Ya Allah! Kulit kau merah ni..." Tiya datang dengan raut cemas. Seketika itu, dia berikan Calla renungan membunuh sebelum menumpukan perhatian pada aku.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now