TSS 32

33 7 0
                                    

BUKA sahaja mata, mata aku berubah mengecil. Cahaya lampu kalimantang yang menyusup ke dalam kornea, membuatkan aku berkali-kali mengelipkan mata.

Terangnya!

Sekarang dah malam ke?

Berapa lama aku terlelap?

Dahi aku berkerut. Lembutnya tilam ini. Aku tidak pasti di mana aku berada sekarang, namun yang pasti fabrik ini menjadi punca kantuk aku tenggelam lebih dalam.

Aku menguap. Kepala aku terteleng ke sisi. Melihatkan suatu item, tangan aku terus menjangkau ke arah telefon yang entah macam mana boleh terletak elok di situ.

Aku ketawa kecil setelah menyedari aku tidak mampu menghidupkan peranti itu. Aku tak perasan pun bateri telefon aku habis!

Kebetulan ada jam yang tergantung di dinding. Mata aku terus membulat saat menyedari jarum jam hampir menjangkau ke angka empat.

"Ya Allah, aku belum solat lagi!" Tergesa-gesa aku bangun untuk mengambil wuduk.

Pulasnya aku tidur. Kenapa tak ada orang yang kejutkan aku?

Usai menunaikan solat dan berdoa, barulah minda aku kembali memproses keadaan ketika ini. Segenap ruangan bilik itu aku teliti. Rekaannya lain, berbeza dengan rumah mama sebelum ini.

Baru aku sedar yang aku tidak berada di bilik lama aku. Jika tidak silapku, aku dah pindah rumah. Persoalannya, mana Ezzat?

Aku melangkah gontai ke arah pintu. Tangan aku memulas tombol. Buka sahaja pintu, hampir aku terloncat melihat Ezzat betul-betul ada di hadapan mata aku.

Kus semangat!

"Aku baru nak kejut kau bangun. Kau belum makan lagi. Dari pagi, kan?"

Aku tak membalas. Tangan aku spontan singgah di perut. Aku mengaduh sakit saat perut aku tiba-tiba terasa memulas. Lembik terus kaki ini mahu berdiri. Hampir saja aku jatuh menyembah bumi.

Tak buang masa, Ezzat meluru ke arah aku. Badan aku ditarik rapat kepadanya. Lengan kiri aku automatik dibawa ke belakang lehernya. Perlahan-lahan, lelaki itu memapah aku berjalan.

Dahi aku berkerut.

Peluh mencengkam kedinginan tubuh dan telapak tangan. Menyedari ada satu tangan yang menjalar di pinggang, semerta liur yang kutelan terasa tersekat menuruni rengkung.

Aku tidak dapat menikmati hiasan dalaman di rumah ini dek sakit perut yang hadir tanpa memberi salam. Terasa pening-pening lalat, sukarnya bagi aku memproses semuanya.

"Kenapa kau nak seksa diri kau sendiri? Aku suruh kau jangan skip makan, kan?  Dah kenapa kau buat lagi? Macam budak-budak!" Ezzat marah aku. Bibirnya penuh melontar bebelan padaku.

"Tak payah pura-pura jadi hero, tak nak sarapan pagi. Ingat perut 'awak' tu kuat sangat ke tahan kalau tak ada alas apa-apa? Kau lupa ke ada gastrik?" Lagi, dia bom aku.

Semua itu tepat mengena batang hidung aku. Tetapi masalahnya, bukan aku sengaja! Manalah aku tahu Eirman cari pasal dengan aku sampai aku lupa nak makan. Tak cukup dengan itu, tanpa angin dan ribut, tahu-tahu Ezzat nak bawa aku pindah.

Ni semua bukan salah aku, okey!

Aku cuba menolak tangan Ezzat dari memberikan bantuan dan memapah aku, namun dia terlebih dahulu menangkis tindakan itu. Sebaliknya, tangannya di pinggangku dikemaskan. Bibir Ezzat melebar satu senyuman.

Senyumannya tak memungkinkan aku berkata-kata. Mulutku terus terkatup tanpa sebarang bicara.

Dia nak tolong aku ke atau nak ambil kesempatan sebenarnya? Aku tak tahu pula dapur ni jauh! Aku tengah kritikal, lagi dilambatkan pula papahannya. Dia memang sengaja nak sakitkan hati aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now