TSS 4

68 9 5
                                    

PERCUTIANKU kali ini agak terganggu. Sebelum aku tutup telefon semalam, aku dapat mendengar nada suara Mallysa yang berubah lain. Dia kelihatan terburu-buru dan cuma balas senada. Hati aku jadi tak tenang. Malam itu, puas aku cuba melelapkan mata tapi tidak boleh.

Apa yang dikatakan oleh Mallysa semua kembali menghambat mindaku.

Lalu, aku mengambil keputusan untuk kembali pulang ke rumah pada keesokannya. Aku ingin bertemu dengan gadis itu kerana sejak awal pagi tadi, aku tak sedap hati. Aku tak berapa pasti jika ini hanya mainan perasaan sahaja tetapi hati aku terdetik sesuatu, mengatakan ada benda yang berlaku.

Sampai di hadapan rumah, aku menghalakan mata ke sekeliling. Rumah aku nampak sepi saja. Rasanya Mallysa tiada di rumah melihatkan tempat parkir kereta untuknya kosong.

Aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah ibunya. Menjelang persiapan perkahwinan gadis itu, pasti sahaja Mallysa ada di rumah ibunya. Gear aku tarik dan kereta aku undurkan ke belakang sebelum keretaku memacu di atas jalan raya dengan halaju yang sederhana.

Pepatah kata, biar lambat sampai asalkan selamat. Aku tak nak rohku yang selamat sampai dulu.

Sambil memandu, fikiranku tidak berhenti menerawang memikirkan sesuatu.

Aku tidak betah duduk di rumah lama-lama. Aku perlukan sesuatu untuk dibuat. Dulu, arwah ibu selalu kata aku ini jenis budak yang tak reti duduk diam. Ada sahaja kerja yang aku mahu buat. Walaupun kerja aku dah selesai, aku masih juga meringankan tulang untuk membantu. Sebab itulah arwah ibu bangga dengan aku.

Aku tak sedar air mataku tiba-tiba tumpah. Aku merindunya. Semasa arwah ibu meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya, aku seperti orang gila. Menangis bagai nak rak, menjerit, meraung, semua aku buat. Ada satu masa itu, aku pernah tengking orang tanpa sedar. Kesian budak tu kena hamburan emosi aku. Kalau aku bertemu semula dengan dia, harapnya tak adalah aku yang kena tengking balik!

Berbalik pada topik tadi, aku tidak tahu sama ada aku mempunyai segunung atau secebis harapan bagi mencari kerja. Aku sebenarnya terkejut juga dengan kenyataan Mallysa itu. Aku tak pernah tahu dia ada teman mesra dan tup tup...

Cakap nak kahwin.

Aku kena bersedia duduk rumah seorang diri nanti. Yalah, sebab Mallysa akan duduk bersama bakal suaminya. Takkan aku yang cuma memegang status kawannya ini nak jadi pak halang pula.

Tak pasal-pasal aku kena tibai dengan suami dia.

Selang beberapa minit memandu, aku akhirnya tiba di rumah ibu Mallysa. Enjin kereta dimatikan sebelum aku memboloskan diri keluar dari kereta.

Aku mengangkat pandangan ke hadapan. Rahangku jatuh menjunam. Apa yang berlaku sebenarnya?

Melihatkan pintu pagar yang bagaikan digilis oleh sesuatu, dadaku tiba-tiba berdebar sendirian. Kawasan rumah Mallysa kelihatan agak pelik atau itu cuma perasaanku sahaja, aku tidak tahu.

"Assalamualaikum Cik Ana, Ammara datang ni!" Aku melaung dari luar. Bila tidak mendapat sahutan, aku ambil keputusan untuk melihat ke dalam rumah. Pintu pagar tersebut tidak berkunci, memudahkan aku untuk menyusup masuk ke dalam.

Ada deretan kasut dan selipar yang terletak elok di atas lantai simen itu. Aku menganggap mereka ada di rumah dan mungkin tak perasan dengan kehadiran aku ke sini.

Pintu utama yang separa terbuka membuatkan gelodak hatiku membuak-buak dengan rasa ingin tahu. Tak berfikir banyak, aku tolak pintu dan saat itu, mataku terus disapa dengan empat pasang mata yang jelas melekat di wajahku. Di setiap satu wajah itu terpeta dengan riak runsing dan kerisauan.

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now