TSS 5

54 8 1
                                    

AKU tergemap mendengar suara yang menegur. Suara garau yang aku tidak pasti berlapiskan kemarahan atau sebaliknya. Tetapi yang aku tahu...

Wajah aku mulai memanas.

"Aku tengah cakap dengan jembalang tanah ke? I said, jauhkan tangan kau dari tangan aku," ulangnya dalam nada berbisik. Bimbang didengari oleh orang lain. Matanya kekal menatap aku dengan renungan yang sukar ditafsirkan.

"Maaf, tak sengaja!" Segera aku meminta maaf lalu menarik tangan kananku. Aduh, buat malu diri sendiri sahaja. Aku pun tidak tahu macam mana tanganku boleh terpegang tangannya. Lagipun, aku dulu yang dapat dan pegang buku itu. Bukan dia!

"Jadi buku ni..."

Jeda. Perpustakaan Suria semakin dicengkam sepi saat mataku berlawan renungan dengannya. Masing-masing tak mahu mengalah.

Well, aku tak kisah sebab perempuankan sentiasa menang.

"Aku yang pegang dulu."

"No, I was the one! Aku datang lagi awal dari kau tau tak?" Aku dapat menangkap jelingan padu yang dilempar ke arahku. Peduli apa aku kalau dia nak marah. Yang penting, aku lebih awal darinya.

"Aku lagi awal dari kau sebab dari tadi aku duduk sini je. Dah, kau pergi blah cari buku lain. Tak kira, aku nak baca buku ni jugak!" Aku buat muka sambil menghalaunya dengan cara paling 'terhormat'. Rasa tak puas hati dengan manusia berhadapan aku biarpun rak buku menjadi pemisah antara kami. Melalui celahan lubang, aku dapat lihat matanya disepetkan rapat.

Boleh nampak ke tu?

"Kenal aku lagi tak?" Dia bertanya, sekaligus menukar topik lain. Dia cuma mengalah bila aku tunjuk keras kepala dengan memeluk buku rapat ke dada. Heh, beranilah rampas buku dari aku, dapat makan penumbuk percuma saja.

"Tak ada kepentingan untuk aku cari tahu siapa kau. Misal katalah kita memang tak pernah kenal, maaflah! Aku malas nak kenal dengan orang baru. Semuanya menyusahkan!" Ayat itu aku akhiri dengan berpeluk tubuh. Tak ada masa aku nak melayan semua ini.

Elok aku nak angkat kaki bersama buku di tangan kanan, kakiku kembali terhenti bila tangannya memegang buku dengan kuat. Impak daripada itu, badanku terundur sedikit di belakang.

"Kau betul-betul yakin ke selama ni kita tak pernah kenal walaupun..." Bicara si dia terhenti buat sesaat sebelum badanku tegak bak patung manikin. Dia mendekat ke arah aku, dengan langsung merapatkan jarak antara kami.

"Cuma sehari je?" sambungnya sambil tersenyum senget. Renungan yang satu itu buat aku ketap bibir serapatnya. Tak faham dengan maksud lelaki ini. Apa yang dia ingin sampaikan sebenarnya? Satu lagi, perlu ke dia jadi klon Mallysa yang suka cakap bersimpang-siur? Aduhai, sabar sajalah, Ammara!

"Aku tak faham." Aku berkata jujur. Dalam masa yang sama, aku mahu pendekkan masa berbicara dengannya. Aku rasa lemas dalam renungan itu. Aku tak selesa bila duduk dekat dengannya. Dan, aku masih tidak mengerti kenapa mataku boleh terpaku pada sepasang mata hitam pekatnya yang sedikit sepet itu.

Yang aku tahu, ada cahaya indah yang bersinar dalam pupil yang mengembang itu. Cantiknya.

"How about..." Nada suaranya meleret sambil tangan yang masih memegang erat buku aku tadi, masih kekal bersatu sekaligus mematikan langkah aku untuk melarikan diri.

Dan aku dapat rasakan bahawa nafas aku tersekat. Kalau aku lari, bermakna aku kena rempuh tubuhnya walaupun aku tahu peratusan itu mungkin cuma 0.001 peratus sahaja. Persoalannya, berani ke aku buat begitu?

"Kau nak apa? Kalau tak ada benda penting yang kau nak cakap, back off." Aku memberinya amaran. Tidak betah dengan keadaan berdiri begini dengan tubuh yang bersandar pada dinding. Apa dia ingat ini drama yang selalu ditayangkan di kaca televisyen setiap malam?

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now