TSS 29

14 4 0
                                    

"YOU'RE no longer employee in here. Aku dah pecat kau sehari sebelum kita kahwin." Selamba Ezzat berkata. Tangannya disilang tidak bersalah seraya mengamati wajahku yang tidak berona.

"Wait, what?!" Perhatian aku beralih arah. Rahang aku hampir jatuh. Seakan tidak percaya. Ezzat tidak memberitahu aku apa-apa tentang ini. Tentang dia sesuka hati nak hentikan aku untuk kerja di sini.

Memanglah dahulu aku nekad buat apa sahaja untuk berhambus dari sini. Walaupun surat berhenti aku ditolak keras oleh lelaki itu. Tetapi aku tak sangka dengan suka hati dia sahaja mahu buang aku kerja di sini.

Aku pernah katakan kepadanya bahawa aku mahu hancurkan kafe ini. Aku mahu berhambus kerana ingin jauh darinya. Tapi aku sedar, aku tak mampu lari. Kafe ini merupakan sebahagian daripada jiwa aku juga. Kafe ini adalah hasil usaha aku bekerja selama aku menggangur dahulu akibat dibuang oleh Stellaria.

Banyak pengalaman aku kutip di sini. Dan yang paling penting, aku jumpa kawan yang istimewa iaitu Tiya, Dhuha dan Ikhwan.

Ya, aku tahu diri ini hipokrit. Aku mengikat janji di hadapan lelaki itu untuk menghancurkan kafe miliknya ini. Tapi itu dahulu. Sebelum aku sedar satu hakikat. Aku cuba melupakan dendam yang aku tanam. Aku tahu sebenarnya aku tidak mampu bahkan mencuba menyalakan api kehancuran untuk kafe ini dengan hujung jari pun, aku tidak sanggup.

Mana mungkin aku mahu merealisasikan hasrat itu. Kafe ini adalah memorabilia untuk aku.

"Aku nak kau jadi half aku."

"Apa maksud kau?" tanya aku. Dahi berkerut membentuk kekeliruan. Tak sukanya aku dengan orang yang suka bermain kata. Kenapa tidak berterus terang sahaja daripada putar belit ayat? Buat runsing otak aku berfikir.

"Cremè are on us. Aku nak kau tolong aku untuk kembangkan kafe ni sama-sama. Titik peluh aku, titik peluh kau. Macam kau cakap tadi, kau tolong aku, aku tolong kau. It's a same concept."

"That's not a good idea though," sahut aku. Aku geleng tidak yakin. Ada sesuatu yang menghuni ruang pemikiran aku.

"Lah, kenapa pula?"

"Kau tahu ke buat-buat tak tahu sebenarnya? Do you realize that people are talking about us right now? Takkan kau tak tahu apa jadi beberapa hari ni. Kau gila ke?" bidas aku. Sama sekali aku tak akan bersetuju kalau apa yang aku buat ini, akan mendapat perhatian staf-staf lain.

Memang Tiya tak tipu aku bila dia kata semua sedang mengutuk aku secara terang-terangan. Buktinya, sebelum aku masuk bilik pejabat ini, aku terserempak dengan staf perempuan yang sengaja melanggar kasar bahu aku.

Aku tak kenal dia tapi dia siap kutuk aku tanpa sedikit pun coverline!

"Gedik punya perempuan! Eeee, kalau aku jadi dia la, sumpah aku malu gila nak jejakkan kaki kat sini. Kerja nak menggatal macam tak ada akhlak! Tak rasa jijik ek? Orang lain penat kerja cari rezeki, dia selamba cari perhatian. What a rubbish!"

Nafas aku tarik sedalamnya kemudian aku hembus perlahan dari bibir ini. Aku tak sangka ada pekerja yang teruk dan tak ada adab. Pandai tuduh sembarangan tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Baru seminggu aku berkahwin dengan lelaki itu, aku ditimpa ujian yang tidak aku jangka. Ternyata, menghadap manusia toksik jauh lebih bahaya dan membimbangkan. Aku cuba berlembut hati dengan orang lain. Aku tak mahu orang pandang serong pada aku.

"Ya, I know. I know, Sakura. Sebab tu aku suruh kau jadi half aku. Kau boleh tolong aku dengan buktikan dekat semua orang tentang apa yang mereka cakap tu... Tak betul."

The Secret SakuraWhere stories live. Discover now